RSS

Monthly Archives: April 2010

>Deko-deko rumah: Kabinet Dapur | Part 1

>
Salam…

Entri pada hujung minggu kali ni adalah aktiviti sejak akhir-akhir ni. Sejak mendapat kunci rumah, sedikit demi sedikit aku berusaha untuk menghias rumah baru ku. Memang tak banyak sangat aku renovate oleh sebab rumah aku akan disewakan. Tapi, apa yang aku buat akhirnya berbaloi. Prinsip aku, berikan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Dan hasilnya, aku dapat penyewa dan harga sewa yang baik….=)
Apa yang aku buat? Antaranya dalah kabinet dapur. Sebenarnya, sebelum ni aku tak pernah nak ambil tahu tentang hal-hal rumah. Bila dah ada rumah sendiri ni, baru lah mula nak mengenal. Jadi, mungkin ada yang sama perangainya macam aku, so aku nak kongsi pengalaman. Bila nak buat kabinet dapur, antara perkara yang perlu anda semua ketahui adalah material untuk base (bahagian bawah) dan worktop (bahagian meja atau bahagian kerja). Antara material bahagian base adalah konkrit, ABS, dan solid (kayu). Begitu juga dengan bahagian worktop; anda boleh gunakan concrete dengan tiles, atau concrete dengan marble, granite dan pelbagai jenis batuan yang lain serta permukaan solid. Bagi yang budget, material mieco adalah memadai. Tapi ingat, setiap jenis material ada pro dan kontra masing2. Sebagai contoh, mieco top yang merupakan padatan chipboard lebih mudah menyerap air berbanding yang lain. Jadi, langkah-langkah penjagaan yang betul harus diambil bagi memastikan ketahanan dapur anda. Nasihat aku, buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Tengok budget masing-masing dan fikir ke depan. Dan, jangan mudah terpengaruh dengan kontraktor. Macam aku, aku lebih suka buat kajian dekat internet. Baca forum-forum, artikel dan kemudian decide.
Bersambung dalam post kedua nanti…..(aku nak bagi shortlisted contractor yang aku dah buat kajian).
 
Leave a comment

Posted by on April 26, 2010 in Dekorasi Rumah

 

>Teguk air pelan-pelan….

>Salam…

Selain daripada membaca buku tentang kesihatan dan perubatan moden, aku juga membaca buku tentang perubatan dalam Islam. Pada entri kali, aku nak kongsi tentang “petua” yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W mengenai adab minum.
Menurut Tarmizi, beliau berkata ” Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta, tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai”.
Dalam hadis yang lain, menurut Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik melaporkan, “Rasulullah minum dengan tiga nafas”. Manakala imam Muslim pula melaporkan kata-kata tambahan , “Cara minum yang seperti ini lebih menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan”.
Sumber : Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, PTS Publications, 2009.
 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2010 in Perubatan Islam, petua

 

>Saya nak jual kapal terbang!

>
Salam…

Dalam dok tengok TV tadi, aku terdengar satu kisah yang diceritakan oleh Dr. Fazley. Mungkin ramai dah dengar cerita ni. Tapi tak kisah, aku nak kongsi bagi semua yang belum mendengar.
Kisahnya di sebuah sekolah, cikgu bertanya, “Murid-murid, nanti besar, apa kamu nak jadi?”. Lebih kurang macam tu la bunyi soalan cikgu tu. Lalu ada sorang pelajar bangun dan kata “Saya nak jadi juruterbang cikgu”. Seorang lagi bangun “Saya nak jadi jurutera kapalterbang cikgu”. Yang bestnya sorang lagi plak cakap “Saya nak jual kapalterbang cikgu”.
Sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni adalah “mindset”. Mindset budak ke-3 tadi mungkin dah menggambarkan bahawa beliau adalah seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa nanti. Jadi, kesimpulannya, apa pun anda nak jadi, tanamkan semangat dan keazaman tu dalam hati dan minda. Sebab, hati yang akan membantu menggerakkan minda anda ke arah yang anda kehendaki
Semoga berjaya!
 
2 Comments

Posted by on April 21, 2010 in Corat-coret, Motivasi

 

>Rahsia RM1

>
Salam semua.

Terima kasih kepada yang menghantar emel memberikan cadangan kepada aku untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai kewangan. Terus terang aku katakan, aku bukannya pakar, namun dari pengalaman hidup yang aku tempuhi, aku belajar, belajar dan belajar. Selama 24tahun aku hidup dah berbagai-bagai liku hidup aku tempuhi, termasuklah ujian dalam hal kewangan. Jadi, dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang aku ada, aku harap perkongsian ilmu aku kali ni sedikit sebanyak dapat membantu semua pembaca.
Tengokkan pada topik kat atas tu..macam tak menarik je..ye la, dengan RM1 hari ni, apa yang kita boleh buat? Minum teh tarik pun tak lepas (di KL la). Tapi, ada rahsia yang aku nak kongsi dengan semua. Rahsia ni sebenarnya aku petik dari sebuah buku yang aku baca. Mungkin ramai di antara kita tak sempat nak baca buku atau kurang berminat nak menatap buku. Jadi, aku nak kongsi la dalam entri kali ni.
Disebut dalam buku ini, salah satu amalan orang-orang kaya dalam bisnes dan kaya, adalah angka keramat 1 per 10 atau 1/10 atau 10%. Dengan mengamalkan prinsip 1/10 ni secara istiqamah atau berdisiplin, kita semua mampu untuk hidup lebih senang!
Hah..bertambah tak sabar nampak? Sebenarnya, konsep 1/10 ni senang saja. Ada tak duit RM1 dalam poket atau dompet sekarang? OK. Cuba amalkan, tiap RM1 yang anda miliki, hanya RM0.90 (90%) saja yang anda belanja manakala RM0.10 (10%) lagi anda simpan. Mudah bukan? Bermula dengan konsep 90+10 inilah anda sebenarnya mengorak langkah ke arah kehidupan yang lebiih senang. Nak lebih praktikal, amalkan konsep ini setiap kali anda menerima apa-apa bayaran atau duit. Terima ja, terus asingkan 10% daripada pendapatan anda, simpan di tempat lain yang selamat(lebih selamat di bank). Jangan sesekali usik duit tersebut walau apa pun yang terjadi. Anggap saja duit 10% tadi dah habis, dah hilang. Lepas setahun, lihat berapa banyak anda simpan!
Sebenarnya konsep ni dah lama di amalkan oleh orang-orang lama. Nenek moyang kita dulu, tiap kali mereka masukkan beras dalam periuk sebelum menanak, segenggam daripadanya akan diasingkan ke tempat lain. Jadi, tak hairanlah bekalan beras mereka jarang kehabisan.
Namun, kalau kita nak tengok duit yang kita simpan tadi berkembang dari tahun ke tahun, simpan duit tadi ke dalam akaun-akaun pelaburan. Tapi awas, pastikan pelaburan tadi sah di sisi undang-undang, halal dan berpotensi. Contoh pelaburan yang boleh diakatan selamat adalah seperti ASB, saham koperasi dan Tabung Haji. Bagi yang berani mengambil risiko, anda bolehlah melaburkan duit tu dalam unit amanah (unit trust). Ingat, lebih lumayan pulangan yang dijanjikan, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung.
Jadi, jom jadikan tabiat menyimpan 10% sebagai amalan dalam kehidupan kita!
 
Leave a comment

Posted by on April 20, 2010 in Kewangan

 

>Nenas : Masam manis penuh khasiat

>
Salam semua!

Lepas baca sebuah buku, aku macam nak kongsi dengan semua tentang khasiat nenas ni. Bukan apa, aku dulu pun tak suka sangat makan nenas ni. Masam satu hal (walaupun ada jugak yang manis), gatal lidah satu hal. Tapi bila dah baca, aku rasa bagus jugak nenas ni.
Salah satu kehebatan nenas ni, ia boleh membantu proses penghadaman protein dan membantu mempercepatkan penyembuhan. Nenas ni kaya dengan enzim bromelain. Bromelain dapat membantu kita semasa kita sakit tekak dan membantu proses penghadaman. Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh. Bromelain jugak berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.
Nenas jugak berfungsi sebagai “pencuci”. Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.
Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!
Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!
Tadi aku ada sebut pasal buah nenas ni menyebabkan gatal-gatal pada lidah lepas makan. Nak tau macam mana nak elakkan? Senang ja, potong buah nenas kepada kepingan kecil dan rendam dalam air garam sebelum makan!
Sebelum ni jugak aku ada dengar pesan orang-orang lama. Orang mengandung, jangan makan nenas. So, aku dah dapat jawapan dalam buku ni. Rupanya, buah nenas ni boleh menyebabkan aliran darah yang banyak semasa haid. Jadi, bagi mereka yang mengandung, elakkan makan nenas untuk mengelakkan keguguran.
Jadi setakat ni saja perkongsian ilmu kali ni. Harap dapat sikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sumber rujukan:
C.J. Suan, What’s in your food?, Pelanduk Publications, 2007
 
Leave a comment

Posted by on April 19, 2010 in Nutrisi Pemakanan, petua

 

>Review on HTC HD2

>
Salam semua =)

Tiap kali tengok bola, mesti ada iklan HTC. Aku macam teruja nak “kenal” dengan HTC ni. So entry kali ni aku nak review skit pasal HTC HD2 ni. Bagi aku, boleh dikatakan, HTC ni saingan kepada iPhone. Tapi dari segi harga, mahalnya boleh tahan la =p

Salah satu kekuatan pada HTC HD 2 ni adalah saiz skrinnya yang “luas”, iaitu sebesar 4.3 inci. Dikatakan juga bahawa HTC HD 2 ni adalah phone pertama yang menggunakan platform windows dikuasakan dengan sentuhan kapasitif (capacitive touch). Prosesor phone ni pulak dikuasakan dengan 1GHz prosesor (laju ni!) demi memastikan respon yang pantas apabila disentuh.
Macam mana dengan aplikasi? Jangan risau, HTC HD2 ni pun boleh beli, download dan install aplikasi macam iPhone jugak. Aplikasi boleh diperolehi melalui Windows Marketplace. Untuk yang gemar berinternet, HTC HD2 ni ada sambungan pantas 3.5G dan juga Wi-Fi.
Bagi yang suka mengambil gambar, HTC HD2 menyediakan kamera dengan 5 Megapixel. Dan bestnya, ada dual-LED flash untuk bantuan mengambil gambar yang kurang pencahayaan. Kamera ni jugak autofokus tau! Harga pasaran : dari maklumat yang saya perolehi, harganya adalah sekitar RM2000-2800 (mungkin berubah dari semasa ke semasa).
P/s: Tak sabar nak pegi test HTC HD2 ni hujung minggu nanti!

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2010 in Teknologi dan Gajet

 

>Aku ke salah?

>Salam. Sekian lama tidak menulis blog. Kini, aku nekad nak teruskan berblog. Nak kongsi apa saja pengetahuan yang aku ada dengan semua. Coretan kali ni, tentang sikap.

Kejadian pertama:
Waktu aku menunggang motor nak balik dari keja baru ni, aku ikut belakang sebuah moto lain. Kami sama-sama berenti di lampu isyarat. Sebaik saja lampu hijau, dia berada di depan. Aku masih mengekori abang tu. tetiba dia brek mengejut. Aku cuba mengelak ke sebelah kanan, dan cuba memotong. Dan sekali lagi, abang ni terus belok kanan tanpa bagi sebarang isyarat. Hampir-hampir kami bertembung. Dan tak semena-mena, dia dengan kasarnya paling ke arah saya dan berkata ” WOI! Bodo la ko!”. Aku pun blur. Aku ke yang salah. Aku pun angkat tangan sebagai tanda mintak maaf (Kot-kot la aku yang salah).

Kejadian kedua:
Aku tengah beratur di airport untuk daftar masuk. Depan aku ada sorang je tengah check in. Sampai je giliran aku tetiba ada sorang “uncle” ni terus potong aku dan terus ke kaunter. Nak marah, macam tak hormat orang tua. Tapi tindakan dia potong aku tu, macam tak hormat orang yang beratur plak. Mungkin dia dah terlambat, tapi apa la salahnya kalau minta izin dulu, bukankah tu lebih sopan?

Jadi kesimpulan dari 2 kisah aku di atas tu, aku nak tanya soalan : Adakah budaya sopan orang kita dah hilang? Fikir, renung dan bertindak! Jumpa lagi…

 
Leave a comment

Posted by on April 18, 2010 in Corat-coret