RSS

Tag Archives: bandar tasik selatan

Jom Makan-Makan @ D’Jamel Corner

Salam semua!

Minggu lepas, hari Jumaat, saya singgah makan di D’ Jamel Corner, Desa Tun Razak, Cheras.

Dah lama rasanya tak makan kat sini, asyik outstation ja kan…=P

Sebenarnya, ‘warung’ D’Jamel Corner ni menyajikan menu-menu masakan Kantonis (Cantonese).

Ada dimsum jugak! =)

Apa yang best kat sini, makanan sedap (bagi saya dan kawan-kawan la), harga pun OK (tak mahal).

Hari Jumaat, menu special dia nasi ayam.

Nasi Ayam

Nasi Ayam-Menu Special hai Jumaat

Lokasi kedai ni, terletak di kawasan industri Desa Tun Razak (Persiaran 118c). Area tu ada perodua service.

Waktu operasi :

Hari bekerja : Tengahari-Malam

Sabtu : Petang-Malam

Ahad : Tutup

Waktu malam, biasanya ada karaoke, lagu-lagu 60an, 70an.

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Mi kari dan Laksa Utara Best!

Assalam…

Nampaknya, alhamdulillah, sejak mula menulis balik ni, statistik pelawat ke blog ni semakin meningkat!

Satu motivasi buat saya untuk terus memberikan informasi melalui blog ni!

Kembali kepada tajuk di atas, sekali lagi, topik lokasi jalan-jalan cari makan di pilih! Sebab, based on statistik, ramai juga yang menggunakan ‘Google Search’ untuk mencari lokasi makanan yang best, terutamanya di hujung minggu.

Bagi anda yang berada di KL, mesti sekali-sekala, terasa nak makan makanan dari utara,timur,selatan dan negeri-negeri lain. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran saya, ialah Mi Kari! Isteri saya pulak suka laksa. Hah! Kat mana lokasi yang ‘kena dengan tekak kami’ untuk kedua-dua makanan ni?

Dalam banyak-banyak gerai atau kedai atau restoran yang kami pernah kunjungi, satu gerai di Bandar Tasik Selatan menjadi pilihan kami. Menu yang ada di gerai tu adalah Mi/Bihun Sup Utara, Laksa Utara, dan Mi Kari. Pada pendapat kami, peniaga di gerai ni (Abang Nan) masak makanannya, macam masak di rumah. Kuahnya pekat, melekat! (Tidak cair seperti sesetengah peniaga). Harganya pulak, murah (bagi KL la). Laksa, semangkuk hanya RM 3.00 dan Mi kari hanya RM 3.50. Air ready made (sirap dan teh o kot) hanya RM1/gelas.

Laksa Utara

Antara menu utama : Laksa Kedah

Bagi anda yang tak tahu nak cari kat mana lokasi, sila klik SINI (Google Map).

Kalau GPS, sila gunakan koordiant iniĀ 3.074245 (Laitude),101.719773 (longitude).

Landmark lain: Tasik Heights Apartment, SMK Bandar Tasik Selatan, Masjid Al-Muqarrabin.

Gerai ni terletak di koridor (kawasan pejalan kaki, depan Apartment Kos Rendah Bandar Tasik Selatan).

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,