RSS

Category Archives: Perubatan Islam

Madu lebah ganti antibiotik moden?

As-Salam semua!

Baca sekali lagi soalan di atas! Betul ke?

Beberapa kajian di luar negara (sayangnya, kenapa belum di kaji di Malaysia ya?), membuktikan bahawa madu lebah dapat menggantikan antibiotik moden yang kita gunakan sekarang.

Kajian selama tiga tahun di sebuah University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati, madu lebah dapat menyembuhkan luka yang gagal di ubati dengan antibiotik moden. Dalam kajian ini, serama 59 orang responden terlibat.Mereka mengalami luka dan nanah, diberikan madu lebah. Daripada 59 orang responden, 58 responden telah menunjukkan hasil yang positif, iaitu sembuh daripada luka dengan sempurna.

Saya cuba melakukan kajian melalui pembacaan (literature review), dan menemui satu artikel di dalam jurnalĀ Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB) yang bertajuk ” How honey kills bacteria”. Di dalam kajian mereka, mereka menyatakan bahawa lebah akan menghasilkan sejenis protein, defensin-1 yang akan dirembeskan ke dalam madu. Protein ini lah yang membantu kesan antibiotik di dalam madu lebah!

Banyak lagi kajian-kajian lain yang dilakukan, sebab saya nampak banyak kertas-kertas kajian yang berkaitan. Namun, sebagai seorang Muslim, Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama bagi kami. Di dalam Al-Quran, lebah telah diceritakan di dalam satu surah, iaitu surah An-Nahlu (Lebah). Allah berfirman “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia,” Surah An-Nahlu, Ayat 69. Subhanallah!

Madu lebah yang berkhasiat dan menyembuhkan!

Pembacaan saya di dalam buku Perubatan Islam dan bukti sains moden, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, menemui satu lagi khasiat madu lebah, iaitu, menyembuh kulit yang terbakar atau melecur! Hebatkan ciaptaanNYA?

 
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

>Teguk air pelan-pelan….

>Salam…

Selain daripada membaca buku tentang kesihatan dan perubatan moden, aku juga membaca buku tentang perubatan dalam Islam. Pada entri kali, aku nak kongsi tentang “petua” yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W mengenai adab minum.
Menurut Tarmizi, beliau berkata ” Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta, tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai”.
Dalam hadis yang lain, menurut Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik melaporkan, “Rasulullah minum dengan tiga nafas”. Manakala imam Muslim pula melaporkan kata-kata tambahan , “Cara minum yang seperti ini lebih menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan”.
Sumber : Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, PTS Publications, 2009.
 
Leave a comment

Posted by on April 21, 2010 in Perubatan Islam, petua