RSS

Monthly Archives: February 2011

>Singgah sebentar di Nasi Vanggey, Ipoh!

>

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Balik raya cina hari tu, dala perjalanan nak balik ke KL, tersekat dalam jem teruk. Jadi, aku pun try ikut jalam lama. Dari Alor Setar, sampai ke Ipoh, amik masa sampai 8jam (biasanya 3 jam ja). So, perut dah lapar, mula la tercari2 kedai nak singgah.
Restoran nasi kandar biasanya terkenal di Pulau Pinang, tapi di Ipoh ni pun ada yang best! Nama resoran ni Nasi Vanggey. Aku diperkenalkan dengan restoran ni oleh kawan aku, orang Ipoh.

Tapi, tempat yang pegi ni cuma cawangan dia. Kata member aku tu, kalau nak rasa yang lagi ‘kaw’, kena pi dekat tempat asal dia, kat Yong Kalsom ke ape ntah. Makanan yang spesel kat sini tentulah Nasi Kandar atau lebih dikenali dengan ‘Nasi Ganja’ atau ‘Nasi Vanggey’ ditambah dengan ayam goreng ros. Menu lain yang digemari adalah Roti Nan Cheese. Kalau yang xminat nasi kandar, ada menu2 lain jugak untuk dipesan termasuklah tomyam.

Bagi yang nak try, Restoran Nasi Vanggey ni terletak di alamat:
5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre,Ipoh, Malaysia 30450

Koordinat GPS:

 
9 Comments

Posted by on February 26, 2011 in Ipoh, Makan-makan, Nasi Kandar, Perak, Restoran

 

>New Satria Neo GTi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..

Nak try tulis pasal kereta walaupun aku bukannya pakar tentang kereta. Hehe….
So, for the first time, mesti la nak mula tulis pasal kereta keluaran negara dulu! Kereta 1st aku pun kereta keluaran negara!

Imej Satria Neo GTi yang di'render' oleh all9m (Source: all9mcreation.blogspot.com)

Khabarnya, Proton bakal mengeluarkan Satria Neo GTi yang baru! Kalau tenok gambar kat atas, ‘muka’ nya lebih garang dan hensem! Dan dari sumber-sumber yang tidak rasmi juga, dikhabarkan Neo ini masih lagi menggunakan enjin CPS. Dan perubahan yang dilakukan hanyalah pada bodykit dan rekabentuk luaran.
Apapun, jika betul Satria Neo ini akan dikeluarkan, diharapkan Proton akan mempertingkatkan kualiti mereka kerana pengalaman penguna Proton, banyak yang komplen pasal kualiti!
Well done Proton!
 
Leave a comment

Posted by on February 26, 2011 in Automotif, GTi, Kereta, Neo, Proton, Satria

 

>Nak off alarm, kena jawab soalan!

>

Salam…..
Kali ni nak menulis pasal gajet. Aku memang mat gajet pun..hehe
Kebanyakan daripada kita mesti guna jam penggera kan? Bahasa omputihnya…Alarm Clock!
Tapi, masalah utama bila guna jam ni (termasuk la handphone ke ipad ke ape ke) adalah bila bunyi je, trus tekan off atau snooze. Akibatnya…ramai la yang terlajak dak tertido balik…..huhu
Untuk selesaikan masalah ni, IQ alarm dicipta!
Ape tu IQ alarm? Macam mana IQ alarm ni boleh pastikan kita bangun?

Konsep IQ alarm ni adalah, bunyi penggeranya akan berhenti sekiranya kita boleh menjawab 2-3 soalan dengan betul. Jadi, secara logiknya, apabila kita berjaya menjawab 2-3 soalan yang diberikan dengan betul, bermakna minda kita telahpun bangun dan badan kita sudahpun bersedia untuk bangun. Kalau mamai2 lagi tu, xbersedia lagi tu! Best kan?
Jadi, pada sesiapa yang susah sangat nak bangun atau ada tabiat suka sangat off kan alarm, tunggu kehadiran gajet ni nanti. Hehe…..rasanya aku sendiri pun kena beli 1! =P
 
3 Comments

Posted by on February 26, 2011 in Alarm, Bangun tidur, Teknologi dan Gajet, Tidur

 

>Al-kisah Yee Sang

>


Salam semua…..


Memang lama xupdate blog coz banyak ‘bergerak’ ke sana sini. Entri kali ni nak cerita pasal Yee Sang yang popular semasa musim perayaan tahun baru Cina.

Sempena tahun baru cina, staf-staf department aku berpakat nak buat yee sang bagi meraikan bersama rakan-rakan yang berbangsa Cina menyambut Tahun Baru Cina. Chefnya? Sudah semestinya Muslim yang berbangsa Cina bagi memastikan keaslian resepinya dan juga kesucian makanan tersebut atau dalam erti kata lain, HALAL.

Time diorang tengah prepare, sempat jugak aku mengintai-intai macam mana diorang buat. Nampak macam senang, tapi macam-macam pulak bahan-bahan dia tambah sampai tak terhafal aku. Yang pasti, sayuran adalah bahan utama dan juga kepingan hirisan salmon.

Time makan, apa lagi….cuba la! Rupanya sedap jugak ye yee sang ni (walaupun resepi ni dah di modenkan skit oleh kawan kitorang).

Ni la antara bahan-bahan membuat yee sang. Siap ada strawberi tu! hehe. Moden sikit.

Seperti biasa, entri aku akan disertai sedikit trivia mengenai tajuk entri aku. Trivia yee sang

-Juga disebut sebagai yusheng atau yuu shang (mandarin) atau lo hei (kantonis)
Yúshēng (余升) bermaksud kemakmuran.
-Dipercayai, semakin tinggi yee sang diangkat, semakin tinggi nasib (baik) si pemakan berubah.
-Juga dikatakan asalnya yee sang ini adalah daripada masyarakat nelayan di cina di makan kepingan ikan dihidangkan semasa hari ke tujuh tahun baru cina atau disebut renri.

 
Leave a comment

Posted by on February 15, 2011 in 1Malaysia, Cina, Corat-coret, Majmuk, Makan-makan, Yeesang