RSS

Monthly Archives: March 2009

>Awas! Penyebab Kanser dalam produk harian

> Salam sejahtera dan salam ceria semua…jangan marah ye saya dah lama tak menulis..tengah bagi perhatian kat penulisan disertasi. Tajuk kali ni..bahan kimia dalam barangan kegunaan harian kita.

Ramai yang tak sedar atau kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan kimia yang biasa dimasukkan dalam barangan kegunaan harian kita seperti syampu, ubat gigi, ubat kumur, pewangi, sabun mandi. Hampir semuanya menggunakan bahan kimia. Tapi, pastikah kita semuanya selamat untuk kita guna? Atau kita sekdar tidak ambil endah terhadap kandungannya?

So, saya berasa terpanggil untuk menghebahkan perkara ni untuk elakkan lagi ramai yang terkena dan mengalami kesan buruknya. Mungkin tak semua bahan kimia yang berbahaya dapat saya dedahkan. Mungkin tak sampai 10% pun. Tap, kita ambil tahu sikit demi sikit lagi bagus dari tak ambil tahu langsung kan.

Tinjauan rawak CAP mendapati kira-kira 100 produk dicemari bendasing berkarsinogen. Bagi yang kurang arif bahasa kimia, karsinogen adalah bahan kimia yang berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Profesor Samuel Epstein, Illinois University memberi amaran berikut:

“Produk yang mengandungi DEA atau TEA, sebatian PEG, ethoxylated alcohol, atau polysorbate 60 atau 80 tidak seharusnya digunakan, kecuali pengeluar memberi pengesahan di atas label bahawa produk terbabit tidak mengandungi nitrosamina atau 1,4 dioxane”

Jadi, mulai sekarang, kita kena berhati-hati memilih barangan kegunaan harian kita. Sekian lama kita guna, kita biarkan toksik mencemari tubuh badan kita. Mungkin sedkarang anda masih belum merasa kesannya. Namun, mencegah lebih baik dari merawat. Saranan saya, beralihlah kepada produk yang lebih diyakini. Contohnya, produk HPA, produk yang dijamin halal dan selamat. Selain dari selamat, halal dan diyakini, kita juga dapat membantu mengurangkan manipulasi produk-produk “besar” yang berada di pasaran.

Beralihlah…..pikir-pikirkan…dan bertindak sekarang!

 
Leave a comment

Posted by on March 16, 2009 in Uncategorized

 

>Ubi kentang…petua si pemandu bas

>
Malam semalam…aku naik bas..dari alor setar menuju ke butterworth…kemudian kena sambung perjalanan ke kulim..untuk hadir walimatul urus sepupu aku…perjalanan bemula dari kl dengan aku memandu kereta orang (jadi driver). Dah hantar kete diorg…baru gerak ke stesen bas…peghh..kl ke alor star dah 6 jam dah..nak sambung lagi perjalanan. Sampai je kat sten bas, aku pun dengan konfiden terus pi kat kaunter transnasional. Sampai je giliran org depan aku…”tiket last dik…”..hampeh tul…then terpaksa la aku pi cari bas konsortium yang digeruni ramai tu…almaklum la…janji bas kul 7.45mlm..tunggu punya tunggu..bas pun xnampak rupa…ni buat gua marah ni…pegi la kaunter..tanya si penjual tiket..takut kang org tu ulat tiket…dia kata “jangan risau..kami tak jual tiket palsu…bas mesti ada punya…”. Sabar menunggu lagi…lebih kurg kul 8mlm,bas pun muncul..ape lagi..aku yg keletihan ni..terus pi terpa (menuju) nak naik bas la. Tetiba abg driver kata..bas ni tak jlan dik..tunggu bas lagi satu…hangin btol! Pukul 8.30mlm…bas lagi satu pun sampai. aku pun pi kat bas…naik. Bila org cek tiket…aku punya tiket plak hilang…wah..ape punya nasib da….nasib baik si penjual tiket tadi tolong aku pujuk driver bas suuh lepaskan je aku…tu laa…jangan buruk sangka dengan org..tadi kita angka dia jahat..nak tipu kita..last2..dia jugak tolong kita…
Jam dah kul 9mlm..bas pun gerak..cuaca xbrapa elok…hujan lebat. Bas ni dah laa datang lewat…jalan plak terkemut-kemut…slow sangat2. Ni la alh satu punca kemalangan dok jadi..bas pun tak di’maintain’ elok2. Dah tau enjin nak luruh..still bagi jalan jugak. Tak heran la kalau bas dari syarikat yang sama assyik terlibat dalam kemalangan. Dlam hati mintaak dijauhkan la semua tu. 30 minit perjalanan, wiper plak jam. Dahla malam, hujan lebat plak, wiper plak jam. Eeee…geram betol aku (dalam hati je la…). Abg driver cuba turun baiki..tapi xberjaya. Last skali dia naik bas…dia bagitau driver sorg lagi “kalau ada ubit kentang,boleh tonyoh cermin. Ayaq tak melekat”.

Kesimpulannya, kalau anda yang tak de waxco, atau rainshield solution nak letak kat cermin keta untuk elak pandangan kabur waktu hujan, boleh try guna ubi kentang. Caranya, potong ubi kentang 2 bahagian, kemudian sapukan bahagian isinya ke atas cermin, sapu rata ke seluruh bahagian cermin.

Selamat mencuba!

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2009 in cermin, hujan, kentang, petua, ubi, wax