RSS

Category Archives: Tidur

Tips untuk mereka yang susah nak tidur

Assalam semua!

Maaf sebab lama tak update blog ni, sebab agak bz dengan pengajian pascasiswazah saya. Tapi, alhamdulillah, blog saya nampaknya sudah mula mendapat perhatian! Daripada 10 orang pelawat UNIK sehari, ke 17, ke 20, ke 25 dan kini mencecah hampir 100 pelaway UNIK sehari! Pelawat UNIK bermaksud pelawat yang berlainan, bukan berulang. Maknanya pelawat baru!

Ok, kembali kepada tajuk asal post ni =)….Anda susah tidur? Nak cari tips untuk mudah tidur? Ha..ni saya nak kong si dengan anda. Tips-tips ni saya rujuk dari buku bertajuk “Foods that harm, foods that heal”. Aik? Apa kaitan buku makanan dengan tidur ni? Hehe..mesti la ada kaitan! Jom tengok apa tips-tipsnya:

Anda susah atau senang nak tidur? (Sumber imej:Google Image)

1. Mandi air suam sebelum tidur boleh membantu badan anda menjadi relax sebelum tidur.

2. Membaca beberapa minit sebelum tidur.

3. Mendengar muzik yang ringan.

4. Pastikan bilik anda gelap (atau malap) dan sunyi.

5. Pastikan bilik anda hanya untuk tidur, bukan bilik kerja atau bilik study ataupun bilik untuk menonton tv.

6. Pakai pakaian tidur atau pakaian yang longgar.

7. Jika anada tidak boleh tidur oleh kerana anda sedang berdepan depan masalah, sebelum anda ke bilik tidur, ambil kertas, tuliskan masalah anada di atas kertas tersebut dan tulis juga jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai.Kemudian, letakkan kertas tersebut di luar.

8. Jika anda masih tidak boleh tidur, jangan duduk di dalam bilik tidur melebihi dari 15 minit. Keluar sekejap dari bilik, pergi ke bilik lain. Anda boleh menonton TV atau membaca sekejap sehinggalaha anda merasa mengantuk.

9. Elakkan makanan berat sebelum anda tidur.

10. Elakkan sebarang minuman yang mengandungi kafein (kopi, teh) selepas waktu lunch.

Jadi, ada tak makanan/minuman yang membantu anda untuk tidur?

Yes! Ada! Antaranya:

1. Susu

Susu mengandungi tryptophan, sejenid asid amino perlu (essential amino acid) yang merupakan salah satu khasiat pemakanan asli berfungsi sebagai penggalak tidu (sleep introducer). Trytophan berfungsi meningkatkan amaun serotonin, iaitu sedatif natural, dalam otak. Sebab tu banyak orang-orang lama minum susu dan sesudu madu sebelum mereka tidur! Kalau tak suka madu, anda bolehlah mengambil pisang bagi meggantikan madu. Pisang mengandungi vitamin B6, yang membantu menukarkan tryptophan kepada serotonin.

Sekian saja perkongsian saya kali. Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu anda =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

>Nak off alarm, kena jawab soalan!

>

Salam…..
Kali ni nak menulis pasal gajet. Aku memang mat gajet pun..hehe
Kebanyakan daripada kita mesti guna jam penggera kan? Bahasa omputihnya…Alarm Clock!
Tapi, masalah utama bila guna jam ni (termasuk la handphone ke ipad ke ape ke) adalah bila bunyi je, trus tekan off atau snooze. Akibatnya…ramai la yang terlajak dak tertido balik…..huhu
Untuk selesaikan masalah ni, IQ alarm dicipta!
Ape tu IQ alarm? Macam mana IQ alarm ni boleh pastikan kita bangun?

Konsep IQ alarm ni adalah, bunyi penggeranya akan berhenti sekiranya kita boleh menjawab 2-3 soalan dengan betul. Jadi, secara logiknya, apabila kita berjaya menjawab 2-3 soalan yang diberikan dengan betul, bermakna minda kita telahpun bangun dan badan kita sudahpun bersedia untuk bangun. Kalau mamai2 lagi tu, xbersedia lagi tu! Best kan?
Jadi, pada sesiapa yang susah sangat nak bangun atau ada tabiat suka sangat off kan alarm, tunggu kehadiran gajet ni nanti. Hehe…..rasanya aku sendiri pun kena beli 1! =P
 
3 Comments

Posted by on February 26, 2011 in Alarm, Bangun tidur, Teknologi dan Gajet, Tidur