RSS

Category Archives: Coffee

Keliru nak pilih kopi? Jom ketahui jenis kopi!

Assalam…

Tiap kali minum di kedai atau restoran yang menghidangkan menu-menu kopi, selalu kita keliru/tak tau langsung kan nak pilih jenis kopi mana satu kan? Saya sendiri pun alami perkara yang sama. So, jom sama-sama pelajari jenis-jenis kopi:

Pelbagai jenis kopi (campuran).
Sumber gambar : Google Images

Ha..harap-harap gambar kat atas tu boleh la bantu anda pilih kopi yang betul lepas ni ya!

 
Leave a comment

Posted by on December 25, 2012 in Coffee, Kopi, Restoran, Sejarah Kopi, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Jom Makan : Fook Yuen, Kota Kinabalu

Assalam…

Ha..kali ni saya nak kongsi spot makan best di KK, Sabah. OK, kita start dengan hot spot untuk brekfast dulu. Yang lain-lain, nantikan dalam tulisan lain kali.

Saya kerap berkunjung ke Kota Kinabalu, samada atas urusan kerja, mahupun melancong (termasuk honeymoon =) ). Salah satu spot makan pilihan saya untuk sarapan pagi, adalah Fook Yuen. Ha! Jangan terperanjat, walaupun Restoran ni namanya melambangkan pemilikannya dari kaum tiong hua, namun restoran ni memiliki sijil halal Jakim.

Fook Yuen

Tanda Halal di Fook Yuen

Antara menu kegemaran saya adalah roti bakar, nasi lemak bungkus dan sudah semestinya dinikmati dengan kopi!

Restoran ni ada dua lokasi. Satunya, di kawasan Asia City (Singgahmata) dan satu lagi di kawasan Jalan Gaya (Tamu). Yang di Gaya Street lebih besar.

Kopi Tarik

Kopi Madras dan Roti Bakar. Emmmmdap!

 

Dari segi harga, tidak mahal. Biasa-biasa saja.

Tapi, kalau pegi lewat pagi, bersiap sedialah untuk berdiri menunggu meja kosong. Lagi satu, restoran ni berkonsepkan layan diri. Ambil makanan sendiri, pesan minuman dikaunter dan bayar. Anda akan diberikan nombor giliran untuk air dan roti bakar.

Fook Yuen Jalan Gaya, KK

Ramainya orang dalam kedai ni. Layan diri Ok!

Selamat mencuba!

 

Tags: , , , , , , , , , ,

>Kisah Kopi dan fakta menarik mengenainya =)

>

Salam…..

Pagi2 dah berkejaran ke KLIA akibat kesilapan sistem untuk Check In di kiosk self-check in. Pukul 5.15 pagi dah tercegat di depan kaunter daftar masuk MAS International. Tapi, malangnya pukul 6pagi baru kaunter bukak. Pukul 6.15pagi, alhamdulillah, dah berjaya daftar masuk. Then, rushing pi ke rumah biras di Sepang sebab nak mintak dia jaga keta. 6.50pagi, sampai balik ke KLIA. Boarding time pukul 7pagi. Hohoho…kalut2……
Bila dah boarding, perut dah mula rasa lapar. Sebab tak pernah tinggal sarapan pagi. Apa lagi, cari la kedai yang ada. Then, nampak ‘Jonker Walk’ Kopitiam di sebelah lane pintu masuk B. Time dah pukul 6.55pagi. Tinggal lagi 5minit! Aku pun pesan Kopi Kampung! Harga? RM 5.90 secawan! Temasuk tax…dah RM 6ringgit lebih. hehe. Hantam saja lah labu….

Kopi kampung Jonker. Sedap. Pekat.
Jom tengok sikit antara fakta2 menarik mengenai kopi:
  • Hayat pokok kopi boleh mencecah sehingga 50-70tahun!
  • Biji kopi akan bertukar dari warna kuning ke oren dan akhirnya ke warna merah dalam masa 6-8bulan dari ianya berbunga.
  • Dianggarkan 1400juta cawan kopi diminum diseluruh dunia setiap hari
  • Antara perkataan kopi dalam bahasa lain: Qahwah-Arab, Koffie-Dutch,Kahve-Turki,Kafei-Mandarin
  • 1 Oktober merupakan “Hari Kopi” di Jepun
  • Komoditi kedua terbesar didagangkan di dunia selepas Minyak.

P/S: Kopi memang salah satu minuman kegemaranku!
 
2 Comments

Posted by on January 15, 2011 in Coffee, Corat-coret, Kopi, Makan-makan, Sejarah Kopi