RSS

Tag Archives: kopi

Keliru nak pilih kopi? Jom ketahui jenis kopi!

Assalam…

Tiap kali minum di kedai atau restoran yang menghidangkan menu-menu kopi, selalu kita keliru/tak tau langsung kan nak pilih jenis kopi mana satu kan? Saya sendiri pun alami perkara yang sama. So, jom sama-sama pelajari jenis-jenis kopi:

Pelbagai jenis kopi (campuran).
Sumber gambar : Google Images

Ha..harap-harap gambar kat atas tu boleh la bantu anda pilih kopi yang betul lepas ni ya!

 
Leave a comment

Posted by on December 25, 2012 in Coffee, Kopi, Restoran, Sejarah Kopi, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Jom Makan : Fook Yuen, Kota Kinabalu

Assalam…

Ha..kali ni saya nak kongsi spot makan best di KK, Sabah. OK, kita start dengan hot spot untuk brekfast dulu. Yang lain-lain, nantikan dalam tulisan lain kali.

Saya kerap berkunjung ke Kota Kinabalu, samada atas urusan kerja, mahupun melancong (termasuk honeymoon =) ). Salah satu spot makan pilihan saya untuk sarapan pagi, adalah Fook Yuen. Ha! Jangan terperanjat, walaupun Restoran ni namanya melambangkan pemilikannya dari kaum tiong hua, namun restoran ni memiliki sijil halal Jakim.

Fook Yuen

Tanda Halal di Fook Yuen

Antara menu kegemaran saya adalah roti bakar, nasi lemak bungkus dan sudah semestinya dinikmati dengan kopi!

Restoran ni ada dua lokasi. Satunya, di kawasan Asia City (Singgahmata) dan satu lagi di kawasan Jalan Gaya (Tamu). Yang di Gaya Street lebih besar.

Kopi Tarik

Kopi Madras dan Roti Bakar. Emmmmdap!

 

Dari segi harga, tidak mahal. Biasa-biasa saja.

Tapi, kalau pegi lewat pagi, bersiap sedialah untuk berdiri menunggu meja kosong. Lagi satu, restoran ni berkonsepkan layan diri. Ambil makanan sendiri, pesan minuman dikaunter dan bayar. Anda akan diberikan nombor giliran untuk air dan roti bakar.

Fook Yuen Jalan Gaya, KK

Ramainya orang dalam kedai ni. Layan diri Ok!

Selamat mencuba!

 

Tags: , , , , , , , , , ,