RSS

Category Archives: Menarik

Upin Ipin ada kedai makan?

Assalam….

Ha..maju kan upin ipin? Ada kedai makan sendiri. Hehe…Bagi saya, pemilik restoran ni bijak mengambil peluang. Sebab karakter upin ipin tengah ‘famous’ kan!

Kedai makan upin ipin ni terletak di Bandar Baru Bangi, Jalan 6/7B, Seksyen 6. Berdekatan dengan D’One steak, bertentangan dengan kawasan Seri Bangi.

Konsep makanan di Kedai Makan Upin & Ipin ni, kebanyakannya adalah makanan kampung, lebih-lebih lagi ‘ayam goreng’ kegemaran Upin & Ipin. Dari segi harga, boleh dkategorikan sebagai harga pertengahan, tak murah dan tak mahal sangat.

Restoran

Suasana dalam Kedai Makan Upin Ipin

Air pun brand sendiri okay!

Saya mencuba hidangan Nasi Putih dengan daging merah. Rasanya, boleh tahan! Harganya, RM 1x termasuk minuman (tak ingat exact price).

Ok. dalam kedai ni pun, selain makanan, terdapat pelbagai barangan jenama Upin Ipin. Jadi, siapkan dompet anda jika anak anda jenis ‘gila’ upin ipin…hehe…

Saya xdapat nak tangkap gambar luar kedai sebab time tu hujan.

Ok. Setakat ini dahulu kali ni!

Advertisements
 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Jom Makan : Fook Yuen, Kota Kinabalu

Assalam…

Ha..kali ni saya nak kongsi spot makan best di KK, Sabah. OK, kita start dengan hot spot untuk brekfast dulu. Yang lain-lain, nantikan dalam tulisan lain kali.

Saya kerap berkunjung ke Kota Kinabalu, samada atas urusan kerja, mahupun melancong (termasuk honeymoon =) ). Salah satu spot makan pilihan saya untuk sarapan pagi, adalah Fook Yuen. Ha! Jangan terperanjat, walaupun Restoran ni namanya melambangkan pemilikannya dari kaum tiong hua, namun restoran ni memiliki sijil halal Jakim.

Fook Yuen

Tanda Halal di Fook Yuen

Antara menu kegemaran saya adalah roti bakar, nasi lemak bungkus dan sudah semestinya dinikmati dengan kopi!

Restoran ni ada dua lokasi. Satunya, di kawasan Asia City (Singgahmata) dan satu lagi di kawasan Jalan Gaya (Tamu). Yang di Gaya Street lebih besar.

Kopi Tarik

Kopi Madras dan Roti Bakar. Emmmmdap!

 

Dari segi harga, tidak mahal. Biasa-biasa saja.

Tapi, kalau pegi lewat pagi, bersiap sedialah untuk berdiri menunggu meja kosong. Lagi satu, restoran ni berkonsepkan layan diri. Ambil makanan sendiri, pesan minuman dikaunter dan bayar. Anda akan diberikan nombor giliran untuk air dan roti bakar.

Fook Yuen Jalan Gaya, KK

Ramainya orang dalam kedai ni. Layan diri Ok!

Selamat mencuba!

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Nak turun kolestrol? Makan Epal!

Assalam…

 

Sekian lama meninggalkan dunia blog, kini kembali. Kali ni nak kongsi tentang kesihatan.

Ramai rakyat Malaysia yang mengalami gejala paras kolesterol tinggi. Berikut adalah kategori paras kolesterol:

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang  berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang merbahaya untuk kesihatan anda.
  • Sumber rujukan :Cara Hidup Sihat :PANDUAN MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DARAH ANDA (Diterbitkan oleh KKM)

Saya terbaca dalam sebuah artikel, yang menyatakan bahawa, buah epal dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol anda. Menurut artikel tersebut,pengambilan dua biji epal setiap hari efektif untuk mencegah penyakit jantung. Ini kerana, epal memiliki kandungan yang dapat menurunkan kolesterol terutama kolesterol tidak baik.

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Nutrisi dan Diet, wanita yang rutinnya mengambil epal setiap hari dalam tempoh enam bulan memiliki kadar kolesterol 25% lebih rendah berbanding mereka yang tidak memakannya. Malah kajian yang dilakukan di Poland sebelum ini turut menyatakan pengambilan epal juga boleh mengelakkan kanser usus.

Epal

An apple a day, keep you away from a doctor. Khasiat epal, antaranya mengurangkan paras kolesterol dalam darah anda.

Saya cuba untuk mencari bukti yang lebih kukuh, yakni kajian saintifik. Ya, ternyata, memang terdapat kertas kajian (research paper) mengenainya. Anda boleh semak di SINI. Dalam kajian kali ini, penyelidik menyimpulkan, secara puratanya, penurunan paras kolesterol sebanyak 10% dapat diperhatikan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan bagi melihat kesan pelbai jenis epal dalam menurunkan paras kolesterol. Anda boleh preview kertas kajian mereka di SINI.

Jadi, saya berharap, sedikit sebanyak perkongsian saya kali ni, berguna untuk anda!

Jom, amalkan hidup sihat (saya pun nak start amalkan 2 biji apple sehari, walaupun tak berapa suka epal hijau) =)

 

 
Leave a comment

Posted by on October 17, 2012 in Dunia Sains, Fakta, Jantung, Kesihatan, Menarik, petua, tips

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Biskut ala-ala Famous Amos

Assalam…

 

Hujung minggu lepas, berkesempatan nak buat biskut untuk raya ni skit. TTinjau punya tinjau, decide nak buat biskut chocolate chips, ala-ala famous amos gitu! Haha..almaklum la..nak beli famous amos selalu, bankrap la cek! Resepinya, tak susah..bahan-bahan pun senang dapat. Kat bawah ni ringkasan resepi biskut ni.

Famous Amos Recipe

Resepi Chocolate Chips ala Famous Amos
(Klik untuk besarkan)

Saya beli semua bahan-bahan ni kat ‘MAKCIK’ , Bandar Baru Bangi. Nak tahu kat mana? KLIK SINI.

Bila anda dah siap adun, bakar dengan oven, dengan suhu sekitar 150-160°C selama 15-20 minit (bergantung dengan oven yang anda pakai.

Ni la rupanya Adunan 1 yang dah diadun sebati

Ni pula rupa adunan 1 yang dah dicampur dengan adunan 2 dan digaul sebati.

Chocolate chips

Biskut sedang dibakar

Tu dia…homemade chocolate chips dah siap!

Senang ja nak buat ni. Sekilo tepung boleh dapat 3-4 balang besar biskut ni. Jimat,sedap, dan puas hati!

Selamat mencuba!

 

 
Leave a comment

Posted by on August 10, 2012 in Corat-coret, Makan-makan, Menarik

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Bazar Ramadhan : Area Bangi/Putrajaya

Assalam….

Ha..bila dah sampai bulan ramadhan ni, salah satu perkara yang signifikan adalah kewujudan bazar ramadhannya. Buat yang bekerja, terutamanya di bandar-bandar besar, dan selalu tersekat dalam kesesakan jalanraya, bazar ramadhan semestinya destinasi ‘wajib’ yang anda akan kunjungi lepas pulang dari kerja (termasuklah saya hehe).

Oleh kerana saya tinggal di kawasan bangi/putrajaya..so saya nak bagi review sikit tentang lokasi-lokasi bazar ramadhan berhampiran bangi/putrajaya.

1. PKNS Bangi

Lokasi ni adalah lokasi pertama bazar ramadhan yang saya kunjungi, sebab saya masih kurang mahir tentang kawasan bangi/putrajaya (baru pindah). Dari segi kemeriahan, bazar ni boleh tahan! Agak ramai pengunjung. Dari segi jumlah gerai, saya anggarkan dalam ~50 buah gerai terdapat di sana. Dari segi kepelbagaian juadah, saya rasa, agak sama sahaja dengan tempat lain. Gerai yang paling mendapat sambutan adalah gerai ayam olek. Antara juadah lain yang terdapat di sana adalah lauk pauk, nasi kerabu nasi beriyani, kuih-muih, murtabak, nasi lemak kukus (pun ramai beli), nasi arab, roti john dan lain2.

2. Seksyen 16, Bangi (Berhampiran stesyen minyak Shell)

Image

Lokasi Bazar Ramadhan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Skala bazar di sini lebih besar berbanding dengan bazar di PKNS Bangi. Saya anggarkan, hampir ~100++ buah gerai ada di sini. Dari segi kepelbagaian juadah, pilihan disini lebih banyak. Dari segi harga, agak berpatutan  di sini. Pada hari selasa, ia diadakan serentak dengan pasar malam. Bertambah meriah. Nak beli barang dapur pun senang, sekali jalan ja! Antara juadah yang unik adalah burger bakar, kambing golek, nasi kerabu, dll. Secara amnya, bazar ini menjadi kegemaran saya.

3. Precint 2, Putrajaya

Ha…yang ni memang besar. Mungkin mencecah ~200+ gerai yang berniaga di sini. Terletak di kawasan yang sama dengan kawasan pasar tani (Selasa,Jumaat). Dah besar, memanglah meriah kan! Dengan orang2 gomen yang pejabatnya berdekatan, boleh singgah sebelum balik rumah! Dari segi kepelbagaian, memang banyak jenis makanan terdapat disini. Tapi, berdasarkan tinjauan rambang saya, saya rasa kebanyakan makanan di sini adalah dari Utara dan Timur. Antara yang famous kat sini, Roti John Unan. Beratur orang nak beli! Ada beberapa lagi juadah yang perlu beratur disini. Macam jadi fenomena beratur plak kat sini hehe. Dari segi parking, kalau kena masanya, OK ja tempat parking, ada tempat lapang untuk parking. Tapi, AWAS! Kalau boleh elakkan dari parking di tepi2 jalan, sebab dah banyak kali saya tengok pihak berkuasa menyaman kereta-kereta yang parking di tepi jalan (walaupun saya rasa tindakan ini tidak patut, oleh kerana bukannya selalu macam ni dan tempat parking memang tak cukup waktu puncak).

Ok! Setakat ni dulu untuk kali ni. Next entri, lokasi bazar seterusnya di sekitar bandar tasik selatan/sungai besi/bandar sri permaisuri….insyaAllah.

P/S: Jangan membazir plak ye! Jangan makan sampai tak larat nak beribadat plak! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita merebut peluang beribadat, kerana pahalanya berganda, bukan berebut nak makan macam2 =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tips untuk menanggalkan miang buluh

Assalam…

Entri tips plak kali ni. Minggu lepas saya menonton rancangan ‘SOS’ di TV9. Banyak pelajaran dan ilmu yang berguna yang saya dapat daripada program tv tersebut. Antaranya, teknik ‘survival’ dalam hutan. Dan salah satu tips menarik yang diberikan adalah bagaimana menanggalkan atau menghilangkan miang buluh dari badan anda.

Hati-hati ketika mengambil buluh. Miang buluh sangat gatal!

Tipsnya senang ja, jika terkena miang buluh, ambil segenggam tanah (bukan tanah pasir tu), sapukan tanah tu pada tempat yang terkena miang tu (gosok).

Ha! Senang kan? Semoga berjaya!

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2012 in Menarik, petua, tips, Uncategorized

 

Tags: , , , , , ,

Portable Aircond : Sejuk ke?

Assalam semua.

Minggu lepas anak asyik meragam. Salah satu sebab mungkin sebab cuaca panas. So, saya pun decide untuk beli aircond. Tapi bila difikirkan balik, saya dok rumah sewa, so malas nak tebuk-tebuk rumah orang, and thinking about mobility of the aircond, kami ambil keputusan untuk beli ‘Portable aircond’ atau penghawa dingin mudah alih.

Brand apa kami pilih? Berapa harganya? Berbaloi atau tak? Sejuk macam aircond wall-mounted tak?

Bila pergi survey di kedai-kedai menjual peralatan elektrik, tak banyak pilihan yang ada sebenarnya. Kebanyakan kedai ada jenama Midea, Akira dan Takada. Survey punya survey, ada 2-3 kedai yang recommend product terbaru dari MEC, portable aircond dengan nama ‘iPort’. Rekabentuknya, agak menarik (walaupun macam kotak je sebenarnya. Nampak terkini, dan oleh kerana namanya bermula dengan ‘i’, so anda boleh bayangkan ianya mirip kepada rekabentuk produk-produk Apple lah kan.

MEC iPort-rekabentuk menarik!
(Image source: inshoppers.com)

 

Bagaimana pula dengan harganya? Harga pasaran, dalam katalog tertulis RM1499 untuk 1HP. Tapi saya dapat beli dengan harga RM1250 (harga termurah setelah survey beberapa kedai).

Dari segi fungsinya, ianya tak ubah seperti penghawa dingin dinding. Cuma kelebihannya, ianya mudah-alih. Kelebihan yang lain adalah anda tidak perlu tebuk dinding dan tak perlu upah pasang. Tapi, tiap produk mesti ada kelemahannya (kelemahan ni untuk semua jenis portable aircond, bukan iPort sahaja). Antara kelemahannya, anda perlu menyalurkan hos yang agak besar diameter, untuk menyalurkan haba keluar dari bilik anda. Bagi anda yang menggunakan tingkap ‘slide’ anda tidak perlu risau, kerana ada braket diberikan. Bagi yang menggunakan tingkap ‘nako’ atau tingkap biasa, anda perlu kreatif bagaimana untuk menyalurkan hos tersebut keluar.

Dari segi kedinginan yang dihasilkan, portable aircond masih tidak dapat menggantikan atau mengatasi kedinginan yang dihasilkan oleh aircond biasa walaupun mempunyai kekuatan Horse Power yang sama. Jadi, portable aircond mungkin lebih sesuai digunakan di dalam bilik yang kecil. Namun, jika bilik anda kebiasaannya mengalami kepanasan melampau (disebabkan oleh bahan binaan atau jenis bumbung yang digunakan atau pun tiada aliran udara/wap untuk kelaur), boleh dikatakan portable aircond tidak dapat mendnginkan bilik anda, mungkin hanya dapat mengurangan suhunya sedikit.

Jadi, kesimpulannya, berbaloi atau tidak membeli portable aircond ni, bergantung kepada keperluan anda. Jika nak sejukkan hanya bilik anda, saya rasa, ianya sudah mencukupi. Kalau nak guna untuk ruang tamu, saya rasa, anda patut mempertimbangkan aircond dinding. Kos penggunaan elektrik, saya akan update kmudian oleh kerana belum sampai sebulan saya gunakannya!

 

Tags: , , , , , , , , ,