RSS

Category Archives: Dekorasi Rumah

Portable Aircond : Sejuk ke?

Assalam semua.

Minggu lepas anak asyik meragam. Salah satu sebab mungkin sebab cuaca panas. So, saya pun decide untuk beli aircond. Tapi bila difikirkan balik, saya dok rumah sewa, so malas nak tebuk-tebuk rumah orang, and thinking about mobility of the aircond, kami ambil keputusan untuk beli ‘Portable aircond’ atau penghawa dingin mudah alih.

Brand apa kami pilih? Berapa harganya? Berbaloi atau tak? Sejuk macam aircond wall-mounted tak?

Bila pergi survey di kedai-kedai menjual peralatan elektrik, tak banyak pilihan yang ada sebenarnya. Kebanyakan kedai ada jenama Midea, Akira dan Takada. Survey punya survey, ada 2-3 kedai yang recommend product terbaru dari MEC, portable aircond dengan nama ‘iPort’. Rekabentuknya, agak menarik (walaupun macam kotak je sebenarnya. Nampak terkini, dan oleh kerana namanya bermula dengan ‘i’, so anda boleh bayangkan ianya mirip kepada rekabentuk produk-produk Apple lah kan.

MEC iPort-rekabentuk menarik!
(Image source: inshoppers.com)

 

Bagaimana pula dengan harganya? Harga pasaran, dalam katalog tertulis RM1499 untuk 1HP. Tapi saya dapat beli dengan harga RM1250 (harga termurah setelah survey beberapa kedai).

Dari segi fungsinya, ianya tak ubah seperti penghawa dingin dinding. Cuma kelebihannya, ianya mudah-alih. Kelebihan yang lain adalah anda tidak perlu tebuk dinding dan tak perlu upah pasang. Tapi, tiap produk mesti ada kelemahannya (kelemahan ni untuk semua jenis portable aircond, bukan iPort sahaja). Antara kelemahannya, anda perlu menyalurkan hos yang agak besar diameter, untuk menyalurkan haba keluar dari bilik anda. Bagi anda yang menggunakan tingkap ‘slide’ anda tidak perlu risau, kerana ada braket diberikan. Bagi yang menggunakan tingkap ‘nako’ atau tingkap biasa, anda perlu kreatif bagaimana untuk menyalurkan hos tersebut keluar.

Dari segi kedinginan yang dihasilkan, portable aircond masih tidak dapat menggantikan atau mengatasi kedinginan yang dihasilkan oleh aircond biasa walaupun mempunyai kekuatan Horse Power yang sama. Jadi, portable aircond mungkin lebih sesuai digunakan di dalam bilik yang kecil. Namun, jika bilik anda kebiasaannya mengalami kepanasan melampau (disebabkan oleh bahan binaan atau jenis bumbung yang digunakan atau pun tiada aliran udara/wap untuk kelaur), boleh dikatakan portable aircond tidak dapat mendnginkan bilik anda, mungkin hanya dapat mengurangan suhunya sedikit.

Jadi, kesimpulannya, berbaloi atau tidak membeli portable aircond ni, bergantung kepada keperluan anda. Jika nak sejukkan hanya bilik anda, saya rasa, ianya sudah mencukupi. Kalau nak guna untuk ruang tamu, saya rasa, anda patut mempertimbangkan aircond dinding. Kos penggunaan elektrik, saya akan update kmudian oleh kerana belum sampai sebulan saya gunakannya!

Advertisements
 

Tags: , , , , , , , , ,

D’Tajuzz Homestay Kerteh

Assalam semua!

Hepi bila tengok jumlah kunjungan ke blog ini dari hari ke hari semakin meningkat. Sehingga kini, jumlah pengunjung UNIK ke blog ni sehari dah cecah 100++ orang! Alhamdulillah…Anda yang mahu saya berkunjung ke blog anda, boleh la meninggalkan komen dan link skali ye!

Minggu lepas, saya kena bertugas di Kerteh selama seminggu. Kebiasannya, saya akan tinggal di hotel samada Awana Kijal, Residence Resort ataupun Rumbia Resort. Oleh kerana kali ni isteri dan anak saya nak ikut, so kami decide untuk memilih homestay sebagai tempat penginapan kami selama seminggu.

Melalui iklan di laman Mudah.my, saya menemui beberapa homestay list di Kerteh. Saya memilih D’Tajuzz Homestay, yang terletak di Kampun Baru Kerteh.Tak jauh dari Mesra Mall (Dalam 3km kot). Sampai di sana, kami disambut mesra oleh En Din. Jejak kaki je masuk dalam homestay, memang terasa selesa dan moden.

Homestay ni, bilik-biliknya diubahsuai daripada kabin (kontena). Namun, anda tak terasa macam tinggal dalam kabin. Ruang tamu homestay ni, dihiasi dengan perhiasan serba ringkas, namun tampak moden. Penggunaan cermin kaca sebagai dinding menyerlahkan lagi kemodenan homestay ni di samping meminimakan penggunaan cahaya lampu.

Dengan sewa RM80/malam (saya duduk 5 malam, dapat la diskaun sikit), bilik kami dilengkapi dengan 2 katil, 2 katil queen dan satu katil single. Bilik dilenkapi penghawa dingin dan pemanas air (water heater) dalam bilik mandi.

Bagi yang ingin mengetahu tetang homestay ni lebih lanjut, bolehlah ke blog mereka di SINI.

Halaman luar rumah ni luas, boleh parking kereta 5-6buah kereta. Sewaktu saya di sana, kawasan laur rumah sibuk dengan pengubahsuaian,jadi agak berhabuk sedikit.

Cuma, homestay ni tak ada dapur untuk anda memasak, jadi anda perlu beli makanan di luar. Jangan risau, kedai makan cukup banayk di kawasan berhampiran tu.

Di ruang tamu, ada disediakan TV yang mendapat siaran ASTRO, pemanas air (drinking water heater), pinggan mangkuk, dan di dapur ada mesin basuh.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan D’Tajuzz Homestay dan saya mungkin akan singgah di sana lagi selepas ini bila ada kerja di Kerteh. =)

P/S: Saya menggunakan Internet Digi. Coverage di sana hanya EDGE.

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tips memilih warna cat untuk rumah anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Post ni, rasanya baru post kedua tentang deko-deko rumah. Memandangkan daripada statistik, carian mengenai deko-deko rumah adalah antara carian yang tertingi, jadi saya mencari-cari tajuk-tajuk yang sesuai untuk ditulis. Untuk post kali ni, jom kita belajar, tips-tips bagi memilih warna cat untuk rumah anda. Semoga apa yang saya kongsikan, sedikit sebanyak akan membantu anda dalam men’deko’ rumah anda. Ingat, buat sendiri lebih murah (jimat)! Tapi, kena kerah tenaga la sikit kan…..=)

Pertama, anda kena pilih keadaan yang anda inginkan untuk ruang yang hendak di cat. Adakah inginkan ruang yang ‘panas’ atau ‘sejuk’. Keadaan ‘panas atau sejuk’ juga merujuk kepada mood yang anda inginkan. Antara warna yang ‘panas’ adalah seperti merah, oren, kuning terang. Manakala warna yang membawa ‘mood’ sejuk pula (tenang) adalah seperti hijau, ungu dan biru. Ruang aktif selalunya akan di cat dengan warna yang lebih terang dan ceria. Manakala ruang rehat, tidur atau santai, selalunya di cat dengan warna yang lebih malap (jangan la gelap pula).

Tips kedua dari saya, buat tinjauan dengan perabot dan barang-barang yang ada disekeliling tempat yang ingin di cat. Antara barangan atau perkara lain yang perlu diperhatikan, adalah warna lantai atau warna karpet utama di ruang tersebut. Pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan warna barangan tersebut (dapatkan nasihat penjual cat atau ambil gambar dan bawa ke kedai cat).

Perkara ketiga yang perlu anda ketahui adalah, luas ruang tersebut. Sekiranya ruang yang hendak di cat luas, dan anda ingin menampakkan ruang itu tidak terlalu luas, anda boleh menggunakan cat yang lebih gelap. Dan sekiranya anda merasakan ruang itu agak sempit, gunakan cat yang lebih cerah agar ruang tersebut nampak lebih luas (secara ilusi).

color code

Pelbagai pilihan ton warna terdapat dalam katalog cat

Sebelum membuat keputusan untuk membeli cat dalam kuantiti yang banyak, anda dinasihatkan untuk membelinya dalam kauntiti yang lebih kecil terlebih dahulu. Ini adalah kerana, selalunya, cat yang dibeli, dilihat dari katalog, tidak semestinya warna yang dibeli akan kelihatan sama apabila di cat di dinding. Mungkin akan kelihatan dalam ton warna yang berbeza, lebih gelap atau lebih cerah. Beli sikit, balik, cuba dulu di penjuru, lihat samada sesuai atau tidak, jika sesuai, anda bolehlah terus beli dalam kuantiti yang banyak. Saya pernah alami perkara ni, di katalog nampak macam ungu, apabila di cat, warnanya seperti pink. Satu lagi, jangan lupa dapatkan kod warna cat setiap kali membuat pembelian bagi memastikan apabila anda ingin menambah cat, warna yang dibeli adalah sama seperti yang anda gunakan sekarang.

Tips terakhir buat kali ni, tentukan dinding ‘feature’ atau dinding utama dalam ruang yang anda hendak cat. Kebiasaannya, dinding utama adalah dinding yang terletak bertentangan dengan pintu masuk sesebuah ruang. Warna bagi dinding utama adalah warna komplemen (dapatkan nasihat pengedar cat) atau warna yang lebih terang/gelap dari dinding yang lain di sekelilingnya.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sekit perkongsian pengalaman di atas.

Pssstt : Tulis la sikit komen…kalau nak saya lawat blog, tinggalkan link ye =)

 
2 Comments

Posted by on January 14, 2012 in Corat-coret, Dekorasi Rumah, Menarik

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

>Deko-deko rumah: Kabinet Dapur | Part 1

>
Salam…

Entri pada hujung minggu kali ni adalah aktiviti sejak akhir-akhir ni. Sejak mendapat kunci rumah, sedikit demi sedikit aku berusaha untuk menghias rumah baru ku. Memang tak banyak sangat aku renovate oleh sebab rumah aku akan disewakan. Tapi, apa yang aku buat akhirnya berbaloi. Prinsip aku, berikan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Dan hasilnya, aku dapat penyewa dan harga sewa yang baik….=)
Apa yang aku buat? Antaranya dalah kabinet dapur. Sebenarnya, sebelum ni aku tak pernah nak ambil tahu tentang hal-hal rumah. Bila dah ada rumah sendiri ni, baru lah mula nak mengenal. Jadi, mungkin ada yang sama perangainya macam aku, so aku nak kongsi pengalaman. Bila nak buat kabinet dapur, antara perkara yang perlu anda semua ketahui adalah material untuk base (bahagian bawah) dan worktop (bahagian meja atau bahagian kerja). Antara material bahagian base adalah konkrit, ABS, dan solid (kayu). Begitu juga dengan bahagian worktop; anda boleh gunakan concrete dengan tiles, atau concrete dengan marble, granite dan pelbagai jenis batuan yang lain serta permukaan solid. Bagi yang budget, material mieco adalah memadai. Tapi ingat, setiap jenis material ada pro dan kontra masing2. Sebagai contoh, mieco top yang merupakan padatan chipboard lebih mudah menyerap air berbanding yang lain. Jadi, langkah-langkah penjagaan yang betul harus diambil bagi memastikan ketahanan dapur anda. Nasihat aku, buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri. Tengok budget masing-masing dan fikir ke depan. Dan, jangan mudah terpengaruh dengan kontraktor. Macam aku, aku lebih suka buat kajian dekat internet. Baca forum-forum, artikel dan kemudian decide.
Bersambung dalam post kedua nanti…..(aku nak bagi shortlisted contractor yang aku dah buat kajian).
 
Leave a comment

Posted by on April 26, 2010 in Dekorasi Rumah