RSS

Tag Archives: respiratori

Apa anda nak makan bila selsema atau mengalami simptom penyakit berkaitan pernafasan?

Assalam semua!

Entri kali ni nak bagi tips skit dalam bab kesihatan. Dah berminggu-minggu saya mengalami selsema dan batuk, sampai kena buat xray. Berbotol-botol ubat batuk dah saya telan, dan dah 2 set antibiotik saya ambil (ikut nasihat doktor ye,bukan memandai). Selain perubatan moden, saya juga dah mencuba perubatan Islam, melalui klinik Darussyifa’. Alhamdulillah, batuk saya dah berkurangan.

Tadi, saya membelek-belek buku yang ada di rak buku saya. Saya baca buku “Food-Your Miracle Medicine”, tulisan Jean Carper. So, saya semak bahagian “Colds,Flu, Bronchitis,Sinus problems and Hay fever”. Dalam buku beliau, ada diberikan beberapa cadangan makanan yang boleh di ambil bagi membantu menyembuhkan penyait-penyakit berkaitan pernafasan ni, antaranya:

1. Sup ayam panas

Sup Ayam dapat membantu anda yang selsema
(Sumber imej : selerakini.blogspot.com)

Daging ayam, seperti sumber protein yang lain, terdiri daripada asid amino asli yang dipanggil ‘cysteine’. Semasa mereneh sup, cysteine akan di keluarkan. Cysteine asli yang dirembeskan ini mempunyai sifat yang sama seperti Acetylcysteine, iaitu sejenis dadah (ubat) yang kebiasaannya diberikan oleh doktor kepada pesakit yang mengalami ‘bronchitis, atau penyakit respiratori (berkaitan pernafasan).

2. Makanan pedas

Ha! Kan orang Malaysia sinonim dengan makanan yang pedas-pedas. Tak disangka-sangka, makanan-makanan pedas ni sebenarnya membantu menyembuhkan selsema dan penyakit berkaitan pernafasan (respiratori) juga!

Antaranya capsicum (cili benggala) dan cili merah. Menurut Dr Ziment, seorang doktor pakar di UCLA, cili mengandungi sejenis bahan kimia yang mempunyai persamaan dengan Guaifenesin. Guaifenesin kini digunakan secara meluas di dalam pembuatan ubat batuk, kerana ianya berfungsi sebagai ‘expectorant’.

3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi Allicin, bahan kimia yang memberikan rasa bawang putih. Allicin akan ditukarkan di dalam badan kita menjadi bahan kimia yang sama seperti S-carboxymethylcysteme (Mucodyne), bahan kimia yang digunakan untuk membantu peredaran mukus.

Ok. Semga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat berguna untuk anda semua!

MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN:

1. Susu

Elakkan daripada meminum susu kerana susu mempunyai kesan yang berlawanan dengan makanan pedas. Ianya membantutkan reseptor atau pengesan di dalam mulut dan perut yang memberkan arahan perembesan mukus.

Rujukan:

Jean Carper, Food Your Miracle Medicine, Simon & Schuster UK Ltd, 1994.

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Adenovirus : Apa tu?

Sejak kejadian serangan Adenovirus di Pulapol yang mengakibatkan 2 kematian setakat ini, ramai yang masih tertanya-tanya tentang apa itu Adenovirus. Jadi, saya rasa eloklah saya kongsi sedikit pengetahuan dan ilmu yang saya ada dan juga melalui pencarian fakta dari sumber-sumber ilmu lain.

Apa itu Adenovirus?

Adenovirus adalah kumpulan virus yang boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori atau pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit pada bahagian perut dan usus (gastroenteritis), mata (conjunctivitis) dan pundi kencing (cystitis). Antara penyakit berkaitan pernafasan yang disebabkan oleh Adenovirus adalah demam, pneumonia, bronkitis, dan croup (penyakit pernafasan bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun). Virus ini sebenarnya telah berjaya diasingkan pada tahun 1950 dalam kultur daripada tisu adenoid (sebab tu nama dia adenovirus).

Ni la rupanya Adenovirus

Bagaimana ia disebarkan?

Adenovirus boleh tersebar atau dijangkiti dengan sentuhan terus, najis (pepejal atau cecair), dan air yang tercemar.

Bagaiman ia dikesan?

Seringkali kita tertanya-tanya bagaimana pihak bertanggungjawab mengesahkan penyakit seseorang itu sememangnya disebabkan oleh sesuatu virus atau bakteria. Salah satu daripada teknik atau alat yang digunakakan adalah kit pengesan (saya pernah terlibat dalam satu kajian untuk menghasilkan kit pengesan leptospirosis). Kit ini dibangunkan berdasarkan pengesanan antigen, PCR atau polymerase chain reaction, pengasingan virus (vius isolation) dan kajian serum.

Jenis-jenis Adenovirus

Sehingga kini, dilaporkan sebanyak 63 strain (atau senang cerita 63 adik beradik) telah ditemui. Juga dipercayai, kes-kes yang menyebabkan kematian adalah disebabkan varian atau strain yang baru (termutasi).

Sebagai penutup,

Kita tak tahu dan tak dapat kesan secara mata kasar kehadiran virus ni, tapi jaga kebersihan, kalau makan kat gerai,pilihlah gerai yang bersih ye!

 
4 Comments

Posted by on March 20, 2011 in Dunia Sains

 

Tags: , , , , ,