RSS

Monthly Archives: October 2012

Jom Makan : Fook Yuen, Kota Kinabalu

Assalam…

Ha..kali ni saya nak kongsi spot makan best di KK, Sabah. OK, kita start dengan hot spot untuk brekfast dulu. Yang lain-lain, nantikan dalam tulisan lain kali.

Saya kerap berkunjung ke Kota Kinabalu, samada atas urusan kerja, mahupun melancong (termasuk honeymoon =) ). Salah satu spot makan pilihan saya untuk sarapan pagi, adalah Fook Yuen. Ha! Jangan terperanjat, walaupun Restoran ni namanya melambangkan pemilikannya dari kaum tiong hua, namun restoran ni memiliki sijil halal Jakim.

Fook Yuen

Tanda Halal di Fook Yuen

Antara menu kegemaran saya adalah roti bakar, nasi lemak bungkus dan sudah semestinya dinikmati dengan kopi!

Restoran ni ada dua lokasi. Satunya, di kawasan Asia City (Singgahmata) dan satu lagi di kawasan Jalan Gaya (Tamu). Yang di Gaya Street lebih besar.

Kopi Tarik

Kopi Madras dan Roti Bakar. Emmmmdap!

 

Dari segi harga, tidak mahal. Biasa-biasa saja.

Tapi, kalau pegi lewat pagi, bersiap sedialah untuk berdiri menunggu meja kosong. Lagi satu, restoran ni berkonsepkan layan diri. Ambil makanan sendiri, pesan minuman dikaunter dan bayar. Anda akan diberikan nombor giliran untuk air dan roti bakar.

Fook Yuen Jalan Gaya, KK

Ramainya orang dalam kedai ni. Layan diri Ok!

Selamat mencuba!

Advertisements
 

Tags: , , , , , , , , , ,

Nak turun kolestrol? Makan Epal!

Assalam…

 

Sekian lama meninggalkan dunia blog, kini kembali. Kali ni nak kongsi tentang kesihatan.

Ramai rakyat Malaysia yang mengalami gejala paras kolesterol tinggi. Berikut adalah kategori paras kolesterol:

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang  berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang merbahaya untuk kesihatan anda.
  • Sumber rujukan :Cara Hidup Sihat :PANDUAN MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DARAH ANDA (Diterbitkan oleh KKM)

Saya terbaca dalam sebuah artikel, yang menyatakan bahawa, buah epal dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol anda. Menurut artikel tersebut,pengambilan dua biji epal setiap hari efektif untuk mencegah penyakit jantung. Ini kerana, epal memiliki kandungan yang dapat menurunkan kolesterol terutama kolesterol tidak baik.

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Nutrisi dan Diet, wanita yang rutinnya mengambil epal setiap hari dalam tempoh enam bulan memiliki kadar kolesterol 25% lebih rendah berbanding mereka yang tidak memakannya. Malah kajian yang dilakukan di Poland sebelum ini turut menyatakan pengambilan epal juga boleh mengelakkan kanser usus.

Epal

An apple a day, keep you away from a doctor. Khasiat epal, antaranya mengurangkan paras kolesterol dalam darah anda.

Saya cuba untuk mencari bukti yang lebih kukuh, yakni kajian saintifik. Ya, ternyata, memang terdapat kertas kajian (research paper) mengenainya. Anda boleh semak di SINI. Dalam kajian kali ini, penyelidik menyimpulkan, secara puratanya, penurunan paras kolesterol sebanyak 10% dapat diperhatikan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan bagi melihat kesan pelbai jenis epal dalam menurunkan paras kolesterol. Anda boleh preview kertas kajian mereka di SINI.

Jadi, saya berharap, sedikit sebanyak perkongsian saya kali ni, berguna untuk anda!

Jom, amalkan hidup sihat (saya pun nak start amalkan 2 biji apple sehari, walaupun tak berapa suka epal hijau) =)

 

 
Leave a comment

Posted by on October 17, 2012 in Dunia Sains, Fakta, Jantung, Kesihatan, Menarik, petua, tips

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,