RSS

Category Archives: Nasi Kandar

Restoran Tuuu…dia Pak Tam mengorak selangkah lagi ke hadapan!

Bagi yang tinggal di area Selayang, sebut ja nama Restoran Tuuu…dia Pak Tam, mesti terbayang-bayang pelbagai menu yang dihidangkan. Di Selayang, restoran ni terletak di Dataran Templer, Selayang, berdekatan dengan Stadium Selayang. Antara menu yang famous di sini adalah nasi kandar, mee rebus, bihun sup, cendol, ikan bakar dan lauk campur pada waktu tengahari.

Cawangan Restoran Tuuu...dia Paktam di R&R Tapah

Semasa balik ke utara baru-baru ni, saya ternampak satu cawangan restoran ni sedang disiapkan di R&R Tapah arah utara. Keluasan restoran Pak Tam di sana agak luas, dengan perabot yang agak menarik. Nampaknya, Pak Tam dah semakin berjaya! Sampai ke lebuhraya cawangannya di buka! Dari berniaga di tepi jalan, ke restoran, dan akhirnya ke lebuhraya! Tahniah Pak Tam!

Advertisements
 
3 Comments

Posted by on January 16, 2012 in Makan-makan, Nasi Kandar, Perniagaan, Restoran

 

Tags: , , , , , , , ,

>Singgah sebentar di Nasi Vanggey, Ipoh!

>

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Balik raya cina hari tu, dala perjalanan nak balik ke KL, tersekat dalam jem teruk. Jadi, aku pun try ikut jalam lama. Dari Alor Setar, sampai ke Ipoh, amik masa sampai 8jam (biasanya 3 jam ja). So, perut dah lapar, mula la tercari2 kedai nak singgah.
Restoran nasi kandar biasanya terkenal di Pulau Pinang, tapi di Ipoh ni pun ada yang best! Nama resoran ni Nasi Vanggey. Aku diperkenalkan dengan restoran ni oleh kawan aku, orang Ipoh.

Tapi, tempat yang pegi ni cuma cawangan dia. Kata member aku tu, kalau nak rasa yang lagi ‘kaw’, kena pi dekat tempat asal dia, kat Yong Kalsom ke ape ntah. Makanan yang spesel kat sini tentulah Nasi Kandar atau lebih dikenali dengan ‘Nasi Ganja’ atau ‘Nasi Vanggey’ ditambah dengan ayam goreng ros. Menu lain yang digemari adalah Roti Nan Cheese. Kalau yang xminat nasi kandar, ada menu2 lain jugak untuk dipesan termasuklah tomyam.

Bagi yang nak try, Restoran Nasi Vanggey ni terletak di alamat:
5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre,Ipoh, Malaysia 30450

Koordinat GPS:

 
9 Comments

Posted by on February 26, 2011 in Ipoh, Makan-makan, Nasi Kandar, Perak, Restoran