RSS

Category Archives: Isu Semasa

Lagi kes ulat dalam makanan!

Sebelum ni, kecoh kes seorang pelanggan menjumpai ulat hidup di dalam ‘karipap’ di sebuah restoran terkenal. Hari ni, satu lagi ke ‘ulat percuma’ disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Hmmm…harap-harap pihak pengusaha/pengelaur produk lebih teliti dalam memeriksa setiap produk yang mereka keluarkan. Ironinya,kedua-dua kes ini, kedua-duanya mendapat sijil halal JAKIM. Jangan hanya sekadar melepas batok di tangga. Dah dapat sijil tu, kena la sentiasa praktiskannya dari setiap sudut, termasuk la penyediaan,bahan mentah,pembungkusan dan semakan kualiti.

NURUL FATIHAH SULAINI
8 April 2012
Beli coklat, percuma ulat

ALOR SETAR – Rasa geli dan loya!, ­begitulah yang dihadapi tiga beranak ­apabila hasrat menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya terbantut ketika melihat beberapa ekor ulat keluar dari kepingannya.

Ahmad Pouzai, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan luar ­biasa coklat itu apabila membuka ­lapisan pembungkus coklat ketika ­berada dalam kereta selepas selesai membeli ­barangan keperluan kira-kira jam 10.50 pagi semalam.

“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.

“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, isterinya sempat ­makan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum ­berkongsi bersama.=

“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.

“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat pengeluar coklat itu lebih prihatin terhadap produknya termasuk mengutamakan ­aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.

“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, syarikat pengeluar coklat perlu lebih berhati-hati dalam memastikan kualiti bahan serta produk dihasilkan sentiasa terjaga.

“Kita tidak mahu kejadian ­seperti ini turut berlaku di tempat lain ­kerana coklat yang sama diedarkan ke ­negara luar. Imej baik produk tempatan akan terjejas jika ada pembeli di negara ­berkenaan terbeli coklat sudah berulat.

“Sepanjang tahun ini, kita sudah ­menerima empat hingga lima kes yang melibatkan produk makanan tercemar serta berulat. Kita akan menghantar notis kepada syarikat terbabit untuk ­memastikan mereka mengambil langkah ­sepatutnya bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 8, 2012 in 1Malaysia, Isu Semasa, Menarik, Restoran

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Mface : Laman sosial terbaharu dari Malaysia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat tahun baru semua! Semoga tahun 2012 ni kita menjadi lebih baik dan terus cemerlang!

Cakap pasal benda baru ni, saya dapat tau, ada laman sosial baru muncul dari Malaysia! Nama, Mface!

Mungkin kejayaan Facebook memberikan inspirasi kepada pencipta laman ini. Dan khabarnya, laman sosial ini adalah hasil cetusan idea Dato’ AC Mizal dan rakan kongsinya, Tedy Teow. Sedikit screenshot Mface:

Frontpage Mface

Kata AC Mizal, beliau mensasarkan sejuta pengguna dalam masa beberapa bulan ini? Mampukah Mface menarik sejuta pengguna? Apa lagi, jom la kita nerealisasikan sasaran tu! Sokong anak Malaysia!

Apapun, Tahniah kepada team MFace! Semoga kehadiran Mface memberikan lebih manfaat kepada semua!

 
2 Comments

Posted by on January 1, 2012 in Isu Semasa

 

Tags: , , , , , , , , ,

RapidKL (LRT) dah pakai token?

Syyyy….

Yang selalu naik LRT tu mesti..ala..baru nak tau ke? Hehe…Jawapannya Ya! Sebab saya jarang naik LRT sejak akhir-akhir ni. Almaklumla…dah tak berkerja di tengah bandaraya KL atau kawasan yang berhampiran dengan LRT.

Apapun, tahniah buat RapidKL yang telahpun berjaya menambahbaik prasarana di stesen LRT. Salah satunya adalah dengan menukar sistem tiket kepada sistem yang menggunakan token. Sistem token ni mungkin dapat menjimatkan kos RapidKL, sebab dah tak payah nak ulang cetak. Jalur magnetik di tiket kan mudah rosak, jadi  kena la diorang cetak semula kalau rosak. Dengan token, tak ada lagi masalah tu.

Token LRT
Ni la rupanya token yang digunakan di LRT RapidKL. (Source:www.myrapid.com)

Hah! Kenapa ada dua warna? Biru untuk apa? Merah pula? Sebenarnya, token biru adalah token dengan harga biasa.Token merah pula digunakan untuk token dengan harga konsesi (Warga emas,OKUdll). Token berwarna merah ni akan mula digunakan bermula 1 Januari 2012! Tapi, buat masa ini, token ni hanya boleh di beli di kaunter sahaja.

Yang bagusnya, token ini boleh digunapakai di kedua-dua sistem LRT di bawah kendalian RapidKL, iaitu Kelana Jaya Line (Putra) dan Star.

Tapi, sepanjang pemerhatian, ada sedikit kelemahan semenjak penukaran sistem ini berjalan. Dengan penukaran sistem ini, pengguna LRT perlu membeli token melalui vending machine yang disediakan. Hanya kes-kes tertentu sahaja dibenarkan membeli melalui melalui kaunter. Oleh kerana vending machine ini adalah baharu, sesetengah orang masih lagi terkial-kial untuk menggunakannya. Dan, tiada pekerja RapidKL yang membantu. Jadi, diharapkan pihak RapidKL dapat menyediakan pembantu khidmat pelanggan pada setiap vending machine (atau 2 mesin 1 orang) buat masa ini (sebab baru lagi). Keadaan ini dapat membantu mengurangkan kesesakan semasa pengguna beratur membeli token (akibat orang yang kurang pengalaman menggunakan mesin vending). Kedua, dah nama pun mesin, kadang-kadang tidak menerima duit yang terlipat, terkoyak ataupun lembik (renyuk). Maka, terkial-kial la bagi orang yang duitnya tidak diterima mesin tu…dah..jadi lagi lambat.

Ketiga, tiada garisan pemisah diletakkan di setiap sisi mesin. Umum mengetahui, tabiat ‘orang kita’ yang kurang berdisiplin ketika beratur. Apabila terlalu sesak, ada diantara kita yang keliru, dimanakah barisan, dan ada yang tersilap membuat barisan baharu. Akhirnya, berlaku pertindihan barisan…dan…anda sendiri bayangkan.

Mungkin kerana ianya masih baharu, jadi masih terdapat kelemahan di sana-sini. Apapun, sesuatu perubahan pastinya akan memerlukan sedikit masa. Jadi, bersabar ye….

P/S: Kalau nak selamat, sediakan duit syiling siap-siap. Nak lagi selamat, pakai je Touch N Go. Xpayah beratur2 dah. =)

 
3 Comments

Posted by on December 30, 2011 in Isu Semasa

 

Tags: , , , , , , ,