RSS

Monthly Archives: April 2009

>Nak tengok movie? Pakai spek je….

>
Mungkin ada yang penah tengok dah benda ni. Mungkin jugak ada yang akan kata wow! Bagi aku, benda ni menarik. Kalau ada benda ni, aku rasa pendapatan panggung-panggung wayang akan mula merudum. Penjualan DVD player, TV pun jatuh. Apa benda ni?

Benda ni nama dia ‘iWear AV310 Widescreen’ . Dengan benda ni, kita boleh tengok movie dengan saiz skrin sebesar 52 kaki! dah macam tengok wayang la kan? Selain dari tengok wayang, iWear ni jugak boleh sambung ke alat-alat lain macam PS, MP4, dan lain-lain lagi yang nak pancarkan video. 

Apapun, aku xtau bila benda ni akan ada di pasaran. Harap-harap Malaysia x ketinggalan dengan alat ni. Rakyat kita ni pun agak techno-maniac!


 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2009 in Teknologi dan Gajet

 

>Harta Intelek dan Inovasi

>Dah dua minggu aku dalam training IP (Intellectual Property). Ada session yang best, ada session yang bored, ada session yang so-so (Terutamanya session dengan lawyer). Apapun semua session aku rasa sangat berharga. Selama ni aku kurang prihatin dengan IP, sekarang aku dah dapat ‘big picture’. Paling kelakar, bila tau idea-idea yang nampak mengarut di patenkan kat US. Contohnya, ada sorang tu, patenkan cara nak hayunkan buaian kanak-kanak. Aku rasa, cara nak hayun buai tu, nenek moyang aku pun tau..haha…

Ok, mulai sekarang, aku nak muatkan ‘review’ untuk ciptaan-ciptaan terbaru dalam dunia ni. Zaman pemerintahan DSN ni kan nak galakkan rakyat berinovasi. Kot-kot la benda yang aku review ni sedikit sebanyak boleh bagi inspirasi kat semua. Paling tidak, ada sedikit idea untuk cipta sesuatu. Lemah lagi, just bagi sikit ‘awareness’ pada semua yang dunia dah maju..zaman dah berubah..hehe. Ok?
Bagi mereka yang teringin nak tau basic IP search, kepentingan, aplikasi, boleh la bertanya. Aku tak keberatan untuk berkongsi. Apa yang diharapkan, rakyat Malaysia akan terus menuju ke arah Rakyat Berinovasi. Dalam dunia ni, kalau kita tengok, syarikat yang paling banyak buat patent adalah IBM. Yang kedua, Samsung. Syarikat Malaysia di mana? Tempat ke berapa tu aku kurang pasti. Tapi, salah sebuah syarikat yang berinovatif kat Malaysia ni adalah Air Asia. 
Sistem pendidikan kat Malaysia ni mungkin kurang menggalakkan inovasi. Lebih kepada ‘exam-oriented’. Tapi, aku dengar sistem pendidikan akan di rombak dan di formulasi semula. Harap-harap, kerajaan tekankan budaya berinovatif ni kat sekolah. MRSM, SBP, Sek Teknik, aku tengok dah ada sedikit penerapan subjek inovasi ni. Satu pergerakan yang bagus.
Ok. Jumpa lagi di tulisan seterusnya.
 
Leave a comment

Posted by on April 29, 2009 in Uncategorized