RSS

Monthly Archives: March 2011

Adenovirus : Apa tu?

Sejak kejadian serangan Adenovirus di Pulapol yang mengakibatkan 2 kematian setakat ini, ramai yang masih tertanya-tanya tentang apa itu Adenovirus. Jadi, saya rasa eloklah saya kongsi sedikit pengetahuan dan ilmu yang saya ada dan juga melalui pencarian fakta dari sumber-sumber ilmu lain.

Apa itu Adenovirus?

Adenovirus adalah kumpulan virus yang boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan sistem respiratori atau pernafasan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit pada bahagian perut dan usus (gastroenteritis), mata (conjunctivitis) dan pundi kencing (cystitis). Antara penyakit berkaitan pernafasan yang disebabkan oleh Adenovirus adalah demam, pneumonia, bronkitis, dan croup (penyakit pernafasan bagi kanak-kanak berumur 2-4 tahun). Virus ini sebenarnya telah berjaya diasingkan pada tahun 1950 dalam kultur daripada tisu adenoid (sebab tu nama dia adenovirus).

Ni la rupanya Adenovirus

Bagaimana ia disebarkan?

Adenovirus boleh tersebar atau dijangkiti dengan sentuhan terus, najis (pepejal atau cecair), dan air yang tercemar.

Bagaiman ia dikesan?

Seringkali kita tertanya-tanya bagaimana pihak bertanggungjawab mengesahkan penyakit seseorang itu sememangnya disebabkan oleh sesuatu virus atau bakteria. Salah satu daripada teknik atau alat yang digunakakan adalah kit pengesan (saya pernah terlibat dalam satu kajian untuk menghasilkan kit pengesan leptospirosis). Kit ini dibangunkan berdasarkan pengesanan antigen, PCR atau polymerase chain reaction, pengasingan virus (vius isolation) dan kajian serum.

Jenis-jenis Adenovirus

Sehingga kini, dilaporkan sebanyak 63 strain (atau senang cerita 63 adik beradik) telah ditemui. Juga dipercayai, kes-kes yang menyebabkan kematian adalah disebabkan varian atau strain yang baru (termutasi).

Sebagai penutup,

Kita tak tahu dan tak dapat kesan secara mata kasar kehadiran virus ni, tapi jaga kebersihan, kalau makan kat gerai,pilihlah gerai yang bersih ye!

Advertisements
 
4 Comments

Posted by on March 20, 2011 in Dunia Sains

 

Tags: , , , , ,

Online di mana-mana dengan MyPocket wireless router

Salam semua!

Akses kepada internet pada masa kini mungkin telah menjadi ‘satu kewajipan’ kepada semua. Mungkin juga ada yang menghadapi masalah ketika ‘outstation’ atau ‘travel’. Nak cari kedai yang ada wifi? Tak selesa. Ada yang kata, pakai la modem usb 3.5G. Yes! Betul! Macam mana pulak kalau kita nak kongsi ‘talian’ tu dengan rakan-rakan? Almaklumla….mungkin tak semua kita mampu untuk beli USB modem tu kan…

Antara produk di pasaran yang boleh bantu anda selesaikan masalah ni adalah MyPocket Router daripada DLink. Saya sendiri pun menggunakan produk ni! Kalau anda nak cari di mudah, ada yang menggunakan ‘tag’ MiFi. Berdasarkan tinjauan saya, harga di pasaran adalah antara RM350-RM500.

Saya pakai ni!

Apa kelebihan pakai MyPocket wireless Router ni?

1. Anda boleh gunakan sebarang telco (Maxis,Celcom,Digi,UMobile)

2. Anda boleh gunakan sebagai USB Modem

3. Anda boleh gunakannya sebagai Router untuk berkongsi rangkaian secara wireless dengan rakan-rakan anda! (buat rangkaian wifi anda sendiri)

4. Paling penting, mobility. Boleh pakai di mana-mana.

5. Tidak perlu sambungan wayar ke sumber elektrik (sebab pakai bateri yang tahan lama)

Pengalaman saya, saya menggunakan Digi Mobile Internet Prepaid. Memang laju! Dan tak terputus2 (saya compare dengan telco lain). Dan, yang bestnya, Prepaid! Saya tak terikat dengan kontrak mana-mana syarikat dan boleh pakai bila saya perlu pakai sahaja. Tak perlu fikir nak bayar bulanan.

So, selamat mencuba!

 
3 Comments

Posted by on March 13, 2011 in Teknologi dan Gajet

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Jom buat sendiri : Tart Telur

 

Salam semua….

Dah lama sebenarnya nak tulis pasal resipi ni. Resipi DIY kali ni ialah tart telur…..simple n sedap!

Tart biasanya ada 2 bahagian, iaitu, kerak (crust) di luar dalam inti(filling).

Untuk buat crust (kerak)nya, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur

Macam mana caranya? Ikut step2 di bawah:

  1. Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.

Then, jom tengok apa pulak bahan nak buat inti (filling)nya! :

  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence

Cara-caranya:

  1. Pukul gula dan telur.
  2. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  3. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.

Bila dah siap diisi intinya dalam bekasnya, masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 pada suhu 180°C.

Tada……

Inilah hasilnya:

 

 

 

 
15 Comments

Posted by on March 13, 2011 in Makan-makan, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , ,

IRIS dari ASUS bakal ‘goncang’ produk Apple

Salam sejahtera……salam ceria!

Baru-baru ini, iPad 2 sudah pun dilancarkan di beberapa negara. Selaku peminat gajet tegar, saya turut berasa teruja untuk melihat dengan lebih dekat peranti yang boleh dikatakan antara yang tercanggih di pasaran (mobile devices). Daripada tinjauan di alam maya, antara perubahan yang saya dapati pada iPad2 ni (berbanding dengan iPad) adalah dari segi fizikal, iaitu, kenipisan. iPad 2 lebih nipis dan lebih ringan, dengan beratnya yang berkurang sebanyak 15% dan 33% lebih nipis daripada iPad edisi pertama. Malah, prosesor di dalam iPad 2 juga telah dinaik taraf kepada prosesor dual-core A5 yang memberikan kelajuan 2x berbanding yang sekarang. Antara ciri lain yang menarik adalah kad grafik yang lebih mantap, bateri yang bertahan selama lebih 10 jam dan dua kamera (hadapan dan belakang).

OK! enough about iPad2! Sekarang kita nak bercerita tentang ‘pesaing’ iPad (bakal). Bukan dari Jenama Eropah, bukan dari USA, dan bukan dari Jepun! Tapi, dari TAIWAN! Kalau dulu, mungkin jenama ASUS masih kurang mendapat tumpuan di kalangan peminat gajet elektronik. Tapi kini, pencapaian ASUS semakin hari semakin meningkat maju. Paling terkini, konsep peranti yang dinamakan sebagai IRIS. IRIS sebenarnya adalah singkatan kepada ‘Inspirational Research for Immersive Space’. Team penyelidik ASUS menyasarkan teknologi ini untuk dihasilkan pada 2015.

Proses inovasi biasanya akan terbit daripada ‘masalah’ yang dihadapi dan berlakunya proses inovasi adalah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi secara efektif. Antara masalah utama yang ‘dikesan’ oleh ASUS dalam penciptaan IRIS ini adalah masalah kekurangan ruang. Jadi, bagi membolehkan 1 peranti atau alat yang boleh menjalankan atau mengadaptasi kepada keperluan pengguna, maka timbullah idea mencipta IRIS. Tak percaya? Jom tengok video di bawah

 

Semoga ASUS berjaya menghasilkan peranti ini! Rakyat Malaysia bagaimana! Jom kita lawan imaginasi rakyat negara lain supaya kita juga dapat buktikan yang kita juga mampu maju kehadapan setaraf dengan mereka!

 

 
Leave a comment

Posted by on March 8, 2011 in Teknologi dan Gajet

 

Tags: , , , , ,

Tidur tengahari : Baik untuk kesihatan dan mental?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Mungkn ramai yang tak tau, amalan tidur sekejap (nap) pada waktu tengahari yang juga dikenali sebagai Qailulah dalam bahasa Arab adalah baik untuk kesihatan jasmani dan juga kesihatan mental para pengamalnya. Malah, amalan ini juga di amalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.  Dalam kitab Misykatul Masyabih disebutkan “Tidur sekejap di waktu tengahari atau qailulah buanlah satu perbuatan keji kerana Rasulullah S.A.W pernah melakukannya”.

Qailulah

Terdapat satu kajian yang dilakukan selama 25tahun berhubung kesan tidur ke atas negara industri dan pasca-industri mendapati, “92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuna menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya”.(Rujukan)

Pada waktu tengahari, sistem adan kita bersedia memanfaatkan fasa tidur pada ketika itu di mana fasa itu dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Kajian juga menunjukkan mereka yang tidur selama 30minit di waktu tengahari mengurangkan risiko menghidap penyakit jantung sebanyak 30% berbanding orang biasa. Secara umumnya, pakar berpandangan badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semulajadi dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun dan untuk memulihkannya, kita perlulah ‘mengecasnya’ dengan cara tidur.

So, lepas ni, saya pun nak cuba amalkan tidur sekejap di waktu tengahari ni! Tapi ingat, sekejap ja tau! Jangan lebih-lebih plak ye! =)

 
 

Tags: , , , , , , , ,

Salam perkenalan dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, dengan izin dariNYA saya telah berjaya membuka sebuah blog baru bagi menggantikan blog saya yang lama. Bagi yang pernah melayari blog saya yang lama di http://inspirasi-kehidupanku.blogspot.com. Juga, untuk yang pernah singgah di blog fotografi saya di http://foto-xl.blogspot.com. Tak dilupakan, untuk yang pernah menjadi pelanggan ‘online’ saya di http://lurvelyladies.blogspot.com. Kepada anda semua, terima kasih, terima kasih dan terima kasih saya ucapkan!

Bagi yang belum pernah membaca tulisan saya di blog yang lama (tak kira la mana2 blog antara ke-3 nya), blog saya hampir mencecah hits 1000 pembaca. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya, tidak ramai yang berkunjung ke sana. Namun, semakin hari semakin ramai ke sana dan membaca entri2 yang saya tulis. Sekali lagi, terima kasih. Kepada anda yang baru saja mengenali saya (walaupun di dunia maya sahaja), salam perkenalan saya ucapkan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa saya menggunakan bahasa ‘skema’ atau bahasa standard. Hehe…sebenarnya, tidaklah se’skema’ mana….nak tahu setahap mana tak ‘skema’nya tulisan saya, jangan lupa subscribe ye!

Sekian dahulu buat permulaan.

‘Berkongsi ilmu dan wadah pemikiran secara berintelek’.

 
2 Comments

Posted by on March 7, 2011 in Coretan Hati