RSS

Monthly Archives: June 2012

Tips untuk menanggalkan miang buluh

Assalam…

Entri tips plak kali ni. Minggu lepas saya menonton rancangan ‘SOS’ di TV9. Banyak pelajaran dan ilmu yang berguna yang saya dapat daripada program tv tersebut. Antaranya, teknik ‘survival’ dalam hutan. Dan salah satu tips menarik yang diberikan adalah bagaimana menanggalkan atau menghilangkan miang buluh dari badan anda.

Hati-hati ketika mengambil buluh. Miang buluh sangat gatal!

Tipsnya senang ja, jika terkena miang buluh, ambil segenggam tanah (bukan tanah pasir tu), sapukan tanah tu pada tempat yang terkena miang tu (gosok).

Ha! Senang kan? Semoga berjaya!

 
Leave a comment

Posted by on June 12, 2012 in Menarik, petua, tips, Uncategorized

 

Tags: , , , , , ,

Jalan-jalan cari makan : Nasi Lemak Ujang

Assalam!

Ha. Entry pasal makan ja…ramai yang bagi sambutan..terutamanya hujung minggu. Hehe..

Ok. Minggu ni, nak tulis ‘review’ pasal Nasi Lemak Ujang. Nasi lemak ujang ni, terletak di Taman greenwood, berdekatan dengan kawasan dataran templer dan stadium Selayang. Nak tahu alamat penuh? Ha..tengok gambar kat bawah:

Nasi Lemak

Nasi Lemak Ujang

Bagi tekak saya, nasi lemak Ujang memang best! Lauk yang dihidangkan juga sedap. Tapi mungkin sambalnya agak berminyak.

Nasi Lemak

Nasi Lemak Ujang dengan ayam goreng berempah

 

Ok. Selamat mencuba!

 
2 Comments

Posted by on June 10, 2012 in 1Malaysia, Makan-makan, Nasi Lemak, Uncategorized

 

Tags: , , , , , ,

Portable Aircond : Sejuk ke?

Assalam semua.

Minggu lepas anak asyik meragam. Salah satu sebab mungkin sebab cuaca panas. So, saya pun decide untuk beli aircond. Tapi bila difikirkan balik, saya dok rumah sewa, so malas nak tebuk-tebuk rumah orang, and thinking about mobility of the aircond, kami ambil keputusan untuk beli ‘Portable aircond’ atau penghawa dingin mudah alih.

Brand apa kami pilih? Berapa harganya? Berbaloi atau tak? Sejuk macam aircond wall-mounted tak?

Bila pergi survey di kedai-kedai menjual peralatan elektrik, tak banyak pilihan yang ada sebenarnya. Kebanyakan kedai ada jenama Midea, Akira dan Takada. Survey punya survey, ada 2-3 kedai yang recommend product terbaru dari MEC, portable aircond dengan nama ‘iPort’. Rekabentuknya, agak menarik (walaupun macam kotak je sebenarnya. Nampak terkini, dan oleh kerana namanya bermula dengan ‘i’, so anda boleh bayangkan ianya mirip kepada rekabentuk produk-produk Apple lah kan.

MEC iPort-rekabentuk menarik!
(Image source: inshoppers.com)

 

Bagaimana pula dengan harganya? Harga pasaran, dalam katalog tertulis RM1499 untuk 1HP. Tapi saya dapat beli dengan harga RM1250 (harga termurah setelah survey beberapa kedai).

Dari segi fungsinya, ianya tak ubah seperti penghawa dingin dinding. Cuma kelebihannya, ianya mudah-alih. Kelebihan yang lain adalah anda tidak perlu tebuk dinding dan tak perlu upah pasang. Tapi, tiap produk mesti ada kelemahannya (kelemahan ni untuk semua jenis portable aircond, bukan iPort sahaja). Antara kelemahannya, anda perlu menyalurkan hos yang agak besar diameter, untuk menyalurkan haba keluar dari bilik anda. Bagi anda yang menggunakan tingkap ‘slide’ anda tidak perlu risau, kerana ada braket diberikan. Bagi yang menggunakan tingkap ‘nako’ atau tingkap biasa, anda perlu kreatif bagaimana untuk menyalurkan hos tersebut keluar.

Dari segi kedinginan yang dihasilkan, portable aircond masih tidak dapat menggantikan atau mengatasi kedinginan yang dihasilkan oleh aircond biasa walaupun mempunyai kekuatan Horse Power yang sama. Jadi, portable aircond mungkin lebih sesuai digunakan di dalam bilik yang kecil. Namun, jika bilik anda kebiasaannya mengalami kepanasan melampau (disebabkan oleh bahan binaan atau jenis bumbung yang digunakan atau pun tiada aliran udara/wap untuk kelaur), boleh dikatakan portable aircond tidak dapat mendnginkan bilik anda, mungkin hanya dapat mengurangan suhunya sedikit.

Jadi, kesimpulannya, berbaloi atau tidak membeli portable aircond ni, bergantung kepada keperluan anda. Jika nak sejukkan hanya bilik anda, saya rasa, ianya sudah mencukupi. Kalau nak guna untuk ruang tamu, saya rasa, anda patut mempertimbangkan aircond dinding. Kos penggunaan elektrik, saya akan update kmudian oleh kerana belum sampai sebulan saya gunakannya!

 

Tags: , , , , , , , , ,