RSS

Tag Archives: makanan

Nak turun kolestrol? Makan Epal!

Assalam…

 

Sekian lama meninggalkan dunia blog, kini kembali. Kali ni nak kongsi tentang kesihatan.

Ramai rakyat Malaysia yang mengalami gejala paras kolesterol tinggi. Berikut adalah kategori paras kolesterol:

  • Paras kolestrol darah normal merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang  berada di bawah 5.20 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol darah yang unggul bagi anda.
  • Paras kolestrol darah pertengahan pula merujuk kepada sukatan kolesterol dalam darah yang berada pada julat 5.20 sehingga 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang kurang sesuai bagi anda.
  • Paras kolesterol darah tinggi pula merujuk pula kepada sukatan kolesterol dalam darah yang melebihi 6.5 mmol/L. Ini merupakan paras kolesterol yang merbahaya untuk kesihatan anda.
  • Sumber rujukan :Cara Hidup Sihat :PANDUAN MENURUNKAN PARAS KOLESTROL DARAH ANDA (Diterbitkan oleh KKM)

Saya terbaca dalam sebuah artikel, yang menyatakan bahawa, buah epal dapat membantu dalam menurunkan paras kolesterol anda. Menurut artikel tersebut,pengambilan dua biji epal setiap hari efektif untuk mencegah penyakit jantung. Ini kerana, epal memiliki kandungan yang dapat menurunkan kolesterol terutama kolesterol tidak baik.

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Nutrisi dan Diet, wanita yang rutinnya mengambil epal setiap hari dalam tempoh enam bulan memiliki kadar kolesterol 25% lebih rendah berbanding mereka yang tidak memakannya. Malah kajian yang dilakukan di Poland sebelum ini turut menyatakan pengambilan epal juga boleh mengelakkan kanser usus.

Epal

An apple a day, keep you away from a doctor. Khasiat epal, antaranya mengurangkan paras kolesterol dalam darah anda.

Saya cuba untuk mencari bukti yang lebih kukuh, yakni kajian saintifik. Ya, ternyata, memang terdapat kertas kajian (research paper) mengenainya. Anda boleh semak di SINI. Dalam kajian kali ini, penyelidik menyimpulkan, secara puratanya, penurunan paras kolesterol sebanyak 10% dapat diperhatikan.

Terdapat juga kajian yang dijalankan bagi melihat kesan pelbai jenis epal dalam menurunkan paras kolesterol. Anda boleh preview kertas kajian mereka di SINI.

Jadi, saya berharap, sedikit sebanyak perkongsian saya kali ni, berguna untuk anda!

Jom, amalkan hidup sihat (saya pun nak start amalkan 2 biji apple sehari, walaupun tak berapa suka epal hijau) =)

 

 
Leave a comment

Posted by on October 17, 2012 in Dunia Sains, Fakta, Jantung, Kesihatan, Menarik, petua, tips

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Bazar Ramadhan : Area Bangi/Putrajaya

Assalam….

Ha..bila dah sampai bulan ramadhan ni, salah satu perkara yang signifikan adalah kewujudan bazar ramadhannya. Buat yang bekerja, terutamanya di bandar-bandar besar, dan selalu tersekat dalam kesesakan jalanraya, bazar ramadhan semestinya destinasi ‘wajib’ yang anda akan kunjungi lepas pulang dari kerja (termasuklah saya hehe).

Oleh kerana saya tinggal di kawasan bangi/putrajaya..so saya nak bagi review sikit tentang lokasi-lokasi bazar ramadhan berhampiran bangi/putrajaya.

1. PKNS Bangi

Lokasi ni adalah lokasi pertama bazar ramadhan yang saya kunjungi, sebab saya masih kurang mahir tentang kawasan bangi/putrajaya (baru pindah). Dari segi kemeriahan, bazar ni boleh tahan! Agak ramai pengunjung. Dari segi jumlah gerai, saya anggarkan dalam ~50 buah gerai terdapat di sana. Dari segi kepelbagaian juadah, saya rasa, agak sama sahaja dengan tempat lain. Gerai yang paling mendapat sambutan adalah gerai ayam olek. Antara juadah lain yang terdapat di sana adalah lauk pauk, nasi kerabu nasi beriyani, kuih-muih, murtabak, nasi lemak kukus (pun ramai beli), nasi arab, roti john dan lain2.

2. Seksyen 16, Bangi (Berhampiran stesyen minyak Shell)

Image

Lokasi Bazar Ramadhan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Skala bazar di sini lebih besar berbanding dengan bazar di PKNS Bangi. Saya anggarkan, hampir ~100++ buah gerai ada di sini. Dari segi kepelbagaian juadah, pilihan disini lebih banyak. Dari segi harga, agak berpatutan  di sini. Pada hari selasa, ia diadakan serentak dengan pasar malam. Bertambah meriah. Nak beli barang dapur pun senang, sekali jalan ja! Antara juadah yang unik adalah burger bakar, kambing golek, nasi kerabu, dll. Secara amnya, bazar ini menjadi kegemaran saya.

3. Precint 2, Putrajaya

Ha…yang ni memang besar. Mungkin mencecah ~200+ gerai yang berniaga di sini. Terletak di kawasan yang sama dengan kawasan pasar tani (Selasa,Jumaat). Dah besar, memanglah meriah kan! Dengan orang2 gomen yang pejabatnya berdekatan, boleh singgah sebelum balik rumah! Dari segi kepelbagaian, memang banyak jenis makanan terdapat disini. Tapi, berdasarkan tinjauan rambang saya, saya rasa kebanyakan makanan di sini adalah dari Utara dan Timur. Antara yang famous kat sini, Roti John Unan. Beratur orang nak beli! Ada beberapa lagi juadah yang perlu beratur disini. Macam jadi fenomena beratur plak kat sini hehe. Dari segi parking, kalau kena masanya, OK ja tempat parking, ada tempat lapang untuk parking. Tapi, AWAS! Kalau boleh elakkan dari parking di tepi2 jalan, sebab dah banyak kali saya tengok pihak berkuasa menyaman kereta-kereta yang parking di tepi jalan (walaupun saya rasa tindakan ini tidak patut, oleh kerana bukannya selalu macam ni dan tempat parking memang tak cukup waktu puncak).

Ok! Setakat ni dulu untuk kali ni. Next entri, lokasi bazar seterusnya di sekitar bandar tasik selatan/sungai besi/bandar sri permaisuri….insyaAllah.

P/S: Jangan membazir plak ye! Jangan makan sampai tak larat nak beribadat plak! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita merebut peluang beribadat, kerana pahalanya berganda, bukan berebut nak makan macam2 =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Apa anda nak makan bila selsema atau mengalami simptom penyakit berkaitan pernafasan?

Assalam semua!

Entri kali ni nak bagi tips skit dalam bab kesihatan. Dah berminggu-minggu saya mengalami selsema dan batuk, sampai kena buat xray. Berbotol-botol ubat batuk dah saya telan, dan dah 2 set antibiotik saya ambil (ikut nasihat doktor ye,bukan memandai). Selain perubatan moden, saya juga dah mencuba perubatan Islam, melalui klinik Darussyifa’. Alhamdulillah, batuk saya dah berkurangan.

Tadi, saya membelek-belek buku yang ada di rak buku saya. Saya baca buku “Food-Your Miracle Medicine”, tulisan Jean Carper. So, saya semak bahagian “Colds,Flu, Bronchitis,Sinus problems and Hay fever”. Dalam buku beliau, ada diberikan beberapa cadangan makanan yang boleh di ambil bagi membantu menyembuhkan penyait-penyakit berkaitan pernafasan ni, antaranya:

1. Sup ayam panas

Sup Ayam dapat membantu anda yang selsema
(Sumber imej : selerakini.blogspot.com)

Daging ayam, seperti sumber protein yang lain, terdiri daripada asid amino asli yang dipanggil ‘cysteine’. Semasa mereneh sup, cysteine akan di keluarkan. Cysteine asli yang dirembeskan ini mempunyai sifat yang sama seperti Acetylcysteine, iaitu sejenis dadah (ubat) yang kebiasaannya diberikan oleh doktor kepada pesakit yang mengalami ‘bronchitis, atau penyakit respiratori (berkaitan pernafasan).

2. Makanan pedas

Ha! Kan orang Malaysia sinonim dengan makanan yang pedas-pedas. Tak disangka-sangka, makanan-makanan pedas ni sebenarnya membantu menyembuhkan selsema dan penyakit berkaitan pernafasan (respiratori) juga!

Antaranya capsicum (cili benggala) dan cili merah. Menurut Dr Ziment, seorang doktor pakar di UCLA, cili mengandungi sejenis bahan kimia yang mempunyai persamaan dengan Guaifenesin. Guaifenesin kini digunakan secara meluas di dalam pembuatan ubat batuk, kerana ianya berfungsi sebagai ‘expectorant’.

3. Bawang putih

Bawang putih mengandungi Allicin, bahan kimia yang memberikan rasa bawang putih. Allicin akan ditukarkan di dalam badan kita menjadi bahan kimia yang sama seperti S-carboxymethylcysteme (Mucodyne), bahan kimia yang digunakan untuk membantu peredaran mukus.

Ok. Semga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat berguna untuk anda semua!

MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN:

1. Susu

Elakkan daripada meminum susu kerana susu mempunyai kesan yang berlawanan dengan makanan pedas. Ianya membantutkan reseptor atau pengesan di dalam mulut dan perut yang memberkan arahan perembesan mukus.

Rujukan:

Jean Carper, Food Your Miracle Medicine, Simon & Schuster UK Ltd, 1994.

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Jalan-jalan cari makan @ Kuala Terengganu : ICT

Assalam semua

2 Miinggu lepas, saya berada di Kuala Terengganu, atas urusan kerja. Bila dah sampai KT, orang kata tak sah kalau tak cuba menu istimewa di KT ni, selain dari keropok lekor, iaitu ICT! ICT tu sebenarnya singkatan kepada Ikan Celup Tepung =)

Survey punya survey, tempat paling banyak di ‘rekomen’ kan adalah di belakang airport Sultan Mahmud. Lebih tepat lagi, di area tepi Pantai Teluk Ketapang. Banyak gerai-gerai yang menyediakan menu ICT ni, anda perlu drive sehingga ke hujung jalan pantai ni untuk pilih gerai mana yang anda nak singgah.

Image

Kedai ICT Haji Pok Long di Pantai Teluk Ketapang

Pesanan: Kalau anda nak pilih ICT atau seafood celup tepung, pilih yang baru di goreng. Baru la terasa kerangupan dia!

Suasana kat Kedai ICT Haji Poklong ni meriah, tambah pulak lepak, makan ICT dengan suasana tepi pantai, memang layan beb!

Image

Sotong celup tepung

OK! Selamat mencuba! Jangan lupa, tinggalkan komen anda ya =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,