RSS

>Nenas : Masam manis penuh khasiat

19 Apr

>
Salam semua!

Lepas baca sebuah buku, aku macam nak kongsi dengan semua tentang khasiat nenas ni. Bukan apa, aku dulu pun tak suka sangat makan nenas ni. Masam satu hal (walaupun ada jugak yang manis), gatal lidah satu hal. Tapi bila dah baca, aku rasa bagus jugak nenas ni.
Salah satu kehebatan nenas ni, ia boleh membantu proses penghadaman protein dan membantu mempercepatkan penyembuhan. Nenas ni kaya dengan enzim bromelain. Bromelain dapat membantu kita semasa kita sakit tekak dan membantu proses penghadaman. Tugas bromelain ni, ia menghadamkan protein yang terdapat dalam makanan dan memudahkan penyerapan protein ke dalam tubuh. Bromelain jugak berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu mengurangkan radang (inflamasi). Jadi, nenas ni sebenarnya bagus untuk mereka yang akan dan lepas pembedahan. Bromelain jugak boleh dibeli di farmasi dalam bentuk kapsul.
Nenas jugak berfungsi sebagai “pencuci”. Bromelain tadi bertindak dalam mencuci dan seimbangkan cecair yang bersifat alkali atau berasid. Ianya dapat meningkatkan kealkalian darah yang membantu mengurangkan acidosi dan oedema dengan menyingkirkan lebihan air di dalam badan.
Bagi yang mempunyai penyakit gout, kandungan asid aspartik yang terdapat dalam nenas mungkin dapat membantu anda. Aspartik asid ini dapat membantu badan menyingkirkan lebihan Ammonia yang terdapat di dalam badan kita. Ammonia adalah berbahaya kepada badan dan sistem saraf kita!
Akan tetapi, bagi sesetengah orang, makan terlalu banyak nenas mungkin akan membawa masalah kepada mereka! Ada yang akan terasa sakit kepala disebabkan buah nenas mengandungi 5-hydroxyptamine yang menyebabkan salur darah, terutamanya yang terdapat di dalam otak mengecut. Jadi, akibatnya, tekanan darah akan meningkat dan anda mungkin akan mengalami sakit kepala!
Tadi aku ada sebut pasal buah nenas ni menyebabkan gatal-gatal pada lidah lepas makan. Nak tau macam mana nak elakkan? Senang ja, potong buah nenas kepada kepingan kecil dan rendam dalam air garam sebelum makan!
Sebelum ni jugak aku ada dengar pesan orang-orang lama. Orang mengandung, jangan makan nenas. So, aku dah dapat jawapan dalam buku ni. Rupanya, buah nenas ni boleh menyebabkan aliran darah yang banyak semasa haid. Jadi, bagi mereka yang mengandung, elakkan makan nenas untuk mengelakkan keguguran.
Jadi setakat ni saja perkongsian ilmu kali ni. Harap dapat sikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sumber rujukan:
C.J. Suan, What’s in your food?, Pelanduk Publications, 2007
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on April 19, 2010 in Nutrisi Pemakanan, petua

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: