RSS

Tag Archives: bazar

Kisah nak beli baju raya: part 2

Assalam…

Hehe..macam sinetron plak..ada siri-siri. Anyway, dah masuk fasa kedua Ramadhan. Kejap ja kan?

Semalam berkesempatan mengunjungi Jalan TAR, yang famous dengan pelbagai gerai kain baju. Target utama, nak beli baju melayu, kaler merah cili. =)

Macam biasa, nak sampai ke sana, jalan sesak. Open space parking pun cepat ja penuh (baru jam 11.30pg ketika tu). Tapi, saya ada favourite parking spot saya kalau berkunjung ke SOGO ataupun Jalan TAR. Saya parking kat bangunan CIMB bersebelahan SOGO tu. Parking space yang banyak (banyak tingkat jugak), parking rate RM3/jam (kalau tak salah).

OK. Habis bab parking. Maka bermula la perjalanan kami (aiseh ayat) di Jalan TAR. Kami tak terus ke kedai-kedai dalam bangunan, tapi terus mengunjungi gerai2 di celah2 lorong belakang bangunan. Pergh! Dah la panas (sapa suruh pi tengahari), orang punya la ramai! Sesak! So, pastikan anda tahan dengan keadaan macam tu. Takut nanti pengsan pulak.

Gerai demi gerai kami berkunjung, lastly saya jumpa juga baju melayu yang sesuai. Purata harga baju melayu di gerai-gerai disini antara RM100-150 (ada yang set bersama sampin). Saya beli yang harga RM120, tapi bila dah tawar-tawar, dapat lah RM100 (ingat, tawar menawar dulu ye).

Dah setel cari baju saya, cari baju isteri pulak. Banyak pilhan yang terdapat disini, harga dalam lingkungan RM80-200. Baju melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak pun banyak pilihan.

Bila dah selesai, baru kami pusing-pusing ke dalam kedai-kedai di Jalan TAR. Ha, bila masuk kat dalam kedai-kedai ni, terkejut jugak tengok, ada ja baju melayu yang lagi murah, antara RM39-RM100. Wah..rasa rugi plak..huhu. Saya tak sempat tengok jenis dan kualiti kain, sebab terlalu ramai orang di dalam kedai.

Hampir 2 jam 30 minit kami ‘bersiar-siar’, kami pun balik….So, nasihat saya, pusing-pusing survey dulu sebelum beli. =)

 

 

Tags: , , , , , , , , ,

Bazar Ramadhan : Area Bangi/Putrajaya

Assalam….

Ha..bila dah sampai bulan ramadhan ni, salah satu perkara yang signifikan adalah kewujudan bazar ramadhannya. Buat yang bekerja, terutamanya di bandar-bandar besar, dan selalu tersekat dalam kesesakan jalanraya, bazar ramadhan semestinya destinasi ‘wajib’ yang anda akan kunjungi lepas pulang dari kerja (termasuklah saya hehe).

Oleh kerana saya tinggal di kawasan bangi/putrajaya..so saya nak bagi review sikit tentang lokasi-lokasi bazar ramadhan berhampiran bangi/putrajaya.

1. PKNS Bangi

Lokasi ni adalah lokasi pertama bazar ramadhan yang saya kunjungi, sebab saya masih kurang mahir tentang kawasan bangi/putrajaya (baru pindah). Dari segi kemeriahan, bazar ni boleh tahan! Agak ramai pengunjung. Dari segi jumlah gerai, saya anggarkan dalam ~50 buah gerai terdapat di sana. Dari segi kepelbagaian juadah, saya rasa, agak sama sahaja dengan tempat lain. Gerai yang paling mendapat sambutan adalah gerai ayam olek. Antara juadah lain yang terdapat di sana adalah lauk pauk, nasi kerabu nasi beriyani, kuih-muih, murtabak, nasi lemak kukus (pun ramai beli), nasi arab, roti john dan lain2.

2. Seksyen 16, Bangi (Berhampiran stesyen minyak Shell)

Image

Lokasi Bazar Ramadhan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Skala bazar di sini lebih besar berbanding dengan bazar di PKNS Bangi. Saya anggarkan, hampir ~100++ buah gerai ada di sini. Dari segi kepelbagaian juadah, pilihan disini lebih banyak. Dari segi harga, agak berpatutan  di sini. Pada hari selasa, ia diadakan serentak dengan pasar malam. Bertambah meriah. Nak beli barang dapur pun senang, sekali jalan ja! Antara juadah yang unik adalah burger bakar, kambing golek, nasi kerabu, dll. Secara amnya, bazar ini menjadi kegemaran saya.

3. Precint 2, Putrajaya

Ha…yang ni memang besar. Mungkin mencecah ~200+ gerai yang berniaga di sini. Terletak di kawasan yang sama dengan kawasan pasar tani (Selasa,Jumaat). Dah besar, memanglah meriah kan! Dengan orang2 gomen yang pejabatnya berdekatan, boleh singgah sebelum balik rumah! Dari segi kepelbagaian, memang banyak jenis makanan terdapat disini. Tapi, berdasarkan tinjauan rambang saya, saya rasa kebanyakan makanan di sini adalah dari Utara dan Timur. Antara yang famous kat sini, Roti John Unan. Beratur orang nak beli! Ada beberapa lagi juadah yang perlu beratur disini. Macam jadi fenomena beratur plak kat sini hehe. Dari segi parking, kalau kena masanya, OK ja tempat parking, ada tempat lapang untuk parking. Tapi, AWAS! Kalau boleh elakkan dari parking di tepi2 jalan, sebab dah banyak kali saya tengok pihak berkuasa menyaman kereta-kereta yang parking di tepi jalan (walaupun saya rasa tindakan ini tidak patut, oleh kerana bukannya selalu macam ni dan tempat parking memang tak cukup waktu puncak).

Ok! Setakat ni dulu untuk kali ni. Next entri, lokasi bazar seterusnya di sekitar bandar tasik selatan/sungai besi/bandar sri permaisuri….insyaAllah.

P/S: Jangan membazir plak ye! Jangan makan sampai tak larat nak beribadat plak! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita merebut peluang beribadat, kerana pahalanya berganda, bukan berebut nak makan macam2 =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,