RSS

Monthly Archives: January 2012

Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

Assalam dan salam sejahtera….

Ramai yang suka berniaga di internet kan? Ramai juga yang bercita-cita nak buka perniagaan sendiri. Antara jenis-jenis perniagaan yang ‘femes’ di internet adalah tekstil, tudung, aksesori wanita, barangan hiasan, pakaian, minyak wangi dan barangan hobi. Tapi..kat mana nak beli semua tu dengan harga borong? Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda, kat mana lokasi untuk anda membeli belah dengan harga borong. Harap-harap, dengan perkongsian ni, anda yang nak mula berniaga, boleh berniaga. Anda yang tak berniaga pulak, boleh la berjimat =). Tapi, semua lokasi yang saya kongsikan ni, semuanya berada di KL.

Jalan TAR:

Jalan TAR ni memang femes dengan tekstil, tudung dan pakaian. Namun, ada masanya, para penjual cuba bermain harga. Jadi, berhati-hati semasa membeli. Biasanya, jualan tekstil, pakaian siap, harganya agak murah sikit la dari pasaran. Bagi saya, tidak sesuai untuk anda beli buat berniaga. Takut takdak untung plak nanti! Tapi, kalau tudung, ada satu kedai, Muaz Textile, harganya agak murah berbanding yang lain. Boleh la anda buat berniaga!

Plaza TAR:

Saya tak pernah lagi sampai ke Plaza TAR. Tapi, melalui cerita dari kawan-kawan, dikatakan pakaian di sini juga murah2. Lokasi pun berhampiran Jalan TAR.

Plaza GM:

GM Plaza ni terletak di celah-celah kedai di Chow Kit. Ramai yang tak perasan lokas plaza GM ni. Untuk mengetahui lokasi sebenar plaza GM di Chow Kit, saya letak map:

Plaza GM

Lokasi Plaza GM, Chow Kit (Source:www.plazagm.com.my)

Satu lagi Plaza GM berada di Bantar Botanic Klang. Berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lokasi tepat, rujuk map di bawah:

Plaza GM Klang

Lokasi GM Klang (Source: Google Map)

Secara peribadi, saya lebih suka ke Plaza GM di Chow Kit oleh kerana ‘product range’ atau kepelbagaian produk lebih banyak berbanding dengan di GM Klang. Daripada pakaian, aksesori, permainan, ke pelbagai pilihan barangan hobi dijual disini. Namun, apa yang merimaskan saya adalah kesesakan untuk sampai ke sana. Lagi satu, bab parking kereta, agak terhad dan sempit. Jika anda lewat turun, anda akan tersekat di sepanjang jalan turun ke bawah. Lif yang disediakan juga tidak mencukupi, sehingga menyebabkan anda akan menunggu lama sebelum dapat naik lif ke tempat parking. Yang istimewanya, untuk ke tingkat parking, anda dan kereta anda sekali akan di bawa dengan lif =).

Di GM Klang pula, saya berpendapat kebanyakan (majoriti) produk di sana adalah produk pakaian, daripada bayi sampailah dewasa. Di GM Klang, masalah parking tidaklah seteruk di Plaza GM Chow Kit oleh kerana di GM Klang terdapat kawasan luas untuk parking (open space). Untuk sampai ke sini, saya selalu ikut Lebuhraya KESAS (lebih mudah bagi saya). Di sini, terdapat lebih daripada 6 pavilion (seperti gudang). Jika penat, terdapat gerai-gerai makan dan minum di antara pavilion-pavilion yang ada.

Tips: Jika nak beli dengan harga borong, pastikan sentiasa tanya penjual dengan harga borong dan jumlah minimum yang perlu dibeli untuk mendapat harga borong. Selalunya, harga borong adalah separuh daripada harga yang dipamerkan. Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum daripada 3-6. Dan ada juga yang mengenakan syarat untuk anda membeli sedozen (12).

Kenanga Wholesale City:

Tempat ni saya baru ja discover sebelum CNY hari tu. Pertama kali sampai ke sini, agak terkejut dengan harga yang begitu murah berbanding tempat lain. Harga yang ditawarkan daripada RM5-100 (Majoriti) dan hanya sesetengah sahaja yang berharga mahal. Yang best, di sini, terdapat banyak kedai yang membenarkan anda membeli secara runcit (sikit) dengan harga yang masih lagi murah berbanding dengan harga di luar. Untuk sampai ke sini, anda perlu ikut map di bawah:

Kenanga Wholesale City Map

Map ke Kenanga Wholesale City (Source: Google Map)

Di sini, saya rasa lebih selesa, dari segi parking dan juga suasana dalamannya. Cuma, nak sampai ke sana, agak sesak. Seperti di Plaza GM, anda perlu keluar awal dari tempat parking (sebelum jam 4.30ptg) bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan sepanjang jalan turun dari tempat parking di sini. Kebanyakan produk di sini adalah pakaian (majoriti).

Semoga dengan perkongsian saya kali ni dapat membantu anda membeli belah dengan lebih jimat dan bagi yang nak berniaga, anda boleh mulakan perniagaan anda =)

Jangan lupa tinggalkan komen anda ya!

Advertisements
 
23 Comments

Posted by on January 29, 2012 in Corat-coret, Kewangan, Menarik, Perniagaan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Restoran Tuuu…dia Pak Tam mengorak selangkah lagi ke hadapan!

Bagi yang tinggal di area Selayang, sebut ja nama Restoran Tuuu…dia Pak Tam, mesti terbayang-bayang pelbagai menu yang dihidangkan. Di Selayang, restoran ni terletak di Dataran Templer, Selayang, berdekatan dengan Stadium Selayang. Antara menu yang famous di sini adalah nasi kandar, mee rebus, bihun sup, cendol, ikan bakar dan lauk campur pada waktu tengahari.

Cawangan Restoran Tuuu...dia Paktam di R&R Tapah

Semasa balik ke utara baru-baru ni, saya ternampak satu cawangan restoran ni sedang disiapkan di R&R Tapah arah utara. Keluasan restoran Pak Tam di sana agak luas, dengan perabot yang agak menarik. Nampaknya, Pak Tam dah semakin berjaya! Sampai ke lebuhraya cawangannya di buka! Dari berniaga di tepi jalan, ke restoran, dan akhirnya ke lebuhraya! Tahniah Pak Tam!

 
3 Comments

Posted by on January 16, 2012 in Makan-makan, Nasi Kandar, Perniagaan, Restoran

 

Tags: , , , , , , , ,

Tips memilih warna cat untuk rumah anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Post ni, rasanya baru post kedua tentang deko-deko rumah. Memandangkan daripada statistik, carian mengenai deko-deko rumah adalah antara carian yang tertingi, jadi saya mencari-cari tajuk-tajuk yang sesuai untuk ditulis. Untuk post kali ni, jom kita belajar, tips-tips bagi memilih warna cat untuk rumah anda. Semoga apa yang saya kongsikan, sedikit sebanyak akan membantu anda dalam men’deko’ rumah anda. Ingat, buat sendiri lebih murah (jimat)! Tapi, kena kerah tenaga la sikit kan…..=)

Pertama, anda kena pilih keadaan yang anda inginkan untuk ruang yang hendak di cat. Adakah inginkan ruang yang ‘panas’ atau ‘sejuk’. Keadaan ‘panas atau sejuk’ juga merujuk kepada mood yang anda inginkan. Antara warna yang ‘panas’ adalah seperti merah, oren, kuning terang. Manakala warna yang membawa ‘mood’ sejuk pula (tenang) adalah seperti hijau, ungu dan biru. Ruang aktif selalunya akan di cat dengan warna yang lebih terang dan ceria. Manakala ruang rehat, tidur atau santai, selalunya di cat dengan warna yang lebih malap (jangan la gelap pula).

Tips kedua dari saya, buat tinjauan dengan perabot dan barang-barang yang ada disekeliling tempat yang ingin di cat. Antara barangan atau perkara lain yang perlu diperhatikan, adalah warna lantai atau warna karpet utama di ruang tersebut. Pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan warna barangan tersebut (dapatkan nasihat penjual cat atau ambil gambar dan bawa ke kedai cat).

Perkara ketiga yang perlu anda ketahui adalah, luas ruang tersebut. Sekiranya ruang yang hendak di cat luas, dan anda ingin menampakkan ruang itu tidak terlalu luas, anda boleh menggunakan cat yang lebih gelap. Dan sekiranya anda merasakan ruang itu agak sempit, gunakan cat yang lebih cerah agar ruang tersebut nampak lebih luas (secara ilusi).

color code

Pelbagai pilihan ton warna terdapat dalam katalog cat

Sebelum membuat keputusan untuk membeli cat dalam kuantiti yang banyak, anda dinasihatkan untuk membelinya dalam kauntiti yang lebih kecil terlebih dahulu. Ini adalah kerana, selalunya, cat yang dibeli, dilihat dari katalog, tidak semestinya warna yang dibeli akan kelihatan sama apabila di cat di dinding. Mungkin akan kelihatan dalam ton warna yang berbeza, lebih gelap atau lebih cerah. Beli sikit, balik, cuba dulu di penjuru, lihat samada sesuai atau tidak, jika sesuai, anda bolehlah terus beli dalam kuantiti yang banyak. Saya pernah alami perkara ni, di katalog nampak macam ungu, apabila di cat, warnanya seperti pink. Satu lagi, jangan lupa dapatkan kod warna cat setiap kali membuat pembelian bagi memastikan apabila anda ingin menambah cat, warna yang dibeli adalah sama seperti yang anda gunakan sekarang.

Tips terakhir buat kali ni, tentukan dinding ‘feature’ atau dinding utama dalam ruang yang anda hendak cat. Kebiasaannya, dinding utama adalah dinding yang terletak bertentangan dengan pintu masuk sesebuah ruang. Warna bagi dinding utama adalah warna komplemen (dapatkan nasihat pengedar cat) atau warna yang lebih terang/gelap dari dinding yang lain di sekelilingnya.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sekit perkongsian pengalaman di atas.

Pssstt : Tulis la sikit komen…kalau nak saya lawat blog, tinggalkan link ye =)

 
2 Comments

Posted by on January 14, 2012 in Corat-coret, Dekorasi Rumah, Menarik

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Mi kari dan Laksa Utara Best!

Assalam…

Nampaknya, alhamdulillah, sejak mula menulis balik ni, statistik pelawat ke blog ni semakin meningkat!

Satu motivasi buat saya untuk terus memberikan informasi melalui blog ni!

Kembali kepada tajuk di atas, sekali lagi, topik lokasi jalan-jalan cari makan di pilih! Sebab, based on statistik, ramai juga yang menggunakan ‘Google Search’ untuk mencari lokasi makanan yang best, terutamanya di hujung minggu.

Bagi anda yang berada di KL, mesti sekali-sekala, terasa nak makan makanan dari utara,timur,selatan dan negeri-negeri lain. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran saya, ialah Mi Kari! Isteri saya pulak suka laksa. Hah! Kat mana lokasi yang ‘kena dengan tekak kami’ untuk kedua-dua makanan ni?

Dalam banyak-banyak gerai atau kedai atau restoran yang kami pernah kunjungi, satu gerai di Bandar Tasik Selatan menjadi pilihan kami. Menu yang ada di gerai tu adalah Mi/Bihun Sup Utara, Laksa Utara, dan Mi Kari. Pada pendapat kami, peniaga di gerai ni (Abang Nan) masak makanannya, macam masak di rumah. Kuahnya pekat, melekat! (Tidak cair seperti sesetengah peniaga). Harganya pulak, murah (bagi KL la). Laksa, semangkuk hanya RM 3.00 dan Mi kari hanya RM 3.50. Air ready made (sirap dan teh o kot) hanya RM1/gelas.

Laksa Utara

Antara menu utama : Laksa Kedah

Bagi anda yang tak tahu nak cari kat mana lokasi, sila klik SINI (Google Map).

Kalau GPS, sila gunakan koordiant ini 3.074245 (Laitude),101.719773 (longitude).

Landmark lain: Tasik Heights Apartment, SMK Bandar Tasik Selatan, Masjid Al-Muqarrabin.

Gerai ni terletak di koridor (kawasan pejalan kaki, depan Apartment Kos Rendah Bandar Tasik Selatan).

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Limau kasturi : banyak khasiatnya!

As-salam!

Sejak akhir-akhir, sedap pulak minum air asam boi+limau kasturi (saya suka keluaran K-Lime). So, entri kali ni, nak share tentang khasiat dan petua-petua yang menggunakan limau kasturi ni.

Nama saintifik limau kasturi ni adalah Citrus microcarpa. Nama lain dalam bahasa Melayu, ‘limau cuit’. Dikatakan, limau ini berasal dari Asia Tenggara, lebih spesifiknya, di Filipina. Orang putih panggil limau ni, Calamansi =)

Limau kasturi

Antara khasiat dan petua-petua menggunakan limau ni:

1. Merawat lelah.

Perahkan beberapa titis air limau ni dan campurkan dengan sesudu madu lebah. Amalkan seminggu sekali.

2. Mengurangkan pening kepala

Ramaskan limau ni di genggaman anda, ambil baunya. Atau, makan kulitnya. InsyaAllah, pening anda aan berkurangan.

3. Merawat migraine

Ha. Ini memang saya selalu alami! Petuanya, ambil air perahan limau ni, campurkan dengan kopi panas, dan minum.

4. Hilangkan kesan minyak pada kain

Untuk hilangkan kesan minyak, campurkan air perahan limau ni dengan garam,kemudian, gosok tempat yang terkena minyak tu selama 10 minit.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua! Jangan lupa tinggalkan komen ye!

 
4 Comments

Posted by on January 2, 2012 in Perubatan Tradisional dan Islam, petua

 

Tags: , , , , , ,

Madu lebah ganti antibiotik moden?

As-Salam semua!

Baca sekali lagi soalan di atas! Betul ke?

Beberapa kajian di luar negara (sayangnya, kenapa belum di kaji di Malaysia ya?), membuktikan bahawa madu lebah dapat menggantikan antibiotik moden yang kita gunakan sekarang.

Kajian selama tiga tahun di sebuah University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati, madu lebah dapat menyembuhkan luka yang gagal di ubati dengan antibiotik moden. Dalam kajian ini, serama 59 orang responden terlibat.Mereka mengalami luka dan nanah, diberikan madu lebah. Daripada 59 orang responden, 58 responden telah menunjukkan hasil yang positif, iaitu sembuh daripada luka dengan sempurna.

Saya cuba melakukan kajian melalui pembacaan (literature review), dan menemui satu artikel di dalam jurnal Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB) yang bertajuk ” How honey kills bacteria”. Di dalam kajian mereka, mereka menyatakan bahawa lebah akan menghasilkan sejenis protein, defensin-1 yang akan dirembeskan ke dalam madu. Protein ini lah yang membantu kesan antibiotik di dalam madu lebah!

Banyak lagi kajian-kajian lain yang dilakukan, sebab saya nampak banyak kertas-kertas kajian yang berkaitan. Namun, sebagai seorang Muslim, Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama bagi kami. Di dalam Al-Quran, lebah telah diceritakan di dalam satu surah, iaitu surah An-Nahlu (Lebah). Allah berfirman “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia,” Surah An-Nahlu, Ayat 69. Subhanallah!

Madu lebah yang berkhasiat dan menyembuhkan!

Pembacaan saya di dalam buku Perubatan Islam dan bukti sains moden, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, menemui satu lagi khasiat madu lebah, iaitu, menyembuh kulit yang terbakar atau melecur! Hebatkan ciaptaanNYA?

 
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Mface : Laman sosial terbaharu dari Malaysia?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat tahun baru semua! Semoga tahun 2012 ni kita menjadi lebih baik dan terus cemerlang!

Cakap pasal benda baru ni, saya dapat tau, ada laman sosial baru muncul dari Malaysia! Nama, Mface!

Mungkin kejayaan Facebook memberikan inspirasi kepada pencipta laman ini. Dan khabarnya, laman sosial ini adalah hasil cetusan idea Dato’ AC Mizal dan rakan kongsinya, Tedy Teow. Sedikit screenshot Mface:

Frontpage Mface

Kata AC Mizal, beliau mensasarkan sejuta pengguna dalam masa beberapa bulan ini? Mampukah Mface menarik sejuta pengguna? Apa lagi, jom la kita nerealisasikan sasaran tu! Sokong anak Malaysia!

Apapun, Tahniah kepada team MFace! Semoga kehadiran Mface memberikan lebih manfaat kepada semua!

 
2 Comments

Posted by on January 1, 2012 in Isu Semasa

 

Tags: , , , , , , , , ,