RSS

Tag Archives: kenanga wholesale city

Kisah nak beli baju raya

Salam semua!

Ha..lagi 2 minggu lebih..kita akan menyambut Aidilfitri. Macam mana puasa anda tahun ni?

Tahun lepas, saya beli kain, upah orang jahitkan baju melayu. Tapi, bila calculate2 balik, macam membazir pulak! Yela, kain ja dah brapa, upah ja…paling kurang RM60 (di Kedah la…kalau di KL RM80 ke atas). Total semua, dah seratus lebih. So, tahun ni saya decide, untuk beli yang dah siap.

Sabtu lepas, saya sempat meninjau-ninjau baju raya. Alang2, beli baju raya anak isteri sekali. Destinasi pertama kami,KWC, Kenanga Wholesale City. As expected, di KWC, tak banyak baju lelaki. Majority kedai adalah baju wanita. Sempat la saya ‘sambar’ 3-4 helai baju kemeja (untuk saya, adik, ayah dan ayah mertua). Berdasarkan pemerhatian saya, harga bagi baju lelaki, seperti biasa. Saya masih boleh dapat kemeja dengan harga RM20-29 sehelai. Kebanyakannya kain cotton. Kedai baju lelaki banyak terletak di tingkat LG dan G.

So, sampai la turn wife. Puas jugak pusing kedai-kedai nak cari baju kurung warna merah (nak sedondon la katakan). Baju kurung banyak terdapat di tingkat 3-4. Ha…harga bagi baju wanita, saya dan isteri perasan, ada peningkatan harga. Kalau dulu (bukan musim raya) masih boleh dapat harga bawah RM100-RM200. Tapi, mentang-mentang dah nak raya ni, purata harga dari RM150 ke RM300! Ada jugak yang harga bawah RM100, tapi kain yang kurang berkualiti, ataupun corak/trend lama (mengikut kata isteri saya la). Last2, dapatlah jugak sepasang baju untuk dia. Baju baby plak, dapat la 2-3 pasang. Harga baju baby pun rasa macam ada sedikit peningkatan harga.

Oleh kerana KWC tak ada baju melayu, so saya decide untuk ke Mydin USJ. Tahun lepas, saya pernah ke sini, beli baju untuk majlis hari raya company. Bila sampai, biasa la, masalah jam, masalah parking, terpaksa parking agak jauh. Dah masuk dalam, MasyaAllah, ramainya orang! Terus ke tempat tujuan, seksyen pakaian. Bagi saya, berbaloi beli baju melayu di Mydin ni. Harga tak mahal, sekitar RM50-80 (majoriti). Kualiti pun OK! Baju melayu untuk baby pun murah! Harga sekitar RM29.90! Saya beli di KWC RM50! So, finally, saya rasa, anda jangan pandang rendah untuk beli baju di Mydin. Duit pun jimat!

 
 

Tags: , , , , , , , , , ,

Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

Assalam dan salam sejahtera….

Ramai yang suka berniaga di internet kan? Ramai juga yang bercita-cita nak buka perniagaan sendiri. Antara jenis-jenis perniagaan yang ‘femes’ di internet adalah tekstil, tudung, aksesori wanita, barangan hiasan, pakaian, minyak wangi dan barangan hobi. Tapi..kat mana nak beli semua tu dengan harga borong? Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda, kat mana lokasi untuk anda membeli belah dengan harga borong. Harap-harap, dengan perkongsian ni, anda yang nak mula berniaga, boleh berniaga. Anda yang tak berniaga pulak, boleh la berjimat =). Tapi, semua lokasi yang saya kongsikan ni, semuanya berada di KL.

Jalan TAR:

Jalan TAR ni memang femes dengan tekstil, tudung dan pakaian. Namun, ada masanya, para penjual cuba bermain harga. Jadi, berhati-hati semasa membeli. Biasanya, jualan tekstil, pakaian siap, harganya agak murah sikit la dari pasaran. Bagi saya, tidak sesuai untuk anda beli buat berniaga. Takut takdak untung plak nanti! Tapi, kalau tudung, ada satu kedai, Muaz Textile, harganya agak murah berbanding yang lain. Boleh la anda buat berniaga!

Plaza TAR:

Saya tak pernah lagi sampai ke Plaza TAR. Tapi, melalui cerita dari kawan-kawan, dikatakan pakaian di sini juga murah2. Lokasi pun berhampiran Jalan TAR.

Plaza GM:

GM Plaza ni terletak di celah-celah kedai di Chow Kit. Ramai yang tak perasan lokas plaza GM ni. Untuk mengetahui lokasi sebenar plaza GM di Chow Kit, saya letak map:

Plaza GM

Lokasi Plaza GM, Chow Kit (Source:www.plazagm.com.my)

Satu lagi Plaza GM berada di Bantar Botanic Klang. Berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lokasi tepat, rujuk map di bawah:

Plaza GM Klang

Lokasi GM Klang (Source: Google Map)

Secara peribadi, saya lebih suka ke Plaza GM di Chow Kit oleh kerana ‘product range’ atau kepelbagaian produk lebih banyak berbanding dengan di GM Klang. Daripada pakaian, aksesori, permainan, ke pelbagai pilihan barangan hobi dijual disini. Namun, apa yang merimaskan saya adalah kesesakan untuk sampai ke sana. Lagi satu, bab parking kereta, agak terhad dan sempit. Jika anda lewat turun, anda akan tersekat di sepanjang jalan turun ke bawah. Lif yang disediakan juga tidak mencukupi, sehingga menyebabkan anda akan menunggu lama sebelum dapat naik lif ke tempat parking. Yang istimewanya, untuk ke tingkat parking, anda dan kereta anda sekali akan di bawa dengan lif =).

Di GM Klang pula, saya berpendapat kebanyakan (majoriti) produk di sana adalah produk pakaian, daripada bayi sampailah dewasa. Di GM Klang, masalah parking tidaklah seteruk di Plaza GM Chow Kit oleh kerana di GM Klang terdapat kawasan luas untuk parking (open space). Untuk sampai ke sini, saya selalu ikut Lebuhraya KESAS (lebih mudah bagi saya). Di sini, terdapat lebih daripada 6 pavilion (seperti gudang). Jika penat, terdapat gerai-gerai makan dan minum di antara pavilion-pavilion yang ada.

Tips: Jika nak beli dengan harga borong, pastikan sentiasa tanya penjual dengan harga borong dan jumlah minimum yang perlu dibeli untuk mendapat harga borong. Selalunya, harga borong adalah separuh daripada harga yang dipamerkan. Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum daripada 3-6. Dan ada juga yang mengenakan syarat untuk anda membeli sedozen (12).

Kenanga Wholesale City:

Tempat ni saya baru ja discover sebelum CNY hari tu. Pertama kali sampai ke sini, agak terkejut dengan harga yang begitu murah berbanding tempat lain. Harga yang ditawarkan daripada RM5-100 (Majoriti) dan hanya sesetengah sahaja yang berharga mahal. Yang best, di sini, terdapat banyak kedai yang membenarkan anda membeli secara runcit (sikit) dengan harga yang masih lagi murah berbanding dengan harga di luar. Untuk sampai ke sini, anda perlu ikut map di bawah:

Kenanga Wholesale City Map

Map ke Kenanga Wholesale City (Source: Google Map)

Di sini, saya rasa lebih selesa, dari segi parking dan juga suasana dalamannya. Cuma, nak sampai ke sana, agak sesak. Seperti di Plaza GM, anda perlu keluar awal dari tempat parking (sebelum jam 4.30ptg) bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan sepanjang jalan turun dari tempat parking di sini. Kebanyakan produk di sini adalah pakaian (majoriti).

Semoga dengan perkongsian saya kali ni dapat membantu anda membeli belah dengan lebih jimat dan bagi yang nak berniaga, anda boleh mulakan perniagaan anda =)

Jangan lupa tinggalkan komen anda ya!

 
23 Comments

Posted by on January 29, 2012 in Corat-coret, Kewangan, Menarik, Perniagaan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,