RSS

Monthly Archives: July 2012

Bazar Ramadhan : Area Bangi/Putrajaya

Assalam….

Ha..bila dah sampai bulan ramadhan ni, salah satu perkara yang signifikan adalah kewujudan bazar ramadhannya. Buat yang bekerja, terutamanya di bandar-bandar besar, dan selalu tersekat dalam kesesakan jalanraya, bazar ramadhan semestinya destinasi ‘wajib’ yang anda akan kunjungi lepas pulang dari kerja (termasuklah saya hehe).

Oleh kerana saya tinggal di kawasan bangi/putrajaya..so saya nak bagi review sikit tentang lokasi-lokasi bazar ramadhan berhampiran bangi/putrajaya.

1. PKNS Bangi

Lokasi ni adalah lokasi pertama bazar ramadhan yang saya kunjungi, sebab saya masih kurang mahir tentang kawasan bangi/putrajaya (baru pindah). Dari segi kemeriahan, bazar ni boleh tahan! Agak ramai pengunjung. Dari segi jumlah gerai, saya anggarkan dalam ~50 buah gerai terdapat di sana. Dari segi kepelbagaian juadah, saya rasa, agak sama sahaja dengan tempat lain. Gerai yang paling mendapat sambutan adalah gerai ayam olek. Antara juadah lain yang terdapat di sana adalah lauk pauk, nasi kerabu nasi beriyani, kuih-muih, murtabak, nasi lemak kukus (pun ramai beli), nasi arab, roti john dan lain2.

2. Seksyen 16, Bangi (Berhampiran stesyen minyak Shell)

Image

Lokasi Bazar Ramadhan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Skala bazar di sini lebih besar berbanding dengan bazar di PKNS Bangi. Saya anggarkan, hampir ~100++ buah gerai ada di sini. Dari segi kepelbagaian juadah, pilihan disini lebih banyak. Dari segi harga, agak berpatutan  di sini. Pada hari selasa, ia diadakan serentak dengan pasar malam. Bertambah meriah. Nak beli barang dapur pun senang, sekali jalan ja! Antara juadah yang unik adalah burger bakar, kambing golek, nasi kerabu, dll. Secara amnya, bazar ini menjadi kegemaran saya.

3. Precint 2, Putrajaya

Ha…yang ni memang besar. Mungkin mencecah ~200+ gerai yang berniaga di sini. Terletak di kawasan yang sama dengan kawasan pasar tani (Selasa,Jumaat). Dah besar, memanglah meriah kan! Dengan orang2 gomen yang pejabatnya berdekatan, boleh singgah sebelum balik rumah! Dari segi kepelbagaian, memang banyak jenis makanan terdapat disini. Tapi, berdasarkan tinjauan rambang saya, saya rasa kebanyakan makanan di sini adalah dari Utara dan Timur. Antara yang famous kat sini, Roti John Unan. Beratur orang nak beli! Ada beberapa lagi juadah yang perlu beratur disini. Macam jadi fenomena beratur plak kat sini hehe. Dari segi parking, kalau kena masanya, OK ja tempat parking, ada tempat lapang untuk parking. Tapi, AWAS! Kalau boleh elakkan dari parking di tepi2 jalan, sebab dah banyak kali saya tengok pihak berkuasa menyaman kereta-kereta yang parking di tepi jalan (walaupun saya rasa tindakan ini tidak patut, oleh kerana bukannya selalu macam ni dan tempat parking memang tak cukup waktu puncak).

Ok! Setakat ni dulu untuk kali ni. Next entri, lokasi bazar seterusnya di sekitar bandar tasik selatan/sungai besi/bandar sri permaisuri….insyaAllah.

P/S: Jangan membazir plak ye! Jangan makan sampai tak larat nak beribadat plak! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita merebut peluang beribadat, kerana pahalanya berganda, bukan berebut nak makan macam2 =)

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tony Fernandes : Tycoon Malaysia

Assalam…

Semalam saya menonton saluran BIO. Kebetulan pada ketika itu saluran tersebut sedang menyiarkan tentang Tony Fernandes, yang saya rasa, rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau dengan ‘tokei AirAsia’. Namun, sebelum beliau menempa kejayaan dalam bidang industri penerbangan, pelbagai liku-liku beliau tempuhi. Jom baca serba sedikit mengenai kehidupan beliau, semoga dapat memberikan motivasi buat anda semua.

Sejak dari sekolah, Tony merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di London. Belia aktif dalam sukan, dan mewakili sekolahnya dalam pasukan hoki. Selain daripada itu, beliau merupakan pelari pecut, dan berkebolehan dalam bermain ragbi. Tak sangka kan?

Sewaktu bersekolah, pada tahun 1980, ibu beliau meninggal dunia. Pada ketika itu, beliau tidak dapat pulang ke Malaysia, atas sebab kewangan yang terhad. Pada ketika itu, beliau mengeluh “Alangkah bagusnya kalau ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang yang murah”. Lihatlah, bagaimana impian beliau sejak dari kecil ini tercapai!

Setelah tamat belajar di tingkatan 6, beliau pulang ke Malaysia. Sebelum ibunya meninggal, ibunya mengharapkan Tony akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Begitu juga dengan ayahnya. Namun, hati beliau, tidak ada untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, sehingga berlaku pertengkaran antara beliau dan ayahnya. Beliau juga dengan sengaja menggagalkan drinya dalam peperiksaan A Level.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke London dan menyambung pelajarannya di London School of Economics (LSE). Setelah tamat pelajarannya di LSE, beliau mula bekerja di stesen televisyen Virgin.

Dari Virgin, beliau menyertai Warner. Ketegasan beliau dalam menjalankan tugas, menarik hati pengurusan Warner dan seterusnya melantik beliau sebagai pengarah urusan Warner Music Malaysia. Beliau merupakan MD yang termuda pada ketika itu, pada usia 26 tahun! Satu per satu kejayaan beliau cipta dalam memajukan bidang muzik di Malaysia. Antara kejayaannya adalah memperkenal AIM. Antara artis yang dianggap berjaya di bawah pentadbirannya adalah Amalina.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Industri muzik di Malaysia mula mengalami kejatuhan, akibat dari lambakan produk cetak rompak. Sehingga, Tony mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaannya sekarang.

Tony Fernandes

Pada tahun 2001, beliau menggadaikan segala aset dan simpanan beliau, dan mengambil keputusan mengambil alih AirAsia, yang pada ketika itu merupakan sebuah GLC. Pengambilalihan AirAsia, hanya bernilai RM1.00! Fuh! Namun, hutang AirAsia pada ketika itu, adalah sekitar RM40juta! Berkat ketekunan dan sifat inovatif belia, kini AirAsia berdiri teguh sebagai salah sebuah syarikat tambang murah terbaik di Asia!

P/S: Kalau ikutkan, panjang lagi cerita ni =)

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2012 in 1Malaysia, Tokoh

 

Tags: , , , , , , , , , ,