RSS

Category Archives: Motivasi

Bicara tokoh: Dato’ Farah Khan

Assalam semua!

Dah lama tak menulis tentang tokoh. Kebetulan hari ni, saya membelek-belek buku 50 kisah usahawan wanita Malaysia dan terbaca mengenai Dato’ Farah Khan. Mungkin nama beliau kurang dikenali, namun bagi peminat fesyen di Malaysia, beliau adalah seorang tokoh yang berjaya. Jom kita kenali siapa beliau dan jadikan motivasi untuk kita juga berjaya.

Dato’ Farah Khan sebenarnya adalah seorang presiden dan pengasas bersama Melium Group. Melium Group merupakan pemasar pakaian, kasut, beg dan aksesori berjenama di Malaysia, seperti Aigner, Cole Haan, Tod’s, Hugo Boss, Christian Lacroix, Ermenegildo Zegna dan pelbagai lagi.

Farah Khan

Dato' Farah Khan..tokoh fesyen yang berjaya (Source: http://www.thebrandlaureate.com)

Beliau sebenarnya berasal daripada Singapura, tetapi sudah lama menetap di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Bercerita mengenai latara belakang keusahawanannya, beliau sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ibu dan bapanya, yang merupakan usahawan. Bapanya merupakan pemborong berlian yang mengetuai persatuan pedagang berlian di Singapura. Ibu beliau pula memiliki kedai jahit yang banyak menggunakan fabrik-fabrik berjenama seperti Versace dan YSL. Dari sini lah bermulanya minat beliau dalam bidang fesyen dan juga keusahawanan.

Minat beliau dalam fesyen terserlah apabila beliau cuba menghasilkan dan mereka pakaian untuk anak-anak patung Barbie dengan menggunakan kain-kain perca dari kedai jahit ibunya. Pada usia 16 tahun, beliau memenangi satu pertandingan mereka fesyen, dengan mendapat hadiah utama.

Pada tahun 1976, beliau mula mengorak langkah dalam bidang keusawanan fesyen dengan  membuka butik The Link di Singapura dan diikuti dengan Le Salon di Malaysia. Pada tahun 1989, Melium ditubuhkan.

Sepuluh tahun kemudian, Melium melancarkan Aseanaa, galeri fesyen yang membawa tema etnik Asia yang antaranya memasarkan produk daripada Tom Abang Saufi,Rizalman, dan jenama beliau sendiri FARAHKHAN. Aseana terletak di Suria KLCC.

Selain daripada membawakan fesyen antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia, Dato’ Farah juga adalah antara yang terawal membawakan budaya kafe ke Malaysia dengan memegang francais Dome dari Australia pada tahun 1996.

Kejayaan Dato’ Farah Khan mendapat perhatian pelbagai pihak, dan beliau pernah menerima beberapa anugerah, diantara ‘The BrandLaureate Brand Personality Award’ pada tahun 2008.

Semoga sedikit perkongsian mengenai tokoh pada kali ini dapat memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk terus berjaya, berjaya dan terus berjaya!

P.S: Tinggaklan komen anda dan link blog anda untuk saya lawati =)

Advertisements
 
 

Tags: , , , , , ,

>Kisah di sebalik hotdog 1901 :: Sejarah dan Tokoh

>
Salam..

Mungkin ramai di antara kita yang pernah makan hotdog 1901. Ala..hotdog yang kedainya kaler hijau tuh! Yang tak pernah makan..kat klcc ada. Sila cari hehe. Mesti orang ingat 1901 ni company luar macam KFC, McD. Jadi, dengan bangganya aku mengumumkan bahawa 1901 ni adalah syarikat Malaysia!
Kisah dalam entri ni, bukan tentang hotdog atau resepi atau lokasi kiosk 1901. Tapi kisah siapa di sebalik 1901 ni. Syarikat ni ditubuhkan pada Julai, 1997 oleh Tengku Rozaidar Tengku Zainol bersama suaminya. Ha..wanita ni lah yang mencipta resepi hotdog 1901 ni, terutamanya sos yang digunakan. Nak tau apa kisah menarik mengenai 1901? Kenapa 1901 ditubuhkan pada bulan Julai?
Menurut Tengku Rozaidar, bulan Julai merupakan bulan Hotdog di USA (Ha..baru tahu la tuh…same la kita =P). So, apa pula kaitan dengan 1901? Sebenarnya, istilah hotdog mula digunakan pada tahun 1901 di Polo Grounds, New York.
Jom kenal lebih dekat dengan Tengku Rozaidar. Tengku Rozaidar ni dahulunya merupakan bekas wartawan penyiaran dan penyampai berita di TV3 dan RTM. Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam bidang perhubungan antarabangsa, Ijazah Sarjana Muda Sastera Inggeris serta Ijazah Sarjana Muda TESL.
Mula menceburi bidang perniagaan dengan membuka francais Candy Bouquet, yang menjual bungan yang diperbuat daripada gula-gula. Ketika dalam perjalanan menghadiri beberapa kursus di US, Tengku Rozaidar dan pasangan tertarik dengan beberapa gerai-gerai sorong yang menjual hotdog di lapangan terbang antarabangsa O’Hare, Chicago. Takdir menentukan perniagaan pertama suami-isteri ini gagal.
Dengan semangat yang mendalam dalam bidang perniagaan, mereka masih lagi tidak berputus asa. Tengku dan suami teringat akan konsep menjual hotdog secara gerai sorong di Chicago. Kebetulan pada waktu itu di Malaysia masih belum ada lagi perniagaan hotdog berkonsepkan begitu. Maka, dengan usaha yang gigih, Tengku mula mula menyelidik dan mencipta resepi hotdog yang mengambil masa selama 6 bulan! Dengan bermodalkan RM100,000, Tengku dan suami memutuskan untuk membuka gerai hotdog pertama mereka di Sunway Pyramid.
Siapa sangka, perniagaannya kali ini menjadi. Kini 1901 telah mempunya lebih daripada 60 cawangan di seluruh Malaysia, dan hampir 90% pemilik francais 1901 adalah bumiputera! Kini 1901 telah mula bertapak di pasaran global dengan membuka cawangan di Thailand, Singapura, Indonesia, dan Asia Barat.
Tahniah 1901!
Lesson Learnt : Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!
 
Leave a comment

Posted by on May 17, 2010 in Motivasi, Perniagaan, Tokoh

 

>Saya nak jual kapal terbang!

>
Salam…

Dalam dok tengok TV tadi, aku terdengar satu kisah yang diceritakan oleh Dr. Fazley. Mungkin ramai dah dengar cerita ni. Tapi tak kisah, aku nak kongsi bagi semua yang belum mendengar.
Kisahnya di sebuah sekolah, cikgu bertanya, “Murid-murid, nanti besar, apa kamu nak jadi?”. Lebih kurang macam tu la bunyi soalan cikgu tu. Lalu ada sorang pelajar bangun dan kata “Saya nak jadi juruterbang cikgu”. Seorang lagi bangun “Saya nak jadi jurutera kapalterbang cikgu”. Yang bestnya sorang lagi plak cakap “Saya nak jual kapalterbang cikgu”.
Sebenarnya, mesej yang ingin disampaikan dalam cerita ni adalah “mindset”. Mindset budak ke-3 tadi mungkin dah menggambarkan bahawa beliau adalah seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa nanti. Jadi, kesimpulannya, apa pun anda nak jadi, tanamkan semangat dan keazaman tu dalam hati dan minda. Sebab, hati yang akan membantu menggerakkan minda anda ke arah yang anda kehendaki
Semoga berjaya!
 
2 Comments

Posted by on April 21, 2010 in Corat-coret, Motivasi

 

>Maksimakan Penggunaan Minda

>
Salam sejahtera. Dah lama rasanya saya tak menulis di blog. Seminggu je, tapi rasa lama. Banyak benda yang saya nak kongsi. Syukur, hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis, Hari ini, kita bercakap pasal minda.

Dalam masa seminit, berbilion bit maklumat yang sedang menuju ke minda kita. Minda kita perlu menaksir dan mentafsir untuk menyampaikan maklumat kepada sistem badan kita. Namun, tidak semua maklumat yang masuk, akan dapat diserap. Kita pernah dengar kan, peribahasa ataupun kata-kata ni “masuk angin keluar asap” atau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ha…lebih kurang mcam kata-kata tu la. Oleh yang demikian, untuk membolehkan minda anda beroperasi ke tahap optimum, usah “menyemakkan” minda anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Sebagai contoh, kita tengok org sebelah beli perabot baru. Perabot pula mahal-mahal. Apa lagi, mula la timbul macam-macam dalam hati tu. “Selama ni tak pernah pun beli barang mahal, hari ni tetiba beli perabot mahal-mahal. Mana dia dapat duit ni?”.

Adoi..abang, akak, makcik, pakcik, datuk, nenek dan adik-adik yang saya kasihi….tak payah la susah-susah nak buat analisis dengan kehidupan org. Buat semak kepala otak kita je…Banyak lagi yang kita kena fikir dan boleh fikir, Dah dia beli perabot baru, barang mahal ataupun dah dia nampak bergaya…anda pun nak macam tu…fikir la macam mana nak dapat macam tu. Fikir nak berniaga ke, nak buat kuih ke ape ke. Fikir untuk majukan diri kita ni dulu. Dia buat apa, macam mana dia dapat duit, tak payah dok bz body. Tapi…ha..ada tapinya….kalau dia sudi berkongsi macam mana dia berjaya..jangan ego. Ambil ilmu yang dia bagi. Kalau nak berjaya..tiru gaya dan cara orang berjaya.

Kesimpulan untuk hari ini, FIKIR YANG PERLU UNTU MENGOPTIMUMKAN OPERASI MINDA ANDA. Sediakan ruang untuk apa yang perlu difikirkan saja.

 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2008 in Motivasi