RSS

Monthly Archives: November 2010

>Makan-makan::Mali’s Corner

>

Salam semua!

Hah..lama dah teringin nak tulis entri pasal makan-makan ni. Almaklumla..aku kan suka makan…hehe…
Entri ni nak review pasal makan kat Mali’s Corner. Kepada yang xtau kat mana Mali’s Corner ni, ianya terletak kat Danau Kota. Dekat je dengan Uptown Danau Kota. Kat Jalan Langkawi.
Hidangan yang famous kat sini; Nasi Lemak Ayam Goreng Panas dan dah tentu, Char Kuey Teow. Tentang harga, tak terlalu mahal, dan tidaklah murah. For me, just nice sebab tempatnya pun nampak grand..bukan gerai (Mali’s Corner yang asal adalah gerai, harga pun murah skit). Aku makan Nasi Lemak Ayam Panas, harganya dalam RM5. My wife makan CKT Special, harganya RM6.
Tentang rasa, Nasi Lemak memang antara yang ter’best’. Sambal dia pedas-pedas manis. Ayam rangup n rasa rempah. Pergh! Tengah tulis ni pun dah kecur air liur. CKT plak, oleh kerana pesan yang spesel, maka banyak lah udang2 yang diberi. Overall, makan kat cni memang berbaloi!
Tengok tu! 8 ekor udang besar! Yummmmmmyy!
P/s: Pastikan anda tak mengeluh, sebab kena beratur panjang nak order (layan diri maa…). Orang sentiasa penuh. Walaupun kedai 2 tingkat.

Dari beratur..order..makan..sampai habis makan, Q sentiasa panjang.

Advertisements
 
3 Comments

Posted by on November 14, 2010 in Char Kuey Teow, Makan-makan, Mali's Corner, Nasi Lemak