RSS

Monthly Archives: December 2011

RapidKL (LRT) dah pakai token?

Syyyy….

Yang selalu naik LRT tu mesti..ala..baru nak tau ke? Hehe…Jawapannya Ya! Sebab saya jarang naik LRT sejak akhir-akhir ni. Almaklumla…dah tak berkerja di tengah bandaraya KL atau kawasan yang berhampiran dengan LRT.

Apapun, tahniah buat RapidKL yang telahpun berjaya menambahbaik prasarana di stesen LRT. Salah satunya adalah dengan menukar sistem tiket kepada sistem yang menggunakan token. Sistem token ni mungkin dapat menjimatkan kos RapidKL, sebab dah tak payah nak ulang cetak. Jalur magnetik di tiket kan mudah rosak, jadi  kena la diorang cetak semula kalau rosak. Dengan token, tak ada lagi masalah tu.

Token LRT
Ni la rupanya token yang digunakan di LRT RapidKL. (Source:www.myrapid.com)

Hah! Kenapa ada dua warna? Biru untuk apa? Merah pula? Sebenarnya, token biru adalah token dengan harga biasa.Token merah pula digunakan untuk token dengan harga konsesi (Warga emas,OKUdll). Token berwarna merah ni akan mula digunakan bermula 1 Januari 2012! Tapi, buat masa ini, token ni hanya boleh di beli di kaunter sahaja.

Yang bagusnya, token ini boleh digunapakai di kedua-dua sistem LRT di bawah kendalian RapidKL, iaitu Kelana Jaya Line (Putra) dan Star.

Tapi, sepanjang pemerhatian, ada sedikit kelemahan semenjak penukaran sistem ini berjalan. Dengan penukaran sistem ini, pengguna LRT perlu membeli token melalui vending machine yang disediakan. Hanya kes-kes tertentu sahaja dibenarkan membeli melalui melalui kaunter. Oleh kerana vending machine ini adalah baharu, sesetengah orang masih lagi terkial-kial untuk menggunakannya. Dan, tiada pekerja RapidKL yang membantu. Jadi, diharapkan pihak RapidKL dapat menyediakan pembantu khidmat pelanggan pada setiap vending machine (atau 2 mesin 1 orang) buat masa ini (sebab baru lagi). Keadaan ini dapat membantu mengurangkan kesesakan semasa pengguna beratur membeli token (akibat orang yang kurang pengalaman menggunakan mesin vending). Kedua, dah nama pun mesin, kadang-kadang tidak menerima duit yang terlipat, terkoyak ataupun lembik (renyuk). Maka, terkial-kial la bagi orang yang duitnya tidak diterima mesin tu…dah..jadi lagi lambat.

Ketiga, tiada garisan pemisah diletakkan di setiap sisi mesin. Umum mengetahui, tabiat ‘orang kita’ yang kurang berdisiplin ketika beratur. Apabila terlalu sesak, ada diantara kita yang keliru, dimanakah barisan, dan ada yang tersilap membuat barisan baharu. Akhirnya, berlaku pertindihan barisan…dan…anda sendiri bayangkan.

Mungkin kerana ianya masih baharu, jadi masih terdapat kelemahan di sana-sini. Apapun, sesuatu perubahan pastinya akan memerlukan sedikit masa. Jadi, bersabar ye….

P/S: Kalau nak selamat, sediakan duit syiling siap-siap. Nak lagi selamat, pakai je Touch N Go. Xpayah beratur2 dah. =)

 
3 Comments

Posted by on December 30, 2011 in Isu Semasa

 

Tags: , , , , , , ,

Cloth Diaper : Jimat dan Selamat?

Assalamualaikum..dan salam sejahtera!

Aik? Topik ibu-ibu plak kali ni? Hehe….sempena bakal menjadi bapa (buat pertama kalinya) pada bulan Januari nanti (insyaAllah), kena la saya belajar sikit-sikit pasal bayi ni. Ha..sebab tu la post kali ni ada kaitan dengan bayi! =)

Waktu berkunjung ke satu pameran ibu dan bayi di Midvaley, November lepas, kami telah diperkanalkan kepada Cloth Diaper atau ringkasnya CD. Apa cloth diaper ni? Apa beza dengan ‘pampers’ atau disposable diapers? Apa kelebihan pakai CD ni? Berapa kos CD? Jimat ke? Selamat ke? Wah…banyak btoi no soalan-soalan yang terlintas di fikiran kita kalau benda ni baru nak diperkenalkan!

Ok..mari menjawab satu per satu:

1. Apa itu cloth diaper?

Cloth diaper, atau kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, adalah lampin kain. Pernah tengok lampin kain? Ala…zaman dulu-dulu, sebelum famousnya ‘pampers’ atau lampin pakai buang (Disposable diapers), memang mak-mak kita pakaikan kita lampin kain ni. Biasanya, kain warna putih, dengan material dibuat dari cotton. Macam gambar kat bawah tu:

Cloth diaper,lampin kain

Lampin kain klasik (Source:www.diyaluna.com)

Haa….ingat dah? Itu la cloth diaper atau lampin kain! Tapi, sekarang ni, zaman dah berubah, dah moden, jadi lampin kain pun dah diubahsuai, supaya lebih kemas, lebih selesa dan lebih menarik! Salah satu contoh lampin kain moden, adalah keluaran Lunatots. (Saya pun beli Lunatots punya CD).

Lampin Kain Lunatots

Contoh Lampin Kain Moden (Sumber: Lunatots)

2. Apa beza CD dengan disposable diapers (lampin pakai buang)?

Banyak bezanya!

i. Penggunaan bahan kimia

Di dalam lampin pakai buang, terdapat ‘gel penyerap’ yang diletakkan supaya kadar penyerapan lebih banyak. Gel tersebut kebiasannya adalah┬ásodium polyacrylate, sejenis polimer penyerapan. Kehadiran bahan kimia ini, boleh menyebabkan penyakit, atau alergik kepada bayi anda.

Manakala lampin kain pula, tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau polimer untuk penyerapan. Lampin kain moden, menggunakan mikrofiber untuk membolehkan penyerapan lebih banyak (tidak la sebanyak polimer tersebut).

Antara bahan kimia lain yang terkandung di dalam lampin pakai buang adalah Dioxin. Walaupun kandungannya tidak tinggi (hanya trace, atau saki-baki), namun bahan ini amatlah bertoksik. Ianya adalah saki-baki daripada proses pelunturan (paper bleaching) semasa pembuatan lampin pakai buang tersebut. Bahan ini juga diklasifikasikan sebagai ‘karsinogenik’, iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser! (Bahaya tol!)

ii. Mesra alam

Lampin pakai buang dianggarkan akan ‘lupus’ atau ‘terdegradasi’ dalam masa 250-500 tahun! Keadaan ini boleh menyebabkan kesan buruk kepada bumi kita. Kajian mendapati, pembuangan lampin pakai buang, meningkatkan jumlah buangan sisa pepejal sebanyak 7 kali dan semasa pembuatannya, 3 kali ganda bahan buangan pepejal dihasilkan.

Manakala lampin kain, menggunakan sumber asli dalam proses pembuatannya, yang membolehkan ianya ‘terdegradasi’ secara natural dan tidak mencemarkan alam sekitar. Dalam satu kajian di United Kingdom , didapati penggunaan lampin kain ini, dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 40% pencemaran berbdanding dengan lampin pakai buang.

iii. Penggunaan berulang

Lampin pakai buang hanya digunakan sekali (sebab tu namanya pakai dan buang hehe). Manakala lampin kain boleh digunakan secara berulang kali (dianggarkan setiap lampin kain boleh digunakan sehingga 200 kali atau sehingga anak berumur 3 tahun). Ha! Jimat duit anda, selamat juga bumi kita!

Sekian dulu info untuk setakat ni..bersambung lagi di post seterusnya, bagi menjawab soalan-soalan lain plak!

Jangan lupa tinggalkan komen ya!

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2011 in Parenting, Uncategorized

 

Tags: , ,

Kritikal: Jalan Ipoh-Jalan Kuching-Selayang-Jalan Duta perlukan laluan MRT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila melihat kepada pelan laluan MyRapid Transit (MRT), iaitu pengangkutan awam tambahan yang dirancang oleh kerajaan (bagi yang tak tau atau nak tau lebih lanjut, sila ke SINI), agak kecewa atau terkilan oleh kerana, laluan yang dirancang tidak melalui kawasan-kawasan yang di sebut di atas.

Bagi yang bermastautin atau menetap di kotaraya Kuala Lumpur, pasti tahu akan kesesakan kritikal yang dialami di kawasan-kawasan yang disebut di atas. Perjalanan di waktu puncak (hari bekerja) boleh mencecah sehingga berjam-jam di jalan-jalan tersebut. Dari pengamatan saya, pihak yang bertanggungjawab membangunkan MRT, perlu memberikan perhatian kepada jalan-jalan di atas oleh kerana salah satu punca kesesakan di jalan-jalan tersebut adalah kerana kurangnya pengangkutan awam, terutamanya pengangkutan rel. Satu-satunya pengangkutan rel yang ada adalah KTM Komuter, yang mana kurang efisien (setakat ini). Bilangan petak parkir kereta juga terhad di stesen-stesen komuter, menyebabkan ianya tidak menjadi pengangkutan pilihan bagi mereka yang bekerja di tengah bandaraya KL. Ketepatan masa, KTM Komuter, masih belum boleh berbangga dengan pencapaian mereka dalam menepati masa perjalanan dan juga kepantasan untuk sampai ke destinasi.

 

P/s: Harap-harap MRT corp masih boleh menerima cadangan.

 

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2011 in Uncategorized