RSS

Category Archives: Tokoh

Tony Fernandes : Tycoon Malaysia

Assalam…

Semalam saya menonton saluran BIO. Kebetulan pada ketika itu saluran tersebut sedang menyiarkan tentang Tony Fernandes, yang saya rasa, rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau dengan ‘tokei AirAsia’. Namun, sebelum beliau menempa kejayaan dalam bidang industri penerbangan, pelbagai liku-liku beliau tempuhi. Jom baca serba sedikit mengenai kehidupan beliau, semoga dapat memberikan motivasi buat anda semua.

Sejak dari sekolah, Tony merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di London. Belia aktif dalam sukan, dan mewakili sekolahnya dalam pasukan hoki. Selain daripada itu, beliau merupakan pelari pecut, dan berkebolehan dalam bermain ragbi. Tak sangka kan?

Sewaktu bersekolah, pada tahun 1980, ibu beliau meninggal dunia. Pada ketika itu, beliau tidak dapat pulang ke Malaysia, atas sebab kewangan yang terhad. Pada ketika itu, beliau mengeluh “Alangkah bagusnya kalau ada syarikat penerbangan yang menawarkan tambang yang murah”. Lihatlah, bagaimana impian beliau sejak dari kecil ini tercapai!

Setelah tamat belajar di tingkatan 6, beliau pulang ke Malaysia. Sebelum ibunya meninggal, ibunya mengharapkan Tony akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Begitu juga dengan ayahnya. Namun, hati beliau, tidak ada untuk menyambung pelajaran dalam bidang tersebut, sehingga berlaku pertengkaran antara beliau dan ayahnya. Beliau juga dengan sengaja menggagalkan drinya dalam peperiksaan A Level.

Beliau kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke London dan menyambung pelajarannya di London School of Economics (LSE). Setelah tamat pelajarannya di LSE, beliau mula bekerja di stesen televisyen Virgin.

Dari Virgin, beliau menyertai Warner. Ketegasan beliau dalam menjalankan tugas, menarik hati pengurusan Warner dan seterusnya melantik beliau sebagai pengarah urusan Warner Music Malaysia. Beliau merupakan MD yang termuda pada ketika itu, pada usia 26 tahun! Satu per satu kejayaan beliau cipta dalam memajukan bidang muzik di Malaysia. Antara kejayaannya adalah memperkenal AIM. Antara artis yang dianggap berjaya di bawah pentadbirannya adalah Amalina.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Industri muzik di Malaysia mula mengalami kejatuhan, akibat dari lambakan produk cetak rompak. Sehingga, Tony mengambil keputusan untuk berhenti dari pekerjaannya sekarang.

Tony Fernandes

Pada tahun 2001, beliau menggadaikan segala aset dan simpanan beliau, dan mengambil keputusan mengambil alih AirAsia, yang pada ketika itu merupakan sebuah GLC. Pengambilalihan AirAsia, hanya bernilai RM1.00! Fuh! Namun, hutang AirAsia pada ketika itu, adalah sekitar RM40juta! Berkat ketekunan dan sifat inovatif belia, kini AirAsia berdiri teguh sebagai salah sebuah syarikat tambang murah terbaik di Asia!

P/S: Kalau ikutkan, panjang lagi cerita ni =)

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2012 in 1Malaysia, Tokoh

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Bicara tokoh: Dato’ Farah Khan

Assalam semua!

Dah lama tak menulis tentang tokoh. Kebetulan hari ni, saya membelek-belek buku 50 kisah usahawan wanita Malaysia dan terbaca mengenai Dato’ Farah Khan. Mungkin nama beliau kurang dikenali, namun bagi peminat fesyen di Malaysia, beliau adalah seorang tokoh yang berjaya. Jom kita kenali siapa beliau dan jadikan motivasi untuk kita juga berjaya.

Dato’ Farah Khan sebenarnya adalah seorang presiden dan pengasas bersama Melium Group. Melium Group merupakan pemasar pakaian, kasut, beg dan aksesori berjenama di Malaysia, seperti Aigner, Cole Haan, Tod’s, Hugo Boss, Christian Lacroix, Ermenegildo Zegna dan pelbagai lagi.

Farah Khan

Dato' Farah Khan..tokoh fesyen yang berjaya (Source: http://www.thebrandlaureate.com)

Beliau sebenarnya berasal daripada Singapura, tetapi sudah lama menetap di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Bercerita mengenai latara belakang keusahawanannya, beliau sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ibu dan bapanya, yang merupakan usahawan. Bapanya merupakan pemborong berlian yang mengetuai persatuan pedagang berlian di Singapura. Ibu beliau pula memiliki kedai jahit yang banyak menggunakan fabrik-fabrik berjenama seperti Versace dan YSL. Dari sini lah bermulanya minat beliau dalam bidang fesyen dan juga keusahawanan.

Minat beliau dalam fesyen terserlah apabila beliau cuba menghasilkan dan mereka pakaian untuk anak-anak patung Barbie dengan menggunakan kain-kain perca dari kedai jahit ibunya. Pada usia 16 tahun, beliau memenangi satu pertandingan mereka fesyen, dengan mendapat hadiah utama.

Pada tahun 1976, beliau mula mengorak langkah dalam bidang keusawanan fesyen dengan  membuka butik The Link di Singapura dan diikuti dengan Le Salon di Malaysia. Pada tahun 1989, Melium ditubuhkan.

Sepuluh tahun kemudian, Melium melancarkan Aseanaa, galeri fesyen yang membawa tema etnik Asia yang antaranya memasarkan produk daripada Tom Abang Saufi,Rizalman, dan jenama beliau sendiri FARAHKHAN. Aseana terletak di Suria KLCC.

Selain daripada membawakan fesyen antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia, Dato’ Farah juga adalah antara yang terawal membawakan budaya kafe ke Malaysia dengan memegang francais Dome dari Australia pada tahun 1996.

Kejayaan Dato’ Farah Khan mendapat perhatian pelbagai pihak, dan beliau pernah menerima beberapa anugerah, diantara ‘The BrandLaureate Brand Personality Award’ pada tahun 2008.

Semoga sedikit perkongsian mengenai tokoh pada kali ini dapat memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk terus berjaya, berjaya dan terus berjaya!

P.S: Tinggaklan komen anda dan link blog anda untuk saya lawati =)

 
 

Tags: , , , , , ,

>Kisah di sebalik hotdog 1901 :: Sejarah dan Tokoh

>
Salam..

Mungkin ramai di antara kita yang pernah makan hotdog 1901. Ala..hotdog yang kedainya kaler hijau tuh! Yang tak pernah makan..kat klcc ada. Sila cari hehe. Mesti orang ingat 1901 ni company luar macam KFC, McD. Jadi, dengan bangganya aku mengumumkan bahawa 1901 ni adalah syarikat Malaysia!
Kisah dalam entri ni, bukan tentang hotdog atau resepi atau lokasi kiosk 1901. Tapi kisah siapa di sebalik 1901 ni. Syarikat ni ditubuhkan pada Julai, 1997 oleh Tengku Rozaidar Tengku Zainol bersama suaminya. Ha..wanita ni lah yang mencipta resepi hotdog 1901 ni, terutamanya sos yang digunakan. Nak tau apa kisah menarik mengenai 1901? Kenapa 1901 ditubuhkan pada bulan Julai?
Menurut Tengku Rozaidar, bulan Julai merupakan bulan Hotdog di USA (Ha..baru tahu la tuh…same la kita =P). So, apa pula kaitan dengan 1901? Sebenarnya, istilah hotdog mula digunakan pada tahun 1901 di Polo Grounds, New York.
Jom kenal lebih dekat dengan Tengku Rozaidar. Tengku Rozaidar ni dahulunya merupakan bekas wartawan penyiaran dan penyampai berita di TV3 dan RTM. Beliau memegang Ijazah Sarjana dalam bidang perhubungan antarabangsa, Ijazah Sarjana Muda Sastera Inggeris serta Ijazah Sarjana Muda TESL.
Mula menceburi bidang perniagaan dengan membuka francais Candy Bouquet, yang menjual bungan yang diperbuat daripada gula-gula. Ketika dalam perjalanan menghadiri beberapa kursus di US, Tengku Rozaidar dan pasangan tertarik dengan beberapa gerai-gerai sorong yang menjual hotdog di lapangan terbang antarabangsa O’Hare, Chicago. Takdir menentukan perniagaan pertama suami-isteri ini gagal.
Dengan semangat yang mendalam dalam bidang perniagaan, mereka masih lagi tidak berputus asa. Tengku dan suami teringat akan konsep menjual hotdog secara gerai sorong di Chicago. Kebetulan pada waktu itu di Malaysia masih belum ada lagi perniagaan hotdog berkonsepkan begitu. Maka, dengan usaha yang gigih, Tengku mula mula menyelidik dan mencipta resepi hotdog yang mengambil masa selama 6 bulan! Dengan bermodalkan RM100,000, Tengku dan suami memutuskan untuk membuka gerai hotdog pertama mereka di Sunway Pyramid.
Siapa sangka, perniagaannya kali ini menjadi. Kini 1901 telah mempunya lebih daripada 60 cawangan di seluruh Malaysia, dan hampir 90% pemilik francais 1901 adalah bumiputera! Kini 1901 telah mula bertapak di pasaran global dengan membuka cawangan di Thailand, Singapura, Indonesia, dan Asia Barat.
Tahniah 1901!
Lesson Learnt : Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya!
 
Leave a comment

Posted by on May 17, 2010 in Motivasi, Perniagaan, Tokoh