RSS

Category Archives: Perniagaan

@grill Bangi, mmmm….best!

@grill’s chicken chop…yummyyy!!!

Assalam…

Ha…makan lagi? Hehe…kali ni nak kongsi pasal makanan western lagi. Restoran ni memang best! The best western restaurant in Bangi so far. Nama restoran ni @grill.

Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Belakang restoran Paparich. Sebaris dengan restoran Mohd Chan Abdullah (banyaknya landmark kedai makan haha).

@grill..the best western restaurant in Bangi so far…

Harga makanan di sini, boleh dikategorikan sebagai berpatutan. Tak mahal sangat dan tak murah sangat. Nak makan sekali sekala, boleh la kan.

Dari segi kualiti makanan, saya bagi 4.9/5.0! Bahan mentah yang digunakan, bahan yang baru dan segar!

Yang kurang di restoran ni, adalah tempat duduk yang terhad. Biasala, kalau setting crowded sangat customer tak selesa pulak kan. So, kalau nak makan malam, seeloknya pergi awal, seawal selepas maghrib.

Rasanya, ada masanya, ada live band kot main kat sini, sebab ada set live band kat dalam.

Apapun, syabas kepada restoran @grill!! Teruskan dan kekalkan kualiti makanan dan rasa yang sedap. Jangan dah famous, drop kualiti n rasa plak ye!

Selamt mencari dan mencuba!

 
 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Upin Ipin ada kedai makan?

Assalam….

Ha..maju kan upin ipin? Ada kedai makan sendiri. Hehe…Bagi saya, pemilik restoran ni bijak mengambil peluang. Sebab karakter upin ipin tengah ‘famous’ kan!

Kedai makan upin ipin ni terletak di Bandar Baru Bangi, Jalan 6/7B, Seksyen 6. Berdekatan dengan D’One steak, bertentangan dengan kawasan Seri Bangi.

Konsep makanan di Kedai Makan Upin & Ipin ni, kebanyakannya adalah makanan kampung, lebih-lebih lagi ‘ayam goreng’ kegemaran Upin & Ipin. Dari segi harga, boleh dkategorikan sebagai harga pertengahan, tak murah dan tak mahal sangat.

Restoran

Suasana dalam Kedai Makan Upin Ipin

Air pun brand sendiri okay!

Saya mencuba hidangan Nasi Putih dengan daging merah. Rasanya, boleh tahan! Harganya, RM 1x termasuk minuman (tak ingat exact price).

Ok. dalam kedai ni pun, selain makanan, terdapat pelbagai barangan jenama Upin Ipin. Jadi, siapkan dompet anda jika anak anda jenis ‘gila’ upin ipin…hehe…

Saya xdapat nak tangkap gambar luar kedai sebab time tu hujan.

Ok. Setakat ini dahulu kali ni!

 

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Jom Makan : Fook Yuen, Kota Kinabalu

Assalam…

Ha..kali ni saya nak kongsi spot makan best di KK, Sabah. OK, kita start dengan hot spot untuk brekfast dulu. Yang lain-lain, nantikan dalam tulisan lain kali.

Saya kerap berkunjung ke Kota Kinabalu, samada atas urusan kerja, mahupun melancong (termasuk honeymoon =) ). Salah satu spot makan pilihan saya untuk sarapan pagi, adalah Fook Yuen. Ha! Jangan terperanjat, walaupun Restoran ni namanya melambangkan pemilikannya dari kaum tiong hua, namun restoran ni memiliki sijil halal Jakim.

Fook Yuen

Tanda Halal di Fook Yuen

Antara menu kegemaran saya adalah roti bakar, nasi lemak bungkus dan sudah semestinya dinikmati dengan kopi!

Restoran ni ada dua lokasi. Satunya, di kawasan Asia City (Singgahmata) dan satu lagi di kawasan Jalan Gaya (Tamu). Yang di Gaya Street lebih besar.

Kopi Tarik

Kopi Madras dan Roti Bakar. Emmmmdap!

 

Dari segi harga, tidak mahal. Biasa-biasa saja.

Tapi, kalau pegi lewat pagi, bersiap sedialah untuk berdiri menunggu meja kosong. Lagi satu, restoran ni berkonsepkan layan diri. Ambil makanan sendiri, pesan minuman dikaunter dan bayar. Anda akan diberikan nombor giliran untuk air dan roti bakar.

Fook Yuen Jalan Gaya, KK

Ramainya orang dalam kedai ni. Layan diri Ok!

Selamat mencuba!

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Kisah nak beli baju raya: part 2

Assalam…

Hehe..macam sinetron plak..ada siri-siri. Anyway, dah masuk fasa kedua Ramadhan. Kejap ja kan?

Semalam berkesempatan mengunjungi Jalan TAR, yang famous dengan pelbagai gerai kain baju. Target utama, nak beli baju melayu, kaler merah cili. =)

Macam biasa, nak sampai ke sana, jalan sesak. Open space parking pun cepat ja penuh (baru jam 11.30pg ketika tu). Tapi, saya ada favourite parking spot saya kalau berkunjung ke SOGO ataupun Jalan TAR. Saya parking kat bangunan CIMB bersebelahan SOGO tu. Parking space yang banyak (banyak tingkat jugak), parking rate RM3/jam (kalau tak salah).

OK. Habis bab parking. Maka bermula la perjalanan kami (aiseh ayat) di Jalan TAR. Kami tak terus ke kedai-kedai dalam bangunan, tapi terus mengunjungi gerai2 di celah2 lorong belakang bangunan. Pergh! Dah la panas (sapa suruh pi tengahari), orang punya la ramai! Sesak! So, pastikan anda tahan dengan keadaan macam tu. Takut nanti pengsan pulak.

Gerai demi gerai kami berkunjung, lastly saya jumpa juga baju melayu yang sesuai. Purata harga baju melayu di gerai-gerai disini antara RM100-150 (ada yang set bersama sampin). Saya beli yang harga RM120, tapi bila dah tawar-tawar, dapat lah RM100 (ingat, tawar menawar dulu ye).

Dah setel cari baju saya, cari baju isteri pulak. Banyak pilhan yang terdapat disini, harga dalam lingkungan RM80-200. Baju melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak pun banyak pilihan.

Bila dah selesai, baru kami pusing-pusing ke dalam kedai-kedai di Jalan TAR. Ha, bila masuk kat dalam kedai-kedai ni, terkejut jugak tengok, ada ja baju melayu yang lagi murah, antara RM39-RM100. Wah..rasa rugi plak..huhu. Saya tak sempat tengok jenis dan kualiti kain, sebab terlalu ramai orang di dalam kedai.

Hampir 2 jam 30 minit kami ‘bersiar-siar’, kami pun balik….So, nasihat saya, pusing-pusing survey dulu sebelum beli. =)

 

 

Tags: , , , , , , , , ,

Bicara tokoh: Dato’ Farah Khan

Assalam semua!

Dah lama tak menulis tentang tokoh. Kebetulan hari ni, saya membelek-belek buku 50 kisah usahawan wanita Malaysia dan terbaca mengenai Dato’ Farah Khan. Mungkin nama beliau kurang dikenali, namun bagi peminat fesyen di Malaysia, beliau adalah seorang tokoh yang berjaya. Jom kita kenali siapa beliau dan jadikan motivasi untuk kita juga berjaya.

Dato’ Farah Khan sebenarnya adalah seorang presiden dan pengasas bersama Melium Group. Melium Group merupakan pemasar pakaian, kasut, beg dan aksesori berjenama di Malaysia, seperti Aigner, Cole Haan, Tod’s, Hugo Boss, Christian Lacroix, Ermenegildo Zegna dan pelbagai lagi.

Farah Khan

Dato' Farah Khan..tokoh fesyen yang berjaya (Source: http://www.thebrandlaureate.com)

Beliau sebenarnya berasal daripada Singapura, tetapi sudah lama menetap di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Bercerita mengenai latara belakang keusahawanannya, beliau sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ibu dan bapanya, yang merupakan usahawan. Bapanya merupakan pemborong berlian yang mengetuai persatuan pedagang berlian di Singapura. Ibu beliau pula memiliki kedai jahit yang banyak menggunakan fabrik-fabrik berjenama seperti Versace dan YSL. Dari sini lah bermulanya minat beliau dalam bidang fesyen dan juga keusahawanan.

Minat beliau dalam fesyen terserlah apabila beliau cuba menghasilkan dan mereka pakaian untuk anak-anak patung Barbie dengan menggunakan kain-kain perca dari kedai jahit ibunya. Pada usia 16 tahun, beliau memenangi satu pertandingan mereka fesyen, dengan mendapat hadiah utama.

Pada tahun 1976, beliau mula mengorak langkah dalam bidang keusawanan fesyen dengan  membuka butik The Link di Singapura dan diikuti dengan Le Salon di Malaysia. Pada tahun 1989, Melium ditubuhkan.

Sepuluh tahun kemudian, Melium melancarkan Aseanaa, galeri fesyen yang membawa tema etnik Asia yang antaranya memasarkan produk daripada Tom Abang Saufi,Rizalman, dan jenama beliau sendiri FARAHKHAN. Aseana terletak di Suria KLCC.

Selain daripada membawakan fesyen antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia, Dato’ Farah juga adalah antara yang terawal membawakan budaya kafe ke Malaysia dengan memegang francais Dome dari Australia pada tahun 1996.

Kejayaan Dato’ Farah Khan mendapat perhatian pelbagai pihak, dan beliau pernah menerima beberapa anugerah, diantara ‘The BrandLaureate Brand Personality Award’ pada tahun 2008.

Semoga sedikit perkongsian mengenai tokoh pada kali ini dapat memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk terus berjaya, berjaya dan terus berjaya!

P.S: Tinggaklan komen anda dan link blog anda untuk saya lawati =)

 
 

Tags: , , , , , ,

Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

Assalam dan salam sejahtera….

Ramai yang suka berniaga di internet kan? Ramai juga yang bercita-cita nak buka perniagaan sendiri. Antara jenis-jenis perniagaan yang ‘femes’ di internet adalah tekstil, tudung, aksesori wanita, barangan hiasan, pakaian, minyak wangi dan barangan hobi. Tapi..kat mana nak beli semua tu dengan harga borong? Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda, kat mana lokasi untuk anda membeli belah dengan harga borong. Harap-harap, dengan perkongsian ni, anda yang nak mula berniaga, boleh berniaga. Anda yang tak berniaga pulak, boleh la berjimat =). Tapi, semua lokasi yang saya kongsikan ni, semuanya berada di KL.

Jalan TAR:

Jalan TAR ni memang femes dengan tekstil, tudung dan pakaian. Namun, ada masanya, para penjual cuba bermain harga. Jadi, berhati-hati semasa membeli. Biasanya, jualan tekstil, pakaian siap, harganya agak murah sikit la dari pasaran. Bagi saya, tidak sesuai untuk anda beli buat berniaga. Takut takdak untung plak nanti! Tapi, kalau tudung, ada satu kedai, Muaz Textile, harganya agak murah berbanding yang lain. Boleh la anda buat berniaga!

Plaza TAR:

Saya tak pernah lagi sampai ke Plaza TAR. Tapi, melalui cerita dari kawan-kawan, dikatakan pakaian di sini juga murah2. Lokasi pun berhampiran Jalan TAR.

Plaza GM:

GM Plaza ni terletak di celah-celah kedai di Chow Kit. Ramai yang tak perasan lokas plaza GM ni. Untuk mengetahui lokasi sebenar plaza GM di Chow Kit, saya letak map:

Plaza GM

Lokasi Plaza GM, Chow Kit (Source:www.plazagm.com.my)

Satu lagi Plaza GM berada di Bantar Botanic Klang. Berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lokasi tepat, rujuk map di bawah:

Plaza GM Klang

Lokasi GM Klang (Source: Google Map)

Secara peribadi, saya lebih suka ke Plaza GM di Chow Kit oleh kerana ‘product range’ atau kepelbagaian produk lebih banyak berbanding dengan di GM Klang. Daripada pakaian, aksesori, permainan, ke pelbagai pilihan barangan hobi dijual disini. Namun, apa yang merimaskan saya adalah kesesakan untuk sampai ke sana. Lagi satu, bab parking kereta, agak terhad dan sempit. Jika anda lewat turun, anda akan tersekat di sepanjang jalan turun ke bawah. Lif yang disediakan juga tidak mencukupi, sehingga menyebabkan anda akan menunggu lama sebelum dapat naik lif ke tempat parking. Yang istimewanya, untuk ke tingkat parking, anda dan kereta anda sekali akan di bawa dengan lif =).

Di GM Klang pula, saya berpendapat kebanyakan (majoriti) produk di sana adalah produk pakaian, daripada bayi sampailah dewasa. Di GM Klang, masalah parking tidaklah seteruk di Plaza GM Chow Kit oleh kerana di GM Klang terdapat kawasan luas untuk parking (open space). Untuk sampai ke sini, saya selalu ikut Lebuhraya KESAS (lebih mudah bagi saya). Di sini, terdapat lebih daripada 6 pavilion (seperti gudang). Jika penat, terdapat gerai-gerai makan dan minum di antara pavilion-pavilion yang ada.

Tips: Jika nak beli dengan harga borong, pastikan sentiasa tanya penjual dengan harga borong dan jumlah minimum yang perlu dibeli untuk mendapat harga borong. Selalunya, harga borong adalah separuh daripada harga yang dipamerkan. Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum daripada 3-6. Dan ada juga yang mengenakan syarat untuk anda membeli sedozen (12).

Kenanga Wholesale City:

Tempat ni saya baru ja discover sebelum CNY hari tu. Pertama kali sampai ke sini, agak terkejut dengan harga yang begitu murah berbanding tempat lain. Harga yang ditawarkan daripada RM5-100 (Majoriti) dan hanya sesetengah sahaja yang berharga mahal. Yang best, di sini, terdapat banyak kedai yang membenarkan anda membeli secara runcit (sikit) dengan harga yang masih lagi murah berbanding dengan harga di luar. Untuk sampai ke sini, anda perlu ikut map di bawah:

Kenanga Wholesale City Map

Map ke Kenanga Wholesale City (Source: Google Map)

Di sini, saya rasa lebih selesa, dari segi parking dan juga suasana dalamannya. Cuma, nak sampai ke sana, agak sesak. Seperti di Plaza GM, anda perlu keluar awal dari tempat parking (sebelum jam 4.30ptg) bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan sepanjang jalan turun dari tempat parking di sini. Kebanyakan produk di sini adalah pakaian (majoriti).

Semoga dengan perkongsian saya kali ni dapat membantu anda membeli belah dengan lebih jimat dan bagi yang nak berniaga, anda boleh mulakan perniagaan anda =)

Jangan lupa tinggalkan komen anda ya!

 
23 Comments

Posted by on January 29, 2012 in Corat-coret, Kewangan, Menarik, Perniagaan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Restoran Tuuu…dia Pak Tam mengorak selangkah lagi ke hadapan!

Bagi yang tinggal di area Selayang, sebut ja nama Restoran Tuuu…dia Pak Tam, mesti terbayang-bayang pelbagai menu yang dihidangkan. Di Selayang, restoran ni terletak di Dataran Templer, Selayang, berdekatan dengan Stadium Selayang. Antara menu yang famous di sini adalah nasi kandar, mee rebus, bihun sup, cendol, ikan bakar dan lauk campur pada waktu tengahari.

Cawangan Restoran Tuuu...dia Paktam di R&R Tapah

Semasa balik ke utara baru-baru ni, saya ternampak satu cawangan restoran ni sedang disiapkan di R&R Tapah arah utara. Keluasan restoran Pak Tam di sana agak luas, dengan perabot yang agak menarik. Nampaknya, Pak Tam dah semakin berjaya! Sampai ke lebuhraya cawangannya di buka! Dari berniaga di tepi jalan, ke restoran, dan akhirnya ke lebuhraya! Tahniah Pak Tam!

 
3 Comments

Posted by on January 16, 2012 in Makan-makan, Nasi Kandar, Perniagaan, Restoran

 

Tags: , , , , , , , ,