RSS

Category Archives: basuh

>Isu Terminal Bersepadu Selatan : Salah siapa?

>

Bangunan ini tersergam indah, canggih dan sungguh selesa. Namun, ada pihak yang masih menolak untuk beroperasi disini. Salah siapa?
Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Isnin lepas sempat aku melawat terminal bersepadu selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Pertama kali menjejakkan kaki ke TBS ni, memang kagum. Kenapa? Antara sebab aku kagum:
1. Kondusif. Keadaan terminal yang jauh berbeza dengan terminal2 bas yang lain di Malaysia.
2. Selamat. Terminal ini dilengkapi lebih 500 CCTV bagi membantu kawalan keselamatan. Selain daripada itu, terdapat ramai petugas keselamatn di serata pelosok terminal.
3. Canggih. Terminal ni ala2 lapangan terbang. Lengkap dengan skrin yang memaparkan masa ketibaan dan pelepasan bas. Ini memudahkan penumpang memastikan ketibaan/pelepasan mereka.
4. Tersusun rapi. Layout terminal ini memang tersusun. Sesuatu tempat berjaya diasingkan dan tidak mengelirukan.
5. Kaunter tiket berpusat. Anda tak perlu lagi untuk berjalan dari kaunter ke kaunter untuk mendapatkan tiket bas pilihan anda. Konsep kaunter berpusat disini membolehkan penumpang membeli tiket2 bas pilihan anda dikaunter yang sama. So, mintak maaf la kepada semua ulat2 tiket. Dan penumpang, tak risau lagi akan dipaksa/diganggu untuk memilih bas dan membeli tiket.
6. Balai pelepasan dengan akses terhad. Hanya penumpang bertiket dibenarkan masuk ke balai pelepasan. Macam airport kan?
Namun, disebalik semua yang indah2..masih ada yang mencacatkan proses pemindahan operasi bas-bas ke terminal ini. Seperti yang terpampang di dalam akhbar2, media2 dan dipaparkan di TV, terminal ini di BOIKOT! Kenapa?
Persatuan Pengusaha Bas Semenanjung Malaysia memutuskan untuk terus memboikot terminal ini atas alasan, caj yang dikenakan TERLALU MAHAL!
Setiap bas yang masuk ke terminal setiap kali akan dikenakan caj RM20 dan setiap penumpang akan dicaj RM 1. Adakah caj ini mahal bagi anda? Bagi individu, mungkin ya. Tapi bagi sebuah syarikat bas, mungkin tidak (pada pendapat saya).
Hanya kerana RM20, anda telah menafikan keselesaan penumpang untuk menunggu dan tiba di terminal yang lebih selesa. Adakah itu adil? Bagi anda, keuntungan RM20 adalah lebih penting daripada mementingkan keselesaan penumpang ketiba menunggu/tiba! Atau, adakah ini muslihat syarikat bas untuk menjadikan satu lagi sebab untu menaikkan harga tambang sedia ada?
Bagi saya, syarikat bas yang tidak beroperasi di TBS…anda sebenarnya RUGI!!!! Hanya kerana RM20 bagi setiap bas anda, setiap trip, anda RUGI!!!!
P.s ::
Utamakan pelanggan daripada keuntungan anda semata2 sebab yang membawa keuntungan kepada anda adalah pelanggan.
TBS adalah satu peluang untuk syarikat anda mempertingkan kualiti perkhidmatan anda sebenarnya. Jadi, kerajaan dah sediakan fasiliti terbaik, terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau sekadar melihatnya saja.
Pendapat saya, kerajaan melalui kemeterian pengangkutan harus bertegas kepada pengusaha bas. Kata rakyat diutamakan kan? Batalkan saja permit syarikat yang enggan berpindah. Hanya kerana RM20…nak dijadikan alasan. Tak boleh diterima!
Advertisements
 

>Limau Nipis+Garam=Cawan berkilau!

>Kadang-kadang, bila banyak sangat cawan yang disimpan dalam almari tu menyebabkan kilauan cawan tu dah tak menyerlah. Mungkin jugak, anda terlupa nak beli sabun pencuci pinggan mangkuk dan tercari2..apa yang boleh digunakan untuk menggantikan sabun tu!

Perasan tak..kebanyakan sabun pinggan mangkuk yang kita beli pun,kebanyakannya mengandungi ekstrak pati limau nipis? Ha…pasti ada kegunaannya walaupun tak diformulasikan secara saintifik kan?
Teknik ni, saya dapat dari seorang kawan. Nak kilaukan cawan yang dah pudar kilauannya, mudah ja! Sediakan sebekas air suam, yang dicampurkan garam dan limau nipis (perah dahulu dan letakkan di dalam air). Rendamkan cawan ke dalam bekas air tadi selama 15 minit. Selepas 15minit, bilas dan lap cawan anda. Ting! Cawan anda dah berkilau seperti baru!
 
2 Comments

Posted by on October 30, 2010 in basuh, cawan, kilau, Limau nipis, petua, tips