RSS

Monthly Archives: June 2008

>Maksimakan Penggunaan Minda

>
Salam sejahtera. Dah lama rasanya saya tak menulis di blog. Seminggu je, tapi rasa lama. Banyak benda yang saya nak kongsi. Syukur, hari ini saya dapat meluangkan masa untuk menulis, Hari ini, kita bercakap pasal minda.

Dalam masa seminit, berbilion bit maklumat yang sedang menuju ke minda kita. Minda kita perlu menaksir dan mentafsir untuk menyampaikan maklumat kepada sistem badan kita. Namun, tidak semua maklumat yang masuk, akan dapat diserap. Kita pernah dengar kan, peribahasa ataupun kata-kata ni “masuk angin keluar asap” atau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ha…lebih kurang mcam kata-kata tu la. Oleh yang demikian, untuk membolehkan minda anda beroperasi ke tahap optimum, usah “menyemakkan” minda anda dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Sebagai contoh, kita tengok org sebelah beli perabot baru. Perabot pula mahal-mahal. Apa lagi, mula la timbul macam-macam dalam hati tu. “Selama ni tak pernah pun beli barang mahal, hari ni tetiba beli perabot mahal-mahal. Mana dia dapat duit ni?”.

Adoi..abang, akak, makcik, pakcik, datuk, nenek dan adik-adik yang saya kasihi….tak payah la susah-susah nak buat analisis dengan kehidupan org. Buat semak kepala otak kita je…Banyak lagi yang kita kena fikir dan boleh fikir, Dah dia beli perabot baru, barang mahal ataupun dah dia nampak bergaya…anda pun nak macam tu…fikir la macam mana nak dapat macam tu. Fikir nak berniaga ke, nak buat kuih ke ape ke. Fikir untuk majukan diri kita ni dulu. Dia buat apa, macam mana dia dapat duit, tak payah dok bz body. Tapi…ha..ada tapinya….kalau dia sudi berkongsi macam mana dia berjaya..jangan ego. Ambil ilmu yang dia bagi. Kalau nak berjaya..tiru gaya dan cara orang berjaya.

Kesimpulan untuk hari ini, FIKIR YANG PERLU UNTU MENGOPTIMUMKAN OPERASI MINDA ANDA. Sediakan ruang untuk apa yang perlu difikirkan saja.

 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2008 in Motivasi

 

>Alamak! Kolesterol Tinggi???

>

Sebut je kolesterol..memang ramai yang terasa terkena batang hidung! Hehe..sabar…tapi jangan sabar dan buat tak tahu je…parah nanti bang, kak, pak cik, makcik, adik…sape2 je la. Kes kolesterol terlebih tinggi dalam darah ni…tak kira muda, tua, tinggi, kecil, besar, gemuk atau kurus. Pernah saya jumpa sorang yang kurus sangat…memang kurus la macam…..macam ape ye? Ala..kesimpulannya, underweight. Selalu pucat, lemah, angin dalam badan. Bila pegi jumpa doktor…buat ujian darah….keputusannya….tahap kolestrol luar biasa tinggi! Demam seminggu kawan! Bahaya..kolesterol ni..penyebab kepada penyakit koronari…atau sakit jantung. Penyakit jantung ni plak antara pembunuh utama rakyat kita. Menakutkan bunyinya kan ?

Apa pun….mencegah lebih baik dari merawat…kan? So, saya nak berkongsi pengetahuan dengan semua…macam mana dengan makan buah je…kita boleh cegah tahap kolesterol melambung tinggi! Makan buah tak ni? Tak makan? Rugi la sape yang tak nak makan buah….lepas ni..ajar diri makan buah..boleh? Tak boleh? Tak lalu? Betul ke ni….betulkan minda anda…betulkan “bisikan hati” anda….katakan “Makan buah ni sedap…sihat…boleh cegah penyakit pulak tu. Tak rugi kalau makan ni..saya mesti makan”. Mesti anda boleh.

Edisi kali ini..saya ingin memberi sedikit maklumat dari ilmu yang saya ada. Tentang buah. Mencegah peningkatan tahap kolesterol hanya dengan memakan buah. Mungkin ada di antara kita yang selalu amalkan makan buah. Tapi tak pernah tahu khasiat buah ni. Mungkin juga yang tak suka makan buah ni. Tapi..jangan pulak lepas ni..dah tahu buah ni boleh cegah kolesterol tinggi…nak hentam buah je. Lebih teruk lagi…buah pun hentam…makanan lain pun hentam. Tak jadi la macam tu….makan kena seimbang ye. Makan bila lapar, berenti sebelum kenyang..

Ok. Terus ke perbincangan kita. Buah yang bantu cegah kolesterol tinggi dalam darah. Jambu batu, guava atau nama saintifiknya Psidium guajava L boleh membantu anda menurunkan tahap kolesterol sebanyak 18.8% dalam masa seminggu! Wah…banyak tu. Caranya, anda perlu makan sekurang-kurang 400 gram buah jambu ni sehari (lebih kurang sebiji setengah) tanpa kupas kulit. Ingat..makan dengan kulit skali. Dan..jangan pulak tambah-tambah asam. Tu dah menyebabkan penyakit.

Betik..atau papaya, memang terkenal dengan khasiatnya yang banyak. Betik mampu mengurangkan tahap kolesterol sebanyak 19.2% sekiranya diambil secara rutin dalam masa 4 minggu. Tapi..nak makan betik kena la kupas kulitnya ya. Ada plak yang tercekik nanti.

Saya banyak dengar..orang kata..kalau mengandung..jangan makan nenas banyak-banyak, nanti gugur. Sama ada itu adalah pengalaman atau ada kajian yang membuktikannyam saya tak pasti. Namun, asid yang terdapat dalam nenas, membantu tubuh dalam proses biokimia tertentu. Contohnya, Vitamin C, berfungsi sebagai anti-oksida. Bagi mereka yang mementingkan penampilan “nampak muda..nenas boleh la ganti segala kosmetik anda tu (walaupun tidak secara total)”. Dalam menurunkan tahap kolesterol..nenas membantu anda menurunkan sebanyak 8.38% dalam masa 3 minggu dengan pengambilan sebanyak 400 gram setiap hari.

Mungkkin 3 jenis buah yang saya bagi contoh dapat bantu anda. Kesemuanya senang nak cari di pasaran. Kadang-kadang tepi jalan pun ada jual. Semoga anda berjaya menurunkan tahap kolestrol anda dan bagi yang belum tinggi tahap kolesterolnya, cegah sebelum kena.

“Hidup sihat. Capai Matlamat”

 
Leave a comment

Posted by on June 13, 2008 in Uncategorized

 

>Apa yang anda makan?

>

Tabiat pemakanan rakyat Malaysia kini telah mula dipengaruhi oleh budaya pemakanan barat. Tak salah nak mencuba…tapi…apa yang anda makan..akan mempengaruhi kesihatan anda. Bukan kesihatan fizikal je…kesihatan minda pun….So…nak dapat minda yang sihat..disamping badan yang cergas..kena la jaga pemakanan anda.

Saya banyak membaca tentang pemakanan, makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan dan juga pemakanan untuk mendapat minda yang power! Jadi..saya nak kongsi dengan semua dalam blog ni. Mungkin ada yang bertanya…semalam saya tulis pasal motivasi..tetiba hari ni kesihatan pulak? Apa tujuan blog ni?

Ya..anda memang betul…awal pagi tadi saya menulis tentang motivasi. Anda baca ‘tagline’ blog ni tak? Ha..dah perasan kan..bagi saya..kalau kesihatan tak ada…susah kita nak capai kejayaan..walaupun boleh..memang boleh…saya cuma kata…susah.

Pengalaman sebenar saya…waktu saya dekat matrikulasi…minggu exam final. Memang semua orang time tu nak skor 4.0. Saya pun tak terkecuali la. 3 hari sebelum exam…saya ‘stay-up’. 3 hari berturut-turut saya tak tido. Segala jenis kopi….tongkat ali…tongkat tok mat…kopi jantan…semua saya balun…last2 hari exam menjelang..saya demam panas…dari nak dapat 4.0 terus dapat 3.++…

Salah satu faktor penentu kesihatan adalah apa yang kita makan…kita telan…kita balun…kita lantak…jadi, saya nak berkongsi dengan semua makanan-makanan yang kita boleh makan..elok di makan atau tak dan makanan yang boleh menjana minda. Tak terkecuali…makanan yang boleh jadi penyembuh penyakit-penyakit tertentu..(lepas ni boleh la jadi pakar perubatan herba ye!).

Bersambung pada coretan seterusnya.

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2008 in Uncategorized

 

>Impian..Hanya akan jadi nyata…

>

Saya merasa begitu seronok sekali melihat hari demi hari anak Malaysia mula mengorak langkah maju ke hadapan. Dari bidang akademik, kajian sains sehinggalah setinggi angkasaraya. Mungkin, ada yang mula rasa tercabar dengan kejayaan-kejayaan yang ditunjukkan mereka. Relax…jangan kuat cemburu…kuat jeles la kata omputih…eh! salah ke nak cemburu? cemburu untuk kejayaan..untuk pergi lebih jauh…lebih dari jangkaan…luar biasa hebat (pinjam kata-kata Dr. HM Tuah).

Cemburu tu tak salah kawan..adik..kakak..abang..makcik dan pakcik. Cemburu buta….bawa sengketa…nama pun cemburu buta…melulu…tak pasal-pasal…mengutuk sana….”eleh…setakat dapat 9A1, amik subjek senang-senang…aku pun boleh buat…20A1 pun boleh”…..betul ke awak tu boleh? Ke boleh cakap je geng?

Ada satu cerita…..cerita ni tak de kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah meninggalkan dunia ni ye…

Ada sorang pakcik ni….emm…nama ape ye? Kita namaka dia pak man la ye. Pak man ni…dulu kat sekolah…sekolah omputih…speaking memang power! Waktu kat sekolah dulu…cikgu dia tanya ” Man, engko ni asyik main-main je dalam kelas…otak ko cerdik…tapi asal dalam kelas je…ngko malas…ape nak jadi dengan ngko ni Man?”…bukan main marah lagi cikgu dia time tu..

Si Man pun bangun…..”Cikgu….dah tahu saya ni cerdik….pintar….buat ape cikgu nak heran dengan saya…cikgu ajarlah sape2 yang belum cerdik lagi. Kalau cikgu tak percaya…satu hari nanti..saya akan buktikan…saya akan merubah negara ini….supaya negara kita akan lebih maju dan makmur dengan hasil bumi!”…

Wah…bukan main berfalsafah betul si Man ni…..Hari demi hari berlalu…Man hanya seorang kerani dengan ‘gomen'(government)….dia pun kata dalam hati “Ah…aku bukan tak boleh kerja tinggi…cuma bos je cemburu dengan aku…mentang-mentang aku ni belajar sekolah omputih…ape sangat la yang dia ada….lulus MCE…sekolah Melayu plak tu….”

Man pun berjalan balik ke rumah…sambil berjalan tu…mulut dia membebel….tak henti-henti lagi. Di pertengahan jalan…Man terjumpa dengan seorang rakan sekolahnya. “Man! Panas tu. Mai la tumpang aku. Aku hantar hang pi rumah”. Man pun dengan muka angkuh..jawab…”Tak pa la Mid….aku tau la aku ni tak mampu beli skuter macam hang…jangan la hang nak pandang aku ni sebelah mata. Satu hari nanti…aku akan ubah nasib keluarga aku….bukan takat skuter….volkswagen aku lempaq depan hang…”….Fuh! Panas beb dengar macam tu…

Dah bertahun-tahun…Man tetap Man….seorang kerani gomen yang tak ke mana….pangkat pun tak naik….gaji pun sama…Satu hari…Man terserempak dengan gurunya sewaktu di sekolah….cerita punya cerita…akhirnya…cikgu dia pun bagi satu ayat kat dia….

“Man…awak ni bermotivasi tinggi orangnya….ada cita-cita…ada impian. Tapi sayang..Man hanya bercakap…buatnya tidak…nak ubah itu…nak ubah ini…..kalau dari dulu Man ubah diri Man…..sudah tentu hari ni Man dapat ubah apa yang Man nak ubah”

Impian yang disusuli tindakan, akan membuahkan kejayaan….Namun..Impian tanpa tindakan..hanya satu angan-angan”

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2008 in Uncategorized