RSS

Monthly Archives: April 2011

JIJIK: Bantal berisi pad dan pampers!

Salam semua……

Terkejut saya melihat gambar di facebook seorang rakan saya. Bantal yang selalunya diisi dengan kekabu, tetapi beliau menerima bantal yang berisikan pad dan lampin pakai buang (pampers)!

Menurut beliau, bantal ini diterima daripada sebuah syarikat terkenal sebagai hadiah beliau membeli katil di syarikat itu! Mungkin syarikat yang bagi bantal tu pun tak tahu yang bantal tu berisi benda jijik tu kan? Ataupun…nak jimat kos? Hmm….Allah saja Maha Mengetahui.

Beliau hanya dapat tahu isi kandungan bantal tersebut semasa membuka sarung bantal tersebut untuk menggantikan dengan sarung yang baru. Kata beliau lagi, bantal tersebut memang busuk baunya! Huhu…tak dapat ku bayangkan!

Tengoklah gambar di bawah!

Semoga orang yang sanggup berbuat jijik begini akan menerima pembalasannya! Yang dah baca…jangan lupa tinggalkan komen. Termasuk yang nak share!

 
Leave a comment

Posted by on April 25, 2011 in Uncategorized

 

Kenali dan ketahui bahaya telur tiruan

Salam Semua,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Lama saya tak menulis kan? Biasa la, bila bekerja dengan orang, masa untuk buat hobi sendiri pun dah berkurang. Tambahan pulak, sejak akhir-akhir saya kerap balik sehingga lewat malam (sampai 3-4pagi).

OK. Kembali kepada cerita tentang tajuk di atas, telur tiruan. Sejak pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai CAP tentang telur tiruan, ramai yang bertanya, bagaimana nak kenalpasti telur tiruan dan apa kesan jika termakan telur tiruan? Rami jugak yang jadi panik dan trauma dan mengambil tindakan tak beli telur langsung. Jadi, dalam entri kali saya cuba kongsikan mengenai telur tiruan ni. Juga, saya selitkan sedikit mengenai kesan buruk memakan telur tiruan ni.

Umum mengetahui, telur tiruan ni 99% diperbuat daripada bahan kimia yang pelbagai. Kulit telur tiruan, misalnya, diperbuat daripada Calcium Carbonate, telur putih dan telur kuning (orang kedah panggil teloq merah), diperbuat daripada sodium alginate, alum, gelatin, kalsium klorida, air dan pewarna. Bahan kimia lain yang digunakan akan saya sebutkan di bawah nanti ye. Oleh kerana ianya diperbuat daripada 99% bahan kimia, telur tiruan sudah semestinya TIADA KHASIAT langsung berbanding dengan telur tulen yang tinggi proteinnya.

Fake Egg

Kulit telur tiruan lebih licin bernbanding dengan telur tulen

Bagaimana lagi nak kenalpasti telur tiruan?

How to know fake eggs

Cara mengenalpasti telur tiruan

Selain daripada cara di atas, telur tiruan juga boleh dikenalpasti dengan cara berikut:

1. Goncang telur. Bunyi kandungan telur tiruan lebih kuat sebab kandungannya lebih cair.
2. Bila dipecahkan, telur kuning dan telur putih terus bercampur
3. Bila dipecahkan ke dalam kuali, semasa hendak menggoreng, telur akan tersebar dengan sendiri tanpa disentuh.

Fried Fake Egg

Inilah rupanya telur palsu yang digoreng


4. Jika telur dan direbus atau semasa nak pecahkan telur, bunyi kulit telur tulen lebih rapuh berbanding dengan telur palsu.
5. Bau telur tulen lebih hanyir (bau seperti daging mentah).

Antara kesan bahan kimia yang terkandung dalam telur tiruan:

Glucolactone– Digunakan sebagai bahan pemejal (solidifier). Boleh menyebabkan ‘Metabolism disorder’.
Asid benzoic– Bahan pengawet. Berbahaya kepada otak, sel saraf. Boleh menyebabkan penyakit hati dan senile dementia (penyakit yang berkaitan dengan otak juga)
Kalsium Klorida– Bahan utama untuk membentuk kulit telur. Boleh menyebabkan penyakit hati dan saraf. Juga menganggu penhasilan sel darah.
Alum – Digunakan sebagai bahan pelembut. Kesannya sama seperti Kalsium Klorida.

Setakat ni saja yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Saya akan cuba mencari fakta lagi mengenai telur palsu ni. Jangan lupa tunggu updates entri ni ya!

Salam sejahtera!

 
1 Comment

Posted by on April 11, 2011 in Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , ,

Hampir 400 pembaca sebulan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Agak lama saya tak menulis blog lantaran kesibukan bekerja di sebuah ‘organisasi’ baru. Niat untuk menulis memang ada, tapi apakan daya, keluar keja gelap, balik pun dah gelap.

Apapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua pembaca blog ini…kerana anda, blog ini mampu mencapai angka 400 pembaca hanya dalam masa sebulan!!! Angka 400 mungkin tidak banyak atau tidak sebanyak mana bagi blogger tegar atau professional. Namun, bagi saya yang baru mula nak merangkak ni, angka tersebut cukup membanggakan. Blog saya yang lama, hanya mampu mencecah 1000 pembaca dalam masa hampir 6 bulan!!!

Kepada anda yang setia membaca, terima kasih3x! Kepada yang baru pertama kali membaca, pun terima kasih! Anda ada idea? atau nak tahu tentang sesuatu? Apa kata pakat komen dan tanya soalan anda di ruangan komen. InsyaAllah, saya akan cuba mencari jawapan kepada persoalan anda. Ada cadangan? Jangan malu-malu, silakan menulis!

Sekian, terima kasih sekali lagi!

P/S: Rakan2 blogger, tekan link ‘view shoutbox’ untuk tinggalkan jejak. atau tulis link anda di bahagian komen. InsyaAllah, saya akan lawati blog anda juga. Paling penting, saya bukan sekadar melawat ye, tapi saya baca entri anda!

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2011 in Uncategorized