RSS

Monthly Archives: October 2010

>Limau Nipis+Garam=Cawan berkilau!

>Kadang-kadang, bila banyak sangat cawan yang disimpan dalam almari tu menyebabkan kilauan cawan tu dah tak menyerlah. Mungkin jugak, anda terlupa nak beli sabun pencuci pinggan mangkuk dan tercari2..apa yang boleh digunakan untuk menggantikan sabun tu!

Perasan tak..kebanyakan sabun pinggan mangkuk yang kita beli pun,kebanyakannya mengandungi ekstrak pati limau nipis? Ha…pasti ada kegunaannya walaupun tak diformulasikan secara saintifik kan?
Teknik ni, saya dapat dari seorang kawan. Nak kilaukan cawan yang dah pudar kilauannya, mudah ja! Sediakan sebekas air suam, yang dicampurkan garam dan limau nipis (perah dahulu dan letakkan di dalam air). Rendamkan cawan ke dalam bekas air tadi selama 15 minit. Selepas 15minit, bilas dan lap cawan anda. Ting! Cawan anda dah berkilau seperti baru!
Advertisements
 
2 Comments

Posted by on October 30, 2010 in basuh, cawan, kilau, Limau nipis, petua, tips