RSS

Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

29 Jan

Assalam dan salam sejahtera….

Ramai yang suka berniaga di internet kan? Ramai juga yang bercita-cita nak buka perniagaan sendiri. Antara jenis-jenis perniagaan yang ‘femes’ di internet adalah tekstil, tudung, aksesori wanita, barangan hiasan, pakaian, minyak wangi dan barangan hobi. Tapi..kat mana nak beli semua tu dengan harga borong? Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda, kat mana lokasi untuk anda membeli belah dengan harga borong. Harap-harap, dengan perkongsian ni, anda yang nak mula berniaga, boleh berniaga. Anda yang tak berniaga pulak, boleh la berjimat =). Tapi, semua lokasi yang saya kongsikan ni, semuanya berada di KL.

Jalan TAR:

Jalan TAR ni memang femes dengan tekstil, tudung dan pakaian. Namun, ada masanya, para penjual cuba bermain harga. Jadi, berhati-hati semasa membeli. Biasanya, jualan tekstil, pakaian siap, harganya agak murah sikit la dari pasaran. Bagi saya, tidak sesuai untuk anda beli buat berniaga. Takut takdak untung plak nanti! Tapi, kalau tudung, ada satu kedai, Muaz Textile, harganya agak murah berbanding yang lain. Boleh la anda buat berniaga!

Plaza TAR:

Saya tak pernah lagi sampai ke Plaza TAR. Tapi, melalui cerita dari kawan-kawan, dikatakan pakaian di sini juga murah2. Lokasi pun berhampiran Jalan TAR.

Plaza GM:

GM Plaza ni terletak di celah-celah kedai di Chow Kit. Ramai yang tak perasan lokas plaza GM ni. Untuk mengetahui lokasi sebenar plaza GM di Chow Kit, saya letak map:

Plaza GM

Lokasi Plaza GM, Chow Kit (Source:www.plazagm.com.my)

Satu lagi Plaza GM berada di Bantar Botanic Klang. Berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lokasi tepat, rujuk map di bawah:

Plaza GM Klang

Lokasi GM Klang (Source: Google Map)

Secara peribadi, saya lebih suka ke Plaza GM di Chow Kit oleh kerana ‘product range’ atau kepelbagaian produk lebih banyak berbanding dengan di GM Klang. Daripada pakaian, aksesori, permainan, ke pelbagai pilihan barangan hobi dijual disini. Namun, apa yang merimaskan saya adalah kesesakan untuk sampai ke sana. Lagi satu, bab parking kereta, agak terhad dan sempit. Jika anda lewat turun, anda akan tersekat di sepanjang jalan turun ke bawah. Lif yang disediakan juga tidak mencukupi, sehingga menyebabkan anda akan menunggu lama sebelum dapat naik lif ke tempat parking. Yang istimewanya, untuk ke tingkat parking, anda dan kereta anda sekali akan di bawa dengan lif =).

Di GM Klang pula, saya berpendapat kebanyakan (majoriti) produk di sana adalah produk pakaian, daripada bayi sampailah dewasa. Di GM Klang, masalah parking tidaklah seteruk di Plaza GM Chow Kit oleh kerana di GM Klang terdapat kawasan luas untuk parking (open space). Untuk sampai ke sini, saya selalu ikut Lebuhraya KESAS (lebih mudah bagi saya). Di sini, terdapat lebih daripada 6 pavilion (seperti gudang). Jika penat, terdapat gerai-gerai makan dan minum di antara pavilion-pavilion yang ada.

Tips: Jika nak beli dengan harga borong, pastikan sentiasa tanya penjual dengan harga borong dan jumlah minimum yang perlu dibeli untuk mendapat harga borong. Selalunya, harga borong adalah separuh daripada harga yang dipamerkan. Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum daripada 3-6. Dan ada juga yang mengenakan syarat untuk anda membeli sedozen (12).

Kenanga Wholesale City:

Tempat ni saya baru ja discover sebelum CNY hari tu. Pertama kali sampai ke sini, agak terkejut dengan harga yang begitu murah berbanding tempat lain. Harga yang ditawarkan daripada RM5-100 (Majoriti) dan hanya sesetengah sahaja yang berharga mahal. Yang best, di sini, terdapat banyak kedai yang membenarkan anda membeli secara runcit (sikit) dengan harga yang masih lagi murah berbanding dengan harga di luar. Untuk sampai ke sini, anda perlu ikut map di bawah:

Kenanga Wholesale City Map

Map ke Kenanga Wholesale City (Source: Google Map)

Di sini, saya rasa lebih selesa, dari segi parking dan juga suasana dalamannya. Cuma, nak sampai ke sana, agak sesak. Seperti di Plaza GM, anda perlu keluar awal dari tempat parking (sebelum jam 4.30ptg) bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan sepanjang jalan turun dari tempat parking di sini. Kebanyakan produk di sini adalah pakaian (majoriti).

Semoga dengan perkongsian saya kali ni dapat membantu anda membeli belah dengan lebih jimat dan bagi yang nak berniaga, anda boleh mulakan perniagaan anda =)

Jangan lupa tinggalkan komen anda ya!

Advertisements
 
23 Comments

Posted by on January 29, 2012 in Corat-coret, Kewangan, Menarik, Perniagaan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

23 responses to “Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

  1. fiq1@rocketmail.com

    March 24, 2012 at 6:17 am

    tempat lain lagi ade ke x??????selain dari tu

     
    • thexcel

      March 27, 2012 at 10:00 pm

      Fiq,
      Yang saya tahu, itu je setakat ni. Tapi sekitar GM plaza pun banyak kedai2 lain yang jual secara borong.

       
  2. aini

    May 30, 2012 at 11:38 am

    tq for the info. Tgh cari jubah. Ada kawan rekomen cari kat plaza kenanga.

     
    • thexcel

      May 30, 2012 at 11:47 am

      Sama2. Ya, kat sana lebih banyak jubah and reasonable price.

       
  3. aim

    June 20, 2012 at 12:03 pm

    thx! moga Allah balas jasa baik sbb kongsi info 😉

     
    • thexcel

      June 22, 2012 at 10:46 pm

      Sama-sama…untuk manfaat bersama =)

       
  4. anna

    August 6, 2012 at 3:35 am

    camana pla nak ke gm klang guna public transport ah….dkat sana ada tak jual dust bag untuk handbag

     
    • thexcel

      August 6, 2012 at 4:35 pm

      Salam anna,

      Pyblic transport saya xpasti. Mungkin boleh guna komuter sampai ke Klang. Then, tetap kena amik teksi/bas. Selalunya bila beli handbag, dia akan bagi dust bag skali. Xpasti la sama ada dust beg saja ada dijual.

       
  5. shah

    September 9, 2012 at 1:38 pm

    salam.. di mana boleh dpat harga borong produk kesihatan d kl. tq.

     
    • thexcel

      September 11, 2012 at 12:12 am

      Assalam…boleh specific produk apa?

       
  6. aisyah

    October 22, 2012 at 2:25 am

    salam., kalau pakaian baby n kanak2?? kat mne muroh n byk? gm klang, chow kit atau kenanga wholesale city??

     
    • thexcel

      October 22, 2012 at 8:27 am

      Assalam…
      Kat GM Klang banyak..kenanga pun banyak..but kenanga boleh beli kuantiti sikit. Harga lebih kurang. Tapi kat kenanga..kena kautim skit.

       
  7. bro25

    October 23, 2012 at 5:38 pm

    wah..tq2..nk jual eksesori komputer..kt mane ea? gm klang ade? xde ea?

     
    • thexcel

      October 23, 2012 at 8:03 pm

      Bro..kalau aksesori komputer..bleh tengok kat Low Yatt. Tapi bukan kedai yang depan2..kedai borong diorang area blakang2..tersorok skit…berlambak kedai aksesori borong..termasuk aksesori handphone. Tapi..ada syarat kot..kena jadi ahli..beli 1000++ dah qualified sebagai ahli.

       
  8. suriani

    February 6, 2013 at 7:45 pm

    saya nak tau tempat yang jual tudung borong je…tolong tunjuk ajar

     
  9. sha

    February 13, 2013 at 5:59 pm

    kalau kat johor mana tempat borong kosmetik ya,saya ada kawan yang borong barang kat sana,tapi dia x mau beritau saya kat mana tempat tu

     
  10. Hani NJ

    February 26, 2013 at 1:38 pm

    kalo nak beli borong tp kita kat Sabah boleh kah?

     
  11. mohd sabri

    February 17, 2014 at 10:10 am

    tq atas perkonsian ..sy br nk start berniaga..

     
  12. Dian

    March 27, 2014 at 5:53 pm

    wah tq sharing d info…
    klu nak cari brg (dlm kuantiti yg banyak) handbag branded & pakaian kanak-kanak. kat mana 1 (gm plaza @ gm klang @ kenanga wholesale ka lg byk… sbb sy dtg jauh nak peruntukan 1 hari sj tp boleh beli brg2 tsbt.

     
  13. eida

    July 7, 2014 at 4:43 pm

    sya ingin mencuba berniaga aksesori hp. tapi saya takder pengalaman. di gm klang aksesori hp ok ker.

     
  14. PM Borong

    September 18, 2014 at 1:01 pm

    Bagus artikel ini, Memang komprehensif. Kalau nak berbanding Plaza GM dengan GM Klang, GM Klang memang jauh lebih besar. Sekurang-kurangnya 3 kali. Kalau saudara saudari duduk dekat Shah Alam atau PJ, tak payahlah bersusah-susah jam kat KL. GM Klang parking pun free (kalau park kat luar).

    PM Borong adalah pemborong aksesori wanita di GM Klang, Klang, Selangor, Malaysia. Produk aksesori wanita yang dipilih adalah sesuai untuk pasaran di Malaysia. Kebanyakan produk kami sesuai untuk dijual di bazar malam, pasar raya, tapak perniagaan, kedai pakaian, kedai aksesori wanita dan kiosk

    http://www.borongborong.com.my

     
  15. eisya

    November 10, 2014 at 2:34 pm

    sy nak cari kedai borong handbag jenama tiruan blh bagi cadangan x kat mana yg murah

     
  16. effa

    December 16, 2014 at 11:48 pm

    Kt Plaza GM ada x kedai jual borong casing phone yg comel2?? Sy memang cari pmborong utk phone case tu..baru nk mula bisnes kecil2..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: