RSS

Tag Archives: internet business

Kat mana nak beli belah dengan harga borong?

Assalam dan salam sejahtera….

Ramai yang suka berniaga di internet kan? Ramai juga yang bercita-cita nak buka perniagaan sendiri. Antara jenis-jenis perniagaan yang ‘femes’ di internet adalah tekstil, tudung, aksesori wanita, barangan hiasan, pakaian, minyak wangi dan barangan hobi. Tapi..kat mana nak beli semua tu dengan harga borong? Dalam post kali ni, saya nak kongsi dengan anda, kat mana lokasi untuk anda membeli belah dengan harga borong. Harap-harap, dengan perkongsian ni, anda yang nak mula berniaga, boleh berniaga. Anda yang tak berniaga pulak, boleh la berjimat =). Tapi, semua lokasi yang saya kongsikan ni, semuanya berada di KL.

Jalan TAR:

Jalan TAR ni memang femes dengan tekstil, tudung dan pakaian. Namun, ada masanya, para penjual cuba bermain harga. Jadi, berhati-hati semasa membeli. Biasanya, jualan tekstil, pakaian siap, harganya agak murah sikit la dari pasaran. Bagi saya, tidak sesuai untuk anda beli buat berniaga. Takut takdak untung plak nanti! Tapi, kalau tudung, ada satu kedai, Muaz Textile, harganya agak murah berbanding yang lain. Boleh la anda buat berniaga!

Plaza TAR:

Saya tak pernah lagi sampai ke Plaza TAR. Tapi, melalui cerita dari kawan-kawan, dikatakan pakaian di sini juga murah2. Lokasi pun berhampiran Jalan TAR.

Plaza GM:

GM Plaza ni terletak di celah-celah kedai di Chow Kit. Ramai yang tak perasan lokas plaza GM ni. Untuk mengetahui lokasi sebenar plaza GM di Chow Kit, saya letak map:

Plaza GM

Lokasi Plaza GM, Chow Kit (Source:www.plazagm.com.my)

Satu lagi Plaza GM berada di Bantar Botanic Klang. Berdekatan dengan Jusco Bukit Tinggi, Klang. Lokasi tepat, rujuk map di bawah:

Plaza GM Klang

Lokasi GM Klang (Source: Google Map)

Secara peribadi, saya lebih suka ke Plaza GM di Chow Kit oleh kerana ‘product range’ atau kepelbagaian produk lebih banyak berbanding dengan di GM Klang. Daripada pakaian, aksesori, permainan, ke pelbagai pilihan barangan hobi dijual disini. Namun, apa yang merimaskan saya adalah kesesakan untuk sampai ke sana. Lagi satu, bab parking kereta, agak terhad dan sempit. Jika anda lewat turun, anda akan tersekat di sepanjang jalan turun ke bawah. Lif yang disediakan juga tidak mencukupi, sehingga menyebabkan anda akan menunggu lama sebelum dapat naik lif ke tempat parking. Yang istimewanya, untuk ke tingkat parking, anda dan kereta anda sekali akan di bawa dengan lif =).

Di GM Klang pula, saya berpendapat kebanyakan (majoriti) produk di sana adalah produk pakaian, daripada bayi sampailah dewasa. Di GM Klang, masalah parking tidaklah seteruk di Plaza GM Chow Kit oleh kerana di GM Klang terdapat kawasan luas untuk parking (open space). Untuk sampai ke sini, saya selalu ikut Lebuhraya KESAS (lebih mudah bagi saya). Di sini, terdapat lebih daripada 6 pavilion (seperti gudang). Jika penat, terdapat gerai-gerai makan dan minum di antara pavilion-pavilion yang ada.

Tips: Jika nak beli dengan harga borong, pastikan sentiasa tanya penjual dengan harga borong dan jumlah minimum yang perlu dibeli untuk mendapat harga borong. Selalunya, harga borong adalah separuh daripada harga yang dipamerkan. Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum daripada 3-6. Dan ada juga yang mengenakan syarat untuk anda membeli sedozen (12).

Kenanga Wholesale City:

Tempat ni saya baru ja discover sebelum CNY hari tu. Pertama kali sampai ke sini, agak terkejut dengan harga yang begitu murah berbanding tempat lain. Harga yang ditawarkan daripada RM5-100 (Majoriti) dan hanya sesetengah sahaja yang berharga mahal. Yang best, di sini, terdapat banyak kedai yang membenarkan anda membeli secara runcit (sikit) dengan harga yang masih lagi murah berbanding dengan harga di luar. Untuk sampai ke sini, anda perlu ikut map di bawah:

Kenanga Wholesale City Map

Map ke Kenanga Wholesale City (Source: Google Map)

Di sini, saya rasa lebih selesa, dari segi parking dan juga suasana dalamannya. Cuma, nak sampai ke sana, agak sesak. Seperti di Plaza GM, anda perlu keluar awal dari tempat parking (sebelum jam 4.30ptg) bagi mengelakkan anda terperangkap dengan kesesakan sepanjang jalan turun dari tempat parking di sini. Kebanyakan produk di sini adalah pakaian (majoriti).

Semoga dengan perkongsian saya kali ni dapat membantu anda membeli belah dengan lebih jimat dan bagi yang nak berniaga, anda boleh mulakan perniagaan anda =)

Jangan lupa tinggalkan komen anda ya!

Advertisements
 
23 Comments

Posted by on January 29, 2012 in Corat-coret, Kewangan, Menarik, Perniagaan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,