RSS

Category Archives: Alarm

>Nak off alarm, kena jawab soalan!

>

Salam…..
Kali ni nak menulis pasal gajet. Aku memang mat gajet pun..hehe
Kebanyakan daripada kita mesti guna jam penggera kan? Bahasa omputihnya…Alarm Clock!
Tapi, masalah utama bila guna jam ni (termasuk la handphone ke ipad ke ape ke) adalah bila bunyi je, trus tekan off atau snooze. Akibatnya…ramai la yang terlajak dak tertido balik…..huhu
Untuk selesaikan masalah ni, IQ alarm dicipta!
Ape tu IQ alarm? Macam mana IQ alarm ni boleh pastikan kita bangun?

Konsep IQ alarm ni adalah, bunyi penggeranya akan berhenti sekiranya kita boleh menjawab 2-3 soalan dengan betul. Jadi, secara logiknya, apabila kita berjaya menjawab 2-3 soalan yang diberikan dengan betul, bermakna minda kita telahpun bangun dan badan kita sudahpun bersedia untuk bangun. Kalau mamai2 lagi tu, xbersedia lagi tu! Best kan?
Jadi, pada sesiapa yang susah sangat nak bangun atau ada tabiat suka sangat off kan alarm, tunggu kehadiran gajet ni nanti. Hehe…..rasanya aku sendiri pun kena beli 1! =P
Advertisements
 
3 Comments

Posted by on February 26, 2011 in Alarm, Bangun tidur, Teknologi dan Gajet, Tidur