RSS

Bicara tokoh: Dato’ Farah Khan

07 Feb

Assalam semua!

Dah lama tak menulis tentang tokoh. Kebetulan hari ni, saya membelek-belek buku 50 kisah usahawan wanita Malaysia dan terbaca mengenai Dato’ Farah Khan. Mungkin nama beliau kurang dikenali, namun bagi peminat fesyen di Malaysia, beliau adalah seorang tokoh yang berjaya. Jom kita kenali siapa beliau dan jadikan motivasi untuk kita juga berjaya.

Dato’ Farah Khan sebenarnya adalah seorang presiden dan pengasas bersama Melium Group. Melium Group merupakan pemasar pakaian, kasut, beg dan aksesori berjenama di Malaysia, seperti Aigner, Cole Haan, Tod’s, Hugo Boss, Christian Lacroix, Ermenegildo Zegna dan pelbagai lagi.

Farah Khan

Dato' Farah Khan..tokoh fesyen yang berjaya (Source: http://www.thebrandlaureate.com)

Beliau sebenarnya berasal daripada Singapura, tetapi sudah lama menetap di Malaysia dan mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.

Bercerita mengenai latara belakang keusahawanannya, beliau sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ibu dan bapanya, yang merupakan usahawan. Bapanya merupakan pemborong berlian yang mengetuai persatuan pedagang berlian di Singapura. Ibu beliau pula memiliki kedai jahit yang banyak menggunakan fabrik-fabrik berjenama seperti Versace dan YSL. Dari sini lah bermulanya minat beliau dalam bidang fesyen dan juga keusahawanan.

Minat beliau dalam fesyen terserlah apabila beliau cuba menghasilkan dan mereka pakaian untuk anak-anak patung Barbie dengan menggunakan kain-kain perca dari kedai jahit ibunya. Pada usia 16 tahun, beliau memenangi satu pertandingan mereka fesyen, dengan mendapat hadiah utama.

Pada tahun 1976, beliau mula mengorak langkah dalam bidang keusawanan fesyen dengan  membuka butik The Link di Singapura dan diikuti dengan Le Salon di Malaysia. Pada tahun 1989, Melium ditubuhkan.

Sepuluh tahun kemudian, Melium melancarkan Aseanaa, galeri fesyen yang membawa tema etnik Asia yang antaranya memasarkan produk daripada Tom Abang Saufi,Rizalman, dan jenama beliau sendiri FARAHKHAN. Aseana terletak di Suria KLCC.

Selain daripada membawakan fesyen antarabangsa ke dalam pasaran Malaysia, Dato’ Farah juga adalah antara yang terawal membawakan budaya kafe ke Malaysia dengan memegang francais Dome dari Australia pada tahun 1996.

Kejayaan Dato’ Farah Khan mendapat perhatian pelbagai pihak, dan beliau pernah menerima beberapa anugerah, diantara ‘The BrandLaureate Brand Personality Award’ pada tahun 2008.

Semoga sedikit perkongsian mengenai tokoh pada kali ini dapat memberikan anda motivasi dan inspirasi untuk terus berjaya, berjaya dan terus berjaya!

P.S: Tinggaklan komen anda dan link blog anda untuk saya lawati =)

Advertisements
 
 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: