RSS

Tag Archives: muslim trip to london

Nak pergi Melancong ke luar negara? Tips #1: Tempah tiket anda

Assalam!

Ramai yang teringin nak pergi melancong ke laur negara. Tapi ramai juga yang mengeluh:

“Duit tak cukup  lagi la…..”

“Mahal la belanja….”

“Duit dah simpan, tapi bila sampai masa yang di’target’, duit yang dihimpun kena pakai untuk tujuan lain”

Ha…ni saya nak bagi tips (yang saya sendiri dah buat).

Perkara pertama yang anda semua kena buat, BELI TIKET!

Ya, beli tiket. Kenapa?

1. Tiket adalah belanja terbesar anda dalam melancong (>50%).

2. Lebih awal anda beli tiket, lebih banyak anda jimat

3. Bila dah ada tiket, anda akan lebih bermotivasi untuk capai matlamat melancong anda.

4. Sekiranya terpaksa melakukan perubahan tarikh, ‘fee’ yang anda kena bayar tidak semahal beli tiket baru last minute.

OK. Meh nak ceghite macam mana saya buat….

Sebenarnya saya dah target nak bawak keluarga bercuti di london dan Paris dah lama (Sejak 2010). Kumpul punya kumpul duit, ada saja nak pakai bila sampai masa nak pegi melancong. Last2 tak jadi2.

Tahun 2013, saya nekad, saya tetap nak bawak famili pergi merehatkan minda di negara orang. 

Bulan Januari, saya mula tinjau2 harga tiket. Banyak juga website yang saya ‘browse’ untuk mendapatkan harga tiket yang paling murah. 3 webiste utama yang saya kunjungi:

1. Expedia

2. Tripadvisor

3. Skyscanner

Pastikan anda compare harga tiket yang ditawarkan dengan semua webiste terlebih dahulu sebelum decide untuk beli. Kemudian, compare dengan website airline tersebut juga. Kadang2 anda boleh dapat harga lagi rendah di website airline tu sendiri.

Saya nasihatkan, anda beli tiket sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh target anda (saya beli 6 bulan sebelum). Untuk perjalanan saya, penerbangan MAS dari KUL-London dan balik London-KUL, saya dapat RM2k++. 

Bila dah ada tiket, anda akan rasa lebih bermotivasi untuk menyimpan untuk pastikan anda akan pergi juga ke destinasi tujuan anda. Lagi satu, takkan anda sanggup ‘burn’ duit anda macam tu ja kalau tak pegi kan? So, nak tak nak, berusaha! 

Bermula dari tarikh saya beli tiket tu (6 bulan dari tarikh penerbangan), saya mula set target duit yang perlu dikumpul. Contohnya, saya set, saya nak bawak GBP500 (~RM2600+). So, sebulan saya PERLU menyimpan RM550 (minimum). Macam mana nak menyimpan? Anda sendiri ada jawapannya! Berjimat ke ape ke, anda kena rancang. Bila cukup 6 bulan, saya dan ada RM 3300 (~GBP 570+). Setel bab tiket, bab duit belanja.

Ok. Hotel? Lain2 tiket?

Ok! Strategi saya, oleh kerana saya ada 6 bulan, setiap bulan saya akan beli/belanja/book 1 benda. Contoh, bulan pertama selepas saya beli tiket, saya book dan bayar hotel (perbelanjaan kedua terbesar selepas tiket). Saya book awal, jadi saya jimat lagi! Di London, ada Tune Hotel, so saya book Tune hanya untuk GBP35+/nite. Saya book untuk 7 malam. So, total GBP245 (~RM1200+). Selain Tune, ada banyak lagi hotel2 bajet yang selesa untuk anda menginap, contohnya macam Travelodge, dll. Saya nasihatkan, anda survey dulu hotel mana anda nak menginap. Website yang bergna: Tripadvisor, Expedia, Hotels.com. Baca komen2 orang supaya anda dapat gambaran macam mana hotel tu. Paling penting LOKASI hotel tu. DEkat dengan pengangkutan awam atau tidak, mudah mendapat makanan halal atau tidak, terletak berhampiran jalan utama atau tidak.

Bulan kedua selepas saya book tiket (tinggal 4 bulan dari tarikh penerbangan), saya book pula tiket train. Lagi skali, booking awal, dapat jimat lebih. Saya booking awal saya dapat tiket ke Paris (Eurostar) cuma EU99/ticket (return). Anda juga boleh beli tiket subway (underground) secara online lebih awal (baca enti berikutnya).

Bulan ketiga (tinggal lagi 3 bulan), saya beli pula tiket Paris Disneyland. Saya dapat EU42/ticket. 

Last skali, bulan ke-empat (tinggal 2 bulan nak travel), saya book hotel di Paris dan tiket Hop On Hop Off. 

So, lengkaplah semua yang patut saya book/beli pada buan ke-4. Bulan ke 5, saya beli barang2 keperluan yang nak di bawa (beg,baju, etc.). 

Bulan ke-6, FLY!

Selamat mencuba! 

Nantikan entri saya yang berikutnya, saya nak kongsi secara detail perjalanan saya dari KL ke London dan aktiviti saya di sana!

Salam….

 

 
1 Comment

Posted by on September 8, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,