RSS

Tag Archives: kari ayam

Jalan-jalan cari makan @ Kerteh : Roti Tempayan

Image

Roti Tempayan @ Kerteh

Minggu ni seminggu lagi bertugas di Kerteh. Ramai kawan-kawan dok ‘rekemen’ Roti tempayan ni, tapi tak berkesempatan nak singgah. So, semalam, saya berkesempatan lepak di Kedai Roti Tempayan ni. Even rancangan Warung Kita Astro pun penah highlight pasal Roti Tempayan ni.

Lokasi kedai ni, just di terletak di tepi jalan Kerteh-Paka. Dari jauh anda akan nampak ‘signboard’ tertulis Roti Tempayan.

Image

Saya singgah ni dah nak maghrib, tapi orang dah mula ramai. Roti tempayan ni sebenarnya sama je dengan Roti Nan. Yang bezanya, di Terengganu ni, perniagaan roti ni, majoritinya adalah Melayu (di tempat lain Roti Nan terkenal di kedai mamak kan =)).

Macam biasa, makan roti tempayan atau roti nan ni, mesti la ada kuahnya kan? Kat sini anda boleh pilih sama ada nak makan dengan kari daging, ayam atau kambing. Saya pilih kambing =)

Pendapat saya, jika diberikan bintang, dari skala 1 (tak sedap) sehingga 5 (sedap gila), saya bagi 3. Boleh la….hehe. Mungkin bagi yang suka makan roti nan kat kedai mamak tu..bagi rating lagi tinggi kot.

Kat kedai ni jugak ada disediakan makanan lain seperti nasi kukus, goreng-goreng dan lain2.

Selamat mencuba!

Advertisements
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,