RSS

Tag Archives: iport

Portable Aircond : Sejuk ke?

Assalam semua.

Minggu lepas anak asyik meragam. Salah satu sebab mungkin sebab cuaca panas. So, saya pun decide untuk beli aircond. Tapi bila difikirkan balik, saya dok rumah sewa, so malas nak tebuk-tebuk rumah orang, and thinking about mobility of the aircond, kami ambil keputusan untuk beli ‘Portable aircond’ atau penghawa dingin mudah alih.

Brand apa kami pilih? Berapa harganya? Berbaloi atau tak? Sejuk macam aircond wall-mounted tak?

Bila pergi survey di kedai-kedai menjual peralatan elektrik, tak banyak pilihan yang ada sebenarnya. Kebanyakan kedai ada jenama Midea, Akira dan Takada. Survey punya survey, ada 2-3 kedai yang recommend product terbaru dari MEC, portable aircond dengan nama ‘iPort’. Rekabentuknya, agak menarik (walaupun macam kotak je sebenarnya. Nampak terkini, dan oleh kerana namanya bermula dengan ‘i’, so anda boleh bayangkan ianya mirip kepada rekabentuk produk-produk Apple lah kan.

MEC iPort-rekabentuk menarik!
(Image source: inshoppers.com)

 

Bagaimana pula dengan harganya? Harga pasaran, dalam katalog tertulis RM1499 untuk 1HP. Tapi saya dapat beli dengan harga RM1250 (harga termurah setelah survey beberapa kedai).

Dari segi fungsinya, ianya tak ubah seperti penghawa dingin dinding. Cuma kelebihannya, ianya mudah-alih. Kelebihan yang lain adalah anda tidak perlu tebuk dinding dan tak perlu upah pasang. Tapi, tiap produk mesti ada kelemahannya (kelemahan ni untuk semua jenis portable aircond, bukan iPort sahaja). Antara kelemahannya, anda perlu menyalurkan hos yang agak besar diameter, untuk menyalurkan haba keluar dari bilik anda. Bagi anda yang menggunakan tingkap ‘slide’ anda tidak perlu risau, kerana ada braket diberikan. Bagi yang menggunakan tingkap ‘nako’ atau tingkap biasa, anda perlu kreatif bagaimana untuk menyalurkan hos tersebut keluar.

Dari segi kedinginan yang dihasilkan, portable aircond masih tidak dapat menggantikan atau mengatasi kedinginan yang dihasilkan oleh aircond biasa walaupun mempunyai kekuatan Horse Power yang sama. Jadi, portable aircond mungkin lebih sesuai digunakan di dalam bilik yang kecil. Namun, jika bilik anda kebiasaannya mengalami kepanasan melampau (disebabkan oleh bahan binaan atau jenis bumbung yang digunakan atau pun tiada aliran udara/wap untuk kelaur), boleh dikatakan portable aircond tidak dapat mendnginkan bilik anda, mungkin hanya dapat mengurangan suhunya sedikit.

Jadi, kesimpulannya, berbaloi atau tidak membeli portable aircond ni, bergantung kepada keperluan anda. Jika nak sejukkan hanya bilik anda, saya rasa, ianya sudah mencukupi. Kalau nak guna untuk ruang tamu, saya rasa, anda patut mempertimbangkan aircond dinding. Kos penggunaan elektrik, saya akan update kmudian oleh kerana belum sampai sebulan saya gunakannya!

Advertisements
 

Tags: , , , , , , , , ,