RSS

Tag Archives: bangkok

Nama Tempat Yang Terpanjang Di Dunia

Assalam…

Ada info menarik untuk dikongsi..nama tempat terpanjang di dunia.

Info ini dipetik dari buku “Top 10 of Everything 2010” yang ditulis oleh Russell Ash, diterbitkan oleh Octopus Publishing.

Image

Buku ni saya rujuk

“Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit”

Tu dia..jenuh nak sebut. Tapi, macam dalam filem P.Ramlee, nama pendeknya? Nama pendeknya, “Krung Thep” atau maksudnya City of Angels atau bahasa Malaysianya, bandar Malaikat!

Ha…jadi, apa maksud penuh nama yang panjang tadi tu? Maksudnya:

The city of angels, the great city, the eternal jewel city, the impregnable city of God Indra, the grand capital of the world endowed with nine precious gems, the happy city, abounding in an enormous royal palace that resembles the heavenly abode where reigns the reincarnated god, a city given by Indra and built by Vishnukarn.

Terjemahannya:

Bandar Malaikat, bandar yang hebat, bandar permata yang kekal selamanya, bandar tuhan Indra yang tidak boleh dipecahbelahkan, bandar yang dikurniakan dengan sembilan batu permata, bandar yang gembira,  dipenuhi didalamnya istana besar yang menyerupai tempat kediaman syurga dimana tuhan yang memerintah dijelmakan semula, bandar yang dikurniakan oleh Indra dan didirikan oleh Vishnukarn.

Lebih kurang macam tu la terjemahannya (aku sendiri dah pening) haha….

Dan..nak tau dak? Nama yang diguna pakai sekarang adalah —-> BANGKOK!

Haha..punya la panjang nama sebenar!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 17, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , ,