RSS

Resepi Muffin Coklat

13 Mar

Assalam…dan salam sejahtera =)

Topik resepi ni agak mendapat sambutan dalam blog ni. Daripada statistik, carian resepi antara yang tertinggi. Ok, kali ni, nak kongsi resepi muffin coklat. Sedap dan mudah je =)

First of all, thanks and credit to myresipi.com, sebab, resepi asal muffin ni saya amik dari sana (saya pun google gak nak cari respi) hehe.

Bahan yang anda perlukan:

250g cooking chocolate (saya suka lebih coklat)

70g mentega

2 biji telur

50g gula halus

60g tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Cara-cara memasak:

1. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan.

2. Masukkan mentega, dan kacau sehingga cair.

3. Panaskan oven, pada suhu 170C

4. Pecahkan telur dalam mangkuk lain, dan masukkan gula halus,kacau hingga sebati.

5. Bila dah sebati, masukkan telur dan gula tadi ke dalam mangkuk yang ada coklat dan mentega. Kacau semuanya sampai sebati.

6. Campurkan tepung dan serbuk penaik,seterusnya ayak ke dalam mangkuk adunan coklat tadi. Kacau sehingga adunan semuanya sebati.

7. Ha..dah boleh la isi adunan tadi ke dalam cawan. Tapi ingat, isi separuh ja, sebab nanti ia akan kembang.

Isi separuh je

8. Bakar selama 20minit.

9. Selepas 20 minit, keluarkan muffin dan biarkan ia sejuk sedikit. Pada mulanya, ia agak embik, tapi lama kelamaan dah ok.

Ni la hasilnya!!!

Chocolate muffin

Muffin coklat saya =)

Selamat mencuba!

 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on March 13, 2012 in 1Malaysia, Makan-makan, Menarik

 

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: