RSS

Tips memilih warna cat untuk rumah anda

14 Jan

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Post ni, rasanya baru post kedua tentang deko-deko rumah. Memandangkan daripada statistik, carian mengenai deko-deko rumah adalah antara carian yang tertingi, jadi saya mencari-cari tajuk-tajuk yang sesuai untuk ditulis. Untuk post kali ni, jom kita belajar, tips-tips bagi memilih warna cat untuk rumah anda. Semoga apa yang saya kongsikan, sedikit sebanyak akan membantu anda dalam men’deko’ rumah anda. Ingat, buat sendiri lebih murah (jimat)! Tapi, kena kerah tenaga la sikit kan…..=)

Pertama, anda kena pilih keadaan yang anda inginkan untuk ruang yang hendak di cat. Adakah inginkan ruang yang ‘panas’ atau ‘sejuk’. Keadaan ‘panas atau sejuk’ juga merujuk kepada mood yang anda inginkan. Antara warna yang ‘panas’ adalah seperti merah, oren, kuning terang. Manakala warna yang membawa ‘mood’ sejuk pula (tenang) adalah seperti hijau, ungu dan biru. Ruang aktif selalunya akan di cat dengan warna yang lebih terang dan ceria. Manakala ruang rehat, tidur atau santai, selalunya di cat dengan warna yang lebih malap (jangan la gelap pula).

Tips kedua dari saya, buat tinjauan dengan perabot dan barang-barang yang ada disekeliling tempat yang ingin di cat. Antara barangan atau perkara lain yang perlu diperhatikan, adalah warna lantai atau warna karpet utama di ruang tersebut. Pastikan warna yang anda pilih bersesuaian dengan warna barangan tersebut (dapatkan nasihat penjual cat atau ambil gambar dan bawa ke kedai cat).

Perkara ketiga yang perlu anda ketahui adalah, luas ruang tersebut. Sekiranya ruang yang hendak di cat luas, dan anda ingin menampakkan ruang itu tidak terlalu luas, anda boleh menggunakan cat yang lebih gelap. Dan sekiranya anda merasakan ruang itu agak sempit, gunakan cat yang lebih cerah agar ruang tersebut nampak lebih luas (secara ilusi).

color code

Pelbagai pilihan ton warna terdapat dalam katalog cat

Sebelum membuat keputusan untuk membeli cat dalam kuantiti yang banyak, anda dinasihatkan untuk membelinya dalam kauntiti yang lebih kecil terlebih dahulu. Ini adalah kerana, selalunya, cat yang dibeli, dilihat dari katalog, tidak semestinya warna yang dibeli akan kelihatan sama apabila di cat di dinding. Mungkin akan kelihatan dalam ton warna yang berbeza, lebih gelap atau lebih cerah. Beli sikit, balik, cuba dulu di penjuru, lihat samada sesuai atau tidak, jika sesuai, anda bolehlah terus beli dalam kuantiti yang banyak. Saya pernah alami perkara ni, di katalog nampak macam ungu, apabila di cat, warnanya seperti pink. Satu lagi, jangan lupa dapatkan kod warna cat setiap kali membuat pembelian bagi memastikan apabila anda ingin menambah cat, warna yang dibeli adalah sama seperti yang anda gunakan sekarang.

Tips terakhir buat kali ni, tentukan dinding ‘feature’ atau dinding utama dalam ruang yang anda hendak cat. Kebiasaannya, dinding utama adalah dinding yang terletak bertentangan dengan pintu masuk sesebuah ruang. Warna bagi dinding utama adalah warna komplemen (dapatkan nasihat pengedar cat) atau warna yang lebih terang/gelap dari dinding yang lain di sekelilingnya.

Semoga anda mendapat manfaat daripada sekit perkongsian pengalaman di atas.

Pssstt : Tulis la sikit komen…kalau nak saya lawat blog, tinggalkan link ye =)

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on January 14, 2012 in Corat-coret, Dekorasi Rumah, Menarik

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

2 responses to “Tips memilih warna cat untuk rumah anda

  1. eiba

    May 13, 2012 at 8:57 pm

    thanks for info.. nice..

     
    • thexcel

      May 15, 2012 at 12:33 pm

      You’re welcome eiba!

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: