RSS

Madu lebah ganti antibiotik moden?

01 Jan

As-Salam semua!

Baca sekali lagi soalan di atas! Betul ke?

Beberapa kajian di luar negara (sayangnya, kenapa belum di kaji di Malaysia ya?), membuktikan bahawa madu lebah dapat menggantikan antibiotik moden yang kita gunakan sekarang.

Kajian selama tiga tahun di sebuah University Teaching Hospital di Calabar, Nigeria mendapati, madu lebah dapat menyembuhkan luka yang gagal di ubati dengan antibiotik moden. Dalam kajian ini, serama 59 orang responden terlibat.Mereka mengalami luka dan nanah, diberikan madu lebah. Daripada 59 orang responden, 58 responden telah menunjukkan hasil yang positif, iaitu sembuh daripada luka dengan sempurna.

Saya cuba melakukan kajian melalui pembacaan (literature review), dan menemui satu artikel di dalam jurnal¬†Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB) yang bertajuk ” How honey kills bacteria”. Di dalam kajian mereka, mereka menyatakan bahawa lebah akan menghasilkan sejenis protein, defensin-1 yang akan dirembeskan ke dalam madu. Protein ini lah yang membantu kesan antibiotik di dalam madu lebah!

Banyak lagi kajian-kajian lain yang dilakukan, sebab saya nampak banyak kertas-kertas kajian yang berkaitan. Namun, sebagai seorang Muslim, Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama bagi kami. Di dalam Al-Quran, lebah telah diceritakan di dalam satu surah, iaitu surah An-Nahlu (Lebah). Allah berfirman “Keluar daripada perut lebah minuman madu yang pelbagai warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia,” Surah An-Nahlu, Ayat 69. Subhanallah!

Madu lebah yang berkhasiat dan menyembuhkan!

Pembacaan saya di dalam buku Perubatan Islam dan bukti sains moden, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin, menemui satu lagi khasiat madu lebah, iaitu, menyembuh kulit yang terbakar atau melecur! Hebatkan ciaptaanNYA?

Advertisements
 
 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

One response to “Madu lebah ganti antibiotik moden?

  1. Khidhir

    January 20, 2012 at 1:03 pm

    kan. madu ni mmg byk khasiatnya. bagus utk diamalkan

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: