RSS

Kenali dan ketahui bahaya telur tiruan

11 Apr

Salam Semua,

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Lama saya tak menulis kan? Biasa la, bila bekerja dengan orang, masa untuk buat hobi sendiri pun dah berkurang. Tambahan pulak, sejak akhir-akhir saya kerap balik sehingga lewat malam (sampai 3-4pagi).

OK. Kembali kepada cerita tentang tajuk di atas, telur tiruan. Sejak pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai CAP tentang telur tiruan, ramai yang bertanya, bagaimana nak kenalpasti telur tiruan dan apa kesan jika termakan telur tiruan? Rami jugak yang jadi panik dan trauma dan mengambil tindakan tak beli telur langsung. Jadi, dalam entri kali saya cuba kongsikan mengenai telur tiruan ni. Juga, saya selitkan sedikit mengenai kesan buruk memakan telur tiruan ni.

Umum mengetahui, telur tiruan ni 99% diperbuat daripada bahan kimia yang pelbagai. Kulit telur tiruan, misalnya, diperbuat daripada Calcium Carbonate, telur putih dan telur kuning (orang kedah panggil teloq merah), diperbuat daripada sodium alginate, alum, gelatin, kalsium klorida, air dan pewarna. Bahan kimia lain yang digunakan akan saya sebutkan di bawah nanti ye. Oleh kerana ianya diperbuat daripada 99% bahan kimia, telur tiruan sudah semestinya TIADA KHASIAT langsung berbanding dengan telur tulen yang tinggi proteinnya.

Fake Egg

Kulit telur tiruan lebih licin bernbanding dengan telur tulen

Bagaimana lagi nak kenalpasti telur tiruan?

How to know fake eggs

Cara mengenalpasti telur tiruan

Selain daripada cara di atas, telur tiruan juga boleh dikenalpasti dengan cara berikut:

1. Goncang telur. Bunyi kandungan telur tiruan lebih kuat sebab kandungannya lebih cair.
2. Bila dipecahkan, telur kuning dan telur putih terus bercampur
3. Bila dipecahkan ke dalam kuali, semasa hendak menggoreng, telur akan tersebar dengan sendiri tanpa disentuh.

Fried Fake Egg

Inilah rupanya telur palsu yang digoreng


4. Jika telur dan direbus atau semasa nak pecahkan telur, bunyi kulit telur tulen lebih rapuh berbanding dengan telur palsu.
5. Bau telur tulen lebih hanyir (bau seperti daging mentah).

Antara kesan bahan kimia yang terkandung dalam telur tiruan:

Glucolactone– Digunakan sebagai bahan pemejal (solidifier). Boleh menyebabkan ‘Metabolism disorder’.
Asid benzoic– Bahan pengawet. Berbahaya kepada otak, sel saraf. Boleh menyebabkan penyakit hati dan senile dementia (penyakit yang berkaitan dengan otak juga)
Kalsium Klorida– Bahan utama untuk membentuk kulit telur. Boleh menyebabkan penyakit hati dan saraf. Juga menganggu penhasilan sel darah.
Alum – Digunakan sebagai bahan pelembut. Kesannya sama seperti Kalsium Klorida.

Setakat ni saja yang dapat saya kongsikan buat kali ini. Saya akan cuba mencari fakta lagi mengenai telur palsu ni. Jangan lupa tunggu updates entri ni ya!

Salam sejahtera!

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on April 11, 2011 in Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , ,

One response to “Kenali dan ketahui bahaya telur tiruan

  1. nizam

    June 23, 2011 at 10:14 am

    saya pernah makan kat kedai mamak ( terletak di bhg bwh jambatan ) di one utama…minta telur mata kerbau separuh cair…saya lihat, antara telur putih n kuningnya, tidak bercampur, dah ader cecair putih di antaranya…lagi, semasa saya memecahkan kuning telur ( saya minta yg separuh cair, tp kuning ni dah keras sedikit ), saya dapati ada cecair putih di dalam, bhgn tgh kuning telur tersebut. saya syak bahawa itu adalah telur tiruan. lagipun, putih telur tersebut amat susah nak dikoyakkan guna sudu n garpu…
    harap ada yg sudi buat siasatan…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: