RSS

>Pornografi, Artis dan …..

02 Aug

>Salam…..

Ooopss! Kenapa tajuk macam nak buat kontroversi je? Apa kaitan pornografi dan artis? First of all, saya menyusun sepuluhjari sekiranya anda yang membaca artikel ini dan terasa. Tapi, ada mesej yang saya nak sampaikan kepada anda, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Sebelum tambah cerita, jom fahami apa sebenarnya maksud pornografi ni. Asal perkataan pornografi ni berasal dari 2 perkataan, iaitu porne dan graphos. Kombinasi kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud sesuatu yang ditulis, dirakam, dicetak, atau digambarkan dengan media bagi tujuan merangsang nafsu seks. Dalam erti kata mudah, bahan lucah! Kat Malaysia ni sekarang dah macam-macam bahan lucah yang boleh didapati dengan mudah. Tak cukup dengan media cetak, multimedia, video, sekarang dah dijadikan bahan mainan!
Kembali kepada tajuk kita tadi. Sebenarnya saya terlintas untuk menulis artikel ini time tengok berita utama tadi. Salah seorang idola saya, Tun Dr. Mahathir, bercakap tentangnya! Jadi apa pulak kaitannya dengan artis? Apa salah artis?
Umum mengetahui, artis ni kan ‘ikon’ dalam masyarakat. Secara sedar atau tak sedar, apa sahaja perlakuan artis, menjadi ikutan kepada masyarakat. Tak semua artis yang mempamerkan imej buruk, tapi apa yang saya perhatikan, MAJORITI daripada mereka menjadikan imej artis buruk.
Perlukah artis menunjuk-nunjuk dengan berpakaian sexy? Perlukah artis berpakaian dedah sana dedah sini atas tiket mengikut peredaran masa berfesyen? Yang lelaki pula perlukah anda, seorang Islam, mengaku Islam, tapi bersubang? Ramai juga yang mewarnakan rambut? Dan paling menyakitkan hati, RAMAI artis kita, melayu, beragama ISLAM, sanggup meneguk air kencing syaitan. Kat mana? Dah tentu di kelab-kelab, pub2, disko2, malahan restoran2 mewah. Sebab? Sebab diorang rasa diorang tu ARTIS!
Apa kaitan dengan lucah atau porno? Mungkin setakat ini kita tak dengar lagi artis kita buat filem lucah/video lucah (jarang dengar walaupun mungkin ada). Tapi, apa yang mereka paparkan, imej mereka yang menjadi ikutan, terutama golongan remaja, sedikit sebanyak menyumbang ke arah itu. Ada juga di antara mereka yang secara terang-terangan berpeluk-pelukan di khalayak ramai dengan pasangan, ada juga yang pergi bercuti di luar negara dengan pasangannya. Mungkin anda, wahai artis menafikan ‘perkara tak elok’ berlaku di sana. Tapi perbuatan anda tadi, menimbulkan fitnah, dan syak wasangka. Jadi, seeloknya, elakkanlah. Jika benar anda bercinta, bernikah la secepat mungkin. Jika anda nak berfesyen, pilihlah pakaian yang sopan. Ubahlah diri anda perlahan-lahan kerana tanda-tanda kiamat semakin jelas dari hari ke hari.
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 2, 2010 in artis, Corat-coret, pornografi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: