RSS

>Sirih | Bukan sebarang Daun

28 May

>
Salam…

Entri kali ni mengenai sirih. Kenal sirih? Kalau tak kenal tu…agak janggal la. Hehe. Tapi takpe, internet ada, google. Ala, daun yang makcik2 kat kampung yang suka kunyah tu! Calit kapur, letak pinang, lipat2, ngap! Tak tau jugak, majlis orang kawin selalu ada, sirih junjung!

Ok. Cerita tentang sirih ni, sirih merupakan sejenis pokok renek yang menjalar dan memanjat. Daunnya agas pedas dan tawar apabila dimakan (berdasarkan feedback orang yang makan =p sebab aku xpenah makan, hehe). Orang cakap, kalau pertama kali makan, anda akan berasa pening dan pandangan berpinar2! So, don’t makan sirih and drive! hehe. Selain dari makan, macam aku cakap kat atas tadi, sirih ni sinonim dengan majlis2 adat melayu, pertunangan, pernikahan dan perkahwinan. Dalam entri ni jugak, aku nak senaraikan beberapa khasiat lain sirih selain daripada dimakan dan digunakan dalam majlis beradat.

1. Merawat sakit perut, masalah bau badan dan mulut. Rebus beberapa helai daun. Gunakan air rebusan untuk berkumur untuk hilangkan bau mulut. Air rebusan yang sama juga diminum setiap pagi untuk merawat sakit perut dan bau badan.

2. Merawat kembung perut. Kisar lumat atau tumbuk beberapa helai daun. Letakkan daun yang dikisar di perut dan balut dengan kain bersih.

3. Merawat hidung berdarah. Gulung sehelai daun sirih dan disumbat ke dalam lubang hidung di dalam keadaan anda sedang duduk. Bernafas dengan mulut semasa dirawat. Biarkan sehingga pendarahan berhenti.

4. Mengurangkam sakit gigi. Rebus beberapa lembar daun sirih dan masukkan sedikit garam ke dalam rebusan. Kumur dengan menggunakan air rebusan tadi.

Selamat mencuba!

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on May 28, 2010 in petua

 

2 responses to “>Sirih | Bukan sebarang Daun

  1. qismina

    May 30, 2010 at 1:11 am

    >byk kasiat dia… nnti prktikkn hehe. tnx nasihat tuk sy..

     
  2. Ms. MieRa

    December 15, 2010 at 2:01 am

    >sy makan sireh sakit perut…. huhu xtau nape… pastu lidah pulak melecur sebab terlampau pedas… huhuhu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: