RSS

>Sikap Pemandu Punca Kemalangan?

27 May

>

Salam….

Duduk di KL ni, masalah di atas jalan raya tu memang dah jadi lumrah. Mungkin 10% kehidupan di KL ni atas jalan raya je (sebab selalu sangkut dalam jam). Salah satu sebab terjadinya kesesakan di KL ni adalah KEMALANGAN. Walaupun ade kereta yang tayar pancit, pemandu prihatin di Malaysia ni suka sangat memperlahankan kenderaan, nak tumpang tengok apa yang terjadi. Maka, sesaklah kenderaan dibelakang-belakang anda…..dan ada yang terleka sampai terlanggar pulak kereta depan…dah satu lagi kemalangan.
So, dalam entri kali ni, nek berceloteh skit pasai punca kemalangan di Malaysia, khususnya di KL. Mungkin apa yang aku tulis dalam blog ni hanya sebahagian kecil punca, tapi harapan aku, semoga sesape saja yang membaca entri ni dapat berubah kalau perkara yang disebut tu terkena kat atas batang hidung sendiri (termasuk aku =P)
Kes kemalangan kat KL ni memang tak pernah nak kurang. Apa sebabnya, salah satunya adalah secara logiknya, KL semakin sesak dengan kenderaan. Orang semakin banyak pakai kereta, moto, lori, van dan sebagainya. Tak percaya? Tengok statistik kat bawah tu.

Data statistik kemalangan 10 tahun. (Klik untuk besarkan)

Selama 3tahun aku memandu di kotaraya KL ni, bermacam-macam ragam yang dapat aku perhatikan. Memang bukan semua pemandu yang bersikap ‘kurang ajar’ tapi yang segelintir ni la boleh menjadi punca kepada kemalangan. Antaranya:
1. Malas nak berenti di traffic lights merah walaupun akan hijau 2-3 saat lagi. Sikap ni aku slalu perati kat penunggang motosikal. Di nampak je lampu di simpang sebelah dah kuning dan tak ada kereta, terus jalan walapun kejap je lagi dah nak hijau laluan kita. Awas, kadang-kadang sewaktu kita toleh tak ada kereta, dan tiba-tiba ada je yang memecut sebab tak nak terlepas lampu kuning tuh!
2. Bawak kereta nak tunjuk terer macam pelumba pro. Ni lagi satu sikap aku selalu perati di KL. Terutama kereta yang dah ‘dimekap’ dan ‘dimodified’. Tahu la enjin tu kuat, bunyi berdentum, pick-up power, tapi jalan raya bukan tempat nak uji semua tu ok! Geng-geng macam ni boleh muncul tiba-tiba di belakang kita dan mengikut rapat (cucuk belakang) dan menekan-nekan minyak (kononnya keta dia sangat laju). Bila diorang ni geram, mula la nak menyelit kiri, kanan, ke depan. Signal tu jangan harap la nak bagi, almaklum la…keta lumba mana pakai signal!
3. Tekan hon lagi senang dari tekan brek. Hah. Sikap ni macam dah terlalu biasa di KL ni. Terutama di susur masuk. Dah la pecut laju, bila nampak kereta dari simpang susur masuk bagi signal nak masuk, di tekannya hon kuat2 supaya orang alert yang kereta dia sangat laju dan tak boleh berenti! Kalau orang masuk secara mengejut dan tak bagi signal tu tak pa la, ni dari jauh dah tekan. Aduh..sdare, brek kan ada…bukan suruh tekan brek mengejut, tekan brek, perlahankan kenderaan anda. Gunakan hon secara bijak, bukan melalak!
4. Pemandu kenderaan besar terasa mereka jugak besar. Ni nak merayu sangat2 kat abg2 lori kita, anda memandu sesuatu yang besar, jadi, hormatilah yang kecil. Walaupun anda kuat dan gagah, tapi ingatlah nyawa orang yang kecil di bawah. Selalu sangat diperhatikan pemandu kenderaan berat ni, memandu sesuka hati. Dia nak tukaq lane, dia tukaq. Dia nak ke kiri, ke kanan, pedulikan orang belakang. Memandu, ikut rapat-rapat dengan kenderaan depan. Tak puas hati, dia guna hon power tu kat orang. Hmm…Lagi satu..yang bawak tanah atau batu. Sebelum jalan atas jalanraya, pastikan timbunan tanah dan batu tu ditutupi RAPAT. Bukan sekadar tudung ja. Habis cermin kereta orang pecah, batu terpelanting kena muka penunggang moto, terkena pejalan kaki! Berubahlah wahai pemandu lori!
5. Aku nak belok sekarang!. Kemalangan di simpang salah satu penyumbang tertinggi dalam statistik kemalangan. Apa yang aku nak tekan kat sini, penggunaan lampu signal. Ada manusia yang jenis memang tak reti nak pakai lampu signal ni. Nak belok ke, nak tukaq lane ka, nak memotong ka, ikut suka dia. Dia rasa, orang dapat baca apa dia nak buat dan akhirnya….gedegang! orang langgar dari belakang. Sapa yang salah? Orang belakang jugak….hmmm…Ada lagi sejenis pulak terlampau cepat tindakan dia. Bagi signal dan terus masuk. Dam! Dah kena dah…..”Apsal ko langgar aku hah! Tak nampak ke aku dah bagi signal!”. Dia jugak yang betul….Seeleoknya, bagi la signal 15 saat sebelum anda membelok atau menukar haluan, atau 100meter. Walaupun orang mengata, tapi anda selamat, orang lain pun selamat.
Setakat ni dulu celoteh aku hari ni. Kalau ikut banyak lagi nak senarai. Tapi, pikir-pikirlah sendiri!
Sayangi Nyawa Anda dan Semua Nyawa yang lain, Pandu Cermat, Anda Selamat, Orang Lain pun Selamat! =)
Advertisements
 

3 responses to “>Sikap Pemandu Punca Kemalangan?

  1. heart~

    May 27, 2010 at 3:30 pm

    >erkkkk ngerinye gmba tu!

     
  2. dxcel

    May 27, 2010 at 6:59 pm

    >Tu dah tapis tu…ade lagi ngeri!

     
  3. Khairunnisa'

    July 6, 2010 at 7:20 pm

    >Takutnya. Semoga kita dijauhi malapetaka, bencana dan kemalangan, insha'Allah =)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: