RSS

>Susu Segar vs Masam :: MagicJug

17 May

>
Salam….

Entri untuk gajet dan teknologi kali ni nak review satu benda menarik yang aku jumpa. Walaupun gajet ni masih diperingkat konsep, namun, tak mustahil gajet ni akan dikomersialkan tidak lama lagi. Gajet kali ni, ada kaitan dengan susu.
Orang-orang macam aku yang kurang minum susu ni, kadang-kadang beli sebotol atau sekotak susu pun simpan dalam peti sejuk sampai seminggu! Kalau dok dalam botol mungkin kita boleh tengok perubahan kaler susu tersebut selain dari mecium bau susu samada masam atau tidak, baru la dapat tau susu tu masih ‘fresh’ atau dah basi.
Fakta yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat di UK, sebanyak 364,000 tan susu dibazirkan setiap tahun oleh kerana orang ramai tidak dapat mengetahui kesegaran susu tersebut. Jadi, syarikat tersebut, Cravendale telah mencipta sebuah jug dengan paparan LCD yang menyatakan tahap kesegaran susu yang berada di dalamnya, sama ada ‘Fresh’ atau ‘Sour’.
Cara gajet ini berfungsi sangat simple. Dibahagian bawah jug ini, terdapat sensor di mana ianya dapat mengesan tahap keasidan susu yang berada didalamnya. Susu yang basi akan menjadi masam dan tahap keasidannya meningkat. Jadi, sensor tersebut akan mengesan dan menukar status di LCD skrin.
Simple kan? Tapi kenapa tak ramai orang fikirkannya sebelum ni ye?
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 17, 2010 in Teknologi dan Gajet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: