RSS

>Petua Hilangkan Batuk

05 May

>
Salam semua…


Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, macam-macam penyakit ‘mengunjungi’ kita. Tambahan pulak, musim penyakit berjangkit seperti H1N1, selsema dan macam-macam lagi. Oleh kerana aku sendiri pun kurang sihat, batuk-batuk..so tercari-carilah petua nak hilangkan batuk.
So, entri kali ni aku nak kongsi dengan semua tentang petua nak hilangkan batuk atau kurangkan batuk. Petua-petua ni aku ambil dari internet, buku dan dari pesanan orang ramai. Cubalah! Manatau salah satu petua tu berkesan untuk anda. Tapi ingat, kalau penyakit berlarutan, jangan lupa jumpa doktor!

1. Amalkan minum air asam jawa suam.
2. Amalkan memakan 21biji kismis setiap hari. (Khasiat kismis akan ditulis kemudian di entri lain)
3. Amalkan pengambilan madu lebih 1 sudu setiap malam sebelum tidur. Bagi Muslim, berselawatlah sebelum mengambil madu tersebut.
4. Amalkan mengambil sesudu madu lebah original dicampurkan dengan perahan limau nipis.
5. Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
6. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya

Semoga berjaya menghilangkan/mengurangkan batuk anda!
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 5, 2010 in petua

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: