RSS

>iPhone 4G

05 May

>
Salam all…

Orang semua dok kecoh-kecoh pasai iPhone yang terbaru ni, iPhone 4G. So, aku pun mula la mencari-cari tentang iPhone 4G. Jadi, pada semua yang meminati iPhone walaupun tak pernah ada iPhone (macam aku hehe), jom kita tengok apa yang ada pada iPhone yang terbaru ni.
Kisah macam mana iPhone terbaru ni boleh terlepas kepada pengetahuan orang ramai bermula apabila salah seorang software engineer apple tertinggal prototaip iPhone 4G ni kat bar (biasa la kalau dah mabuk, pening). So, dalam entri, aku nak kongsi skit ciri-ciri iPhone terbaru ni yang khabarnya akan berada dipasaran pada tahun ini (di US la).
Apple memang terkenal dengan hasil produk yang berkualiti tinggi. Skrin ada iPhone 4G dikatakan mempunyai resolusi yang tinggi dan jauh lebih baik dari iPhone 3GS (wow!). Tapi, yang tak bestnya, iPhone 4G ni menggunakan micro-sim. Micro sim berfungsi seperti sim biasa, tapi mempunyai saiz lebih kecil (separuh) daripada saiz sim biasa.Jadi, rakyat Malaysia terpaksalah tunggu sehingga teknologi mikro-sim ni digunakan di sini dulu!
Dari segi rekabentuk, Apple telah mengubah rekabentuk iPhone 4G kepada bentuk yang lebih ‘petak’ dan bersegi, belawanan dengan iPhone terdahulu dimana ianya lebih ‘melengkung’. Tapi, tak menghairankan Apple mengubah rekabentuk iPhone kepada ‘petak’ oleh kerana MacBook yang dikeluarkan pun ‘petak’. Dan, iPhone 4G adalah lebih nipis (0.37 inci) berbanding iPhone terdahulu. Manakala saiz dimensi iPhone adalah 4.5″X2.3″ dan hanya 140gram!
Antara ciri lain yang ada pada iPhone 4G ni adalah terdapat kamera di hadapan. So, boleh la nak buat video call nanti!
Ok, setakat ni dulu info pasal iPhone 4G. Kalau ada updates, saya akan tulis nanti!
Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 5, 2010 in Teknologi dan Gajet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: